Tips Cara Terbaik Mendidik Anak Menabung dan Mengurus Duit

duit

Duit..

Apabila keluar rumah, duit pasti keluar dari poket ataupun dompet kita. Malah, hendak masuk tandas pun mesti ada duit.

Duit untuk hidup, bukan hidup untuk duit.

Sistem persekolahan tidak menyediakan pendidikan kewangan untuk anak-anak. Anak-anak dibesarkan di hadapan televisyen dengan rancangan-rancangan hiburan. Tambah pula sekarang ini muncul pula zaman IPad.

Lalu, anak kita berada dalam ruang lingkup ‘berteduh’ di zon selesa ibu bapa. Mereka tidak mempunyai kemahiran menguruskan wang.

Mengikut kajian yang dijalankan, lebih daripada satu pertiga ibu bapa tidak berbincang berkenaan kewangan dengan anak-anak dan mengelak daripada bercakap berkenaan duit dengan anak-anak.

Kanak-kanak adalah insan yang mudah dibentuk. Proses membentuk anak-anak bukan dasar berapa banyak yang kita bayar kepada pengasuh dan sekolah bagi menjadikan mereka anak terbaik.

Tetapi sejauh mana kita sendiri sebagai ayah dan ibu mencari jalan membentuk mereka.

Pada zaman ibu dan ayah kita, kebanyakkan mereka menghabiskan masa dengan melalui kehidupan yang susah pada waktu kecil.

Ada yang menjual kuih-muih, membantu ibu bapa di kebun, mencari kayu api di hutan, dan sebagainya.

Keadaan susah yang dilalui memberikan pendedahan semula jadi kepada mereka untuk menghargai duit dan kehidupan.

Sungguhpun mereka tiada latihan khas dalam mendidik anak-anak, mereka tetap berjaya membentuk masa hadapan anak-anak dengan baik.

Berbeza dengan anak dan ibu bapa pada zaman sekarang, keadaan hidup menukar cara hidup dan cara berfikir. Dahulu ibu bapa kita membuat mainan sendiri, tetapi kini kita membeli mainan untuk anak-anak.

Jadi, bagaimana kita mahu mendedahkan anak-anak belajar menghargai duit dan kehidupan?

Sekirannya hari ini kita untung berniaga, kita sering bertanya kepada anak-anak, apa yang mereka mahu. Kemudian, kita belikan apa yang anak pinta.

Kita bangga dapat memberikan anak-anak dan memenuhi hajat mereka tanpa kita sedar kita sebenarnya kurang mengajar mereka erti  kesusahan.

Meskipun begitu, masih belum terlambat untuk kita memberi pendedahan semula supaya mereka mula belajar menghargai.

Latih anak-anak menyumbang sebahagian daripada wang mereka kepada perkara kebajikan, keagamaan, kemasyarakatan dan sebagainya.

 

Jangan Terjerat Dengan Perangkap Emosi Anak-Anak

mengurus duitKebanyakkan daripada kita mudah untuk terjatuh dalam ‘jerat’ atau dengan erti kata lain ‘terpancing emosi’ oleh sikap anak yang menjerit sembil meniarap meminta mainan di khalayak ramai.

Apabila berlaku situasi seperti ini, kebanyakkan ibu bapa mula mengalah.

Sebagai ibu bapa, kita dinasihatkan supaya tidak mudah mengalah dengan ‘lakonan’ anak. Cuba didik anak-anak untuk berfikir.

Apabila kita bermula dengan RM5 dan mereka dapati mainan yang dimahukan bernilai RM15, maka kita dedahkan kepada mereka tentang peranan nilai wang.  Dari sini kita perkenalkan mereka dengan tabung.

Ketahuilah, kanak-kanak sentiasa berfantasi. Dan dengan tabung itu fantasi mereka semakin besar.

Biarkan mereka berfantasi bagi memperoleh mainan yang besar selepas tabungan mereka mencukupi. Kebiasaannya, fantasi itu hanya hangat sementara dan jarang sekali anak-anak ini terus rajin mahu menabung duit mereka.

Anak kecil belajar daripada perbuatan. Mereka mudah meniru cara ibu bapa dan orang yang berada di sekelilingnya.

Apabila anak dapat mengira sehingga 10, kita terangkan barang apa yang mereka dapat beli dengan jumlah duit itu, ataupun masukkan simpanan ke dalam tabung. Biarkan anak memegang faedah di tangan mereka.

Kita perlu memberikan pendedahan ringkas supaya anak-anak menghargai nilai duit dan memahami kepayahan mendapatkan duit.

 

Tips Untuk Menjadikan Anak-Anak Bersemangat Untuk Menabung.

1811074_botol330mlaBiasanya tabung yang dibeli dipasaraya sukar untuk dipenuhkan oleh anak-anak.

Jadi penyelesaian kepada masalah ini adalah dengan mengambil bekas botol mineral kosong untuk setiap anak, menebuknya dan meletakkan nama masing-masing pada botol.

Bekas tabung daripada botol mineral adalah bersifat lut sinar dan mudah nampak isi di dalamnya, mudah menarik perhatian anak-anak menabung duit.

Anak-anak akan saling berlumba menabung untuk melihat bekas tabung mereka penuh dan berasa gembira melihat hasil simpanan mereka.

 Secara tidak langsung, ini akan mempercepatkan proses penabungan mereka dan tertarik bagi membuat perancangan masa hadapan mereka sendiri.

 

Bagaimana Untuk Mendidik Anak Memahami Faedah Mengurus Duit?

Setiap kali melalui bahagian permainan di dalam pasar raya, kebiasaannya anak-anak merengek dan meminta dibelikan mainan.

Sebagai ibu bapa, langkah yang dapat kita ambil adalah dengan cara sentiasa menasihati anak supaya menabung wang.

Katakan pada mereka, apabila tabung mereka sudah banyak, mereka dapat membeli mainan yang mereka idamkan itu.

Kerap ulangi dan fahamkan kepada anak.

Tegaskan juga kepada diri kita supaya tidak mudah kalah dengan jeritan dan teriakan anak. Lazimnya, kegagalan ibu bapa selalunya berpunca daripada sifat kasih sayang dan tidak sampai hati.

Ketegasan itu perlu supaya kita menjadi dominan dan bukan anak-anak. Ketegasan dan panas baran adalah perkara yang berbeza.

Ambil langkah-langkah bagi mendidik anak menguruskan wang mereka seperti berikut:

1. Membuka akaun untuk anak seawal mungkin – Anak dapat memahami nilai wang yang mereka ada

.

2. Memberi elaun – anak dapat merasai pendapatan sendiri. Beri galakan supaya anak menyimpan ataupun pilihan cara berbelanja.

.

3. Mengajar anak membuat pilihan – apabila anak mahu membeli mainan, tiba-tiba duit tidak cukup bagi membeli barang lain. Biarkan mereka membuat pilihan itu. Sekiranya pilihan itu salah, berikan peluang anak berbuat salah supaya mereka dapat belajar melalui kesilapan. Ia juga dapat mendidik mereka menjadi pengguna yang bijak.

.

4. Mengajar anak melabur – Mengajar anak melabur dengan bermain permainan SAIDINA. Biarkan anak membuat urus niaga sendiri dalam pelaburan itu supaya ia menjadi tabiat sejak awal.

.

5. Menjelaskan kepada Anak Kesan Berhutang – menjelaskan cara mengelak dan menguruskan hutang secara efektif

Kesimpulan

Tiada duit, maka tiada pengalaman. Cara baik untuk anak kita belajar mengurus duit adalah melalui kejayaan dan kegagalan mereka.

Processed with VSCOcam with g3 preset

Apabila anak kita mula berkata, “Ibu, saya mahu itu. Belikan untuk saya.”, maka sudah tiba masanya anak kita diajar menyimpan duit.

Jangan biarkan iklan di televisyen memprogram dan mempermain hidup anak kita. Sebaliknya, ajar anak kita menilai iklan.

“kamu tidak perlu mempercayai iklan itu. Ia mengaburi mata kamu. Ia tidak benar”.

Kemudian, ceritakan kebenaran disebalik iklan televisyen. “Makanan itu langsung tidak berkhasiat. Ada bahan pengawet dan bahan kimia yang mendatangkan penyakit. Lagipun makanan itu tidak halal untuk dimakan sebab pada bungkusannya tiada logo halal yang sah daripada JAKIM.”

Anak-Anak yang tidak dibekalkan dengan didikan pengurusan kewangan, akan menghadapi kesukaran dalam menguruskan kehidupan mereka kelak.

Anak-anak belajar menguruskan duit daripada ibu bapa mereka.

Maka, sentiasalah melakukan audit mengenai didikan yang kita terapkan dan perbetulkan apa kurang betul bagi memastikan kita dapat membentuk kehidupan dan masa depan yang baik untuk anak-anak kita.

– Artikel ini adalah dirujuk daripada buku Projek Anak Luar Biasa, Ain Muhammad & Shamsuddin Kadir. Semoga bermanfaat kepada semua pembaca tudungsicomel.com.

Published by

Muhamad Naim Abd Manaf

Muhamad Naim merupakan seorang guru dan pengasas kepada blog akuislam.com. Semoga segala apa yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua ibu bapa pembaca laman ini.

4 thoughts on “Tips Cara Terbaik Mendidik Anak Menabung dan Mengurus Duit”

  1. Satu perkongsian yang menarik. Saya pun sejak anak sy kecil sy sudah sediakan tabung untuk die masukkan dalam tabung. Tiap kali balik kerja saya bg duit lebihan belanja untuk anak sy masukkan sendiri dalam tabung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield