5 Cara Ajar Anak Hargai Duit

Anak-anak perlu dibimbing dan diajar hargai duit sejak dari kecil lagi. Sejak pandemik melanda dunia ada diantara kita hilang punca pendapatan. Ramai juga yang terpaksa menggunakan duit simpanan untuk meneruskan kehidupan dan penuhi keperluan harian.

Oleh itu pengurusan kewangan ini perlu diajar seawal anak masuk ke sekolah rendah lagi. Kepentingan menguruskan bajet perlu diterapkan supaya tidak lakukan pembaziran dan juga pembelian yang sia-sia.

Antara 5 Cara Ajar Anak Hargai ‘Nilai’ Duit

Ilmu merancang kewangan penting untuk mendidik anak hargai ‘nilai’ duit. Nilai duit di sini bukan hanya pada nombor tercetak sahaja tetapi lebih kepada (worth spend) berbaloi atau tidak perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk sesuatu urus niaga itu.

Anak-anak perlu diajar untuk mendapatkan nilai yang betul untuk barang yang dibeli atau perkhidmatan yang mereka diperolehi.

Selain itu juga dengan bulan Syawal yang bakal menjelang tiba juga merupakan masa terbaik untuk ajar anak mengenai pengurusan kewangan serta mula menyimpan dan menabung.

1- Kenalkan Dengan Nilai Duit

Anak-anak boleh mula diajar dengan nilai setiap duit. Bermula dengan duit siling dan seterusnya nilai wang kertas. Belajar nilai duit membolehkan mereka membuat keputusan untuk berbelanja dengan bijak kelak.

Bayangkan jika anak tidak faham nilai duit yang mereka ada. Mereka akan mudah membelanjakannya dengan sesuka hati dan akhirnya meminta lagi kepada ibu bapa. Perbuatan meminta-minta ini jika tidak dikekang dari awal akan membuatkan mereka tidak mahu berusaha untuk mendapatkan perkara atau barang yang dinginkan nanti.

2- Tidak Berlebihan Beri Duit Saku

Pemberian duit saku adalah peluang terbaik untuk ajar mereka hargai duit. Duit saku yang diberi dengan sederhana membolehkan anak-anak belajar berjimat cermat dalam berbelanja.

Sebagai contoh, jika anak sudah membawa bekal ke sekolah jadi duit saku hanya diberi separuh. Namun, ibu bapa boleh juga bertanya jika bekal yang dibawa memadai atau tidak untuk membuatkan mereka kenyang sewaktu waktu rehat.

Kawal jumlah duit saku yang diberi supaya anak-anak tidak melakukan pembelian yang membazir ketika atau selepas waktu persekolahan.

3- Ajar Menabung Walaupun Hanya 10 Sen

Sediakan tabung simple pun sudah memadai. Ajarkan anak jika menabung walaupun hanya 10 sen. Bimbing mereka dan ajarkan bahawa sekecil nilai duit tetap akan berganda jika dikumpulkan dengan konsisten.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

4- Tidak Menurut Beli Semua Barang Kehendak

Ibu bapa perlu bijak mengatur perbelanjaan dengan tidak menurut setiap kemahuan anak. Walaupun ada ketikanya ibu dan bapa akan cepat tewas dengan emosi anak, namun ada lebihnya jika anda bertegas.

Ini bukan bermaksud ibu bapa perlu jadi kedekut. Tidak! Boleh belikan mereka barang yang disukai namun biarlah berpada-pada. Tetapkan pada bajet yang ada dan beri mereka pilihan yang boleh diambil sahaja.

Anak-anak perlu dibimbing tentang perbezaan antara kehendak ataupun keperluan. Dengan ini mereka akan belajar kepentingan hidup bersederhana seterusnya hargai nilai duit.

5- Beli Barang Guna Duit Sendiri

Anak-anak pasti akan meminta ibu bapa belikan barang yang mereka mahukan. Namun, anda boleh ajarkan mereka beli guna duit sendiri. Caranya ialah dengan mula menabung dari duit saku yang diterima. Contoh lain ialah dengan berikan upah atas usaha yang mereka lakukan di rumah atau sekolah.

Anda boleh juga buat suatu sistem pekerjaan di rumah yang membolehkan anak-anak mendapat upah. Upah tersebut pula perlu dimasukkan ke dalam tabung yang disediakan. Jika dana yang diperlukan atau jumlah tabungan cukup barulah mereka boleh beli barang yang ingin diinginkan.

Kaedah ini akan bantu naikkan semangat menabung dalam diri anak. Selain itu juga, mereka akan belajar tentang perlunya berusaha keras untuk dapatkan sesuatu yang diingini.

Anak Lebih Hargai Nilai Duit

Pada zaman yang semakin maju ini pelbagai godaan untuk berbelanja menjadi semakin tinggi. Lebih-lebih lagi jika mereka melihat rakan lain ada barang yang mereka sukai.

Adalah penting untuk kita ajarkan ilmu pengurusan kewangan supaya anak lebih bijak menguruskan dan hargai duit.

Hargai duit bukan bermaksud menjadi kedekut. Namun untuk melatih anak-anak membeli dengan terancang serta dapat elakkan pembaziran daripada berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa