Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Jangan Mengajar Anak Untuk Bermusuh

bermusuh
Jangan Bermusuh | I Can Fly by Fractoid

Sebagai ibu bapa, kita sememangnya bimbang anak kita tidak menjadi anak yang soleh, menjadi nakal dan jahat, bergaul dengan orang yang dipertikai perangainya, terpesong akidah dan pelbagai lagi.

Ketika anak kita masih bayi, kita takut dia digigit nyamuk, maka kita pasang kelambu. Bukan bermusuh dengan nyamuk dan sentiasa mencarinya untuk dibunuh.

Bukan dengan cara bermusuh

Ketika anak kita masih kecil, kita bimbang dia jatuh sakit, maka kita pastikan dia makan makanan yang sihat, didik dia apakah itu cara hidup yang sihat supaya dia pandai menjaga diri. Bukannya mengajar dia bermusuh dengan kuman di luar sana dan sentiasa mencari segala jenis racun untuk membunuh kuman-kuman itu.

Untuk memastikan anak kita sentiasa soleh, perangainya elok, akidahnya kuat kita mengajarkan agama Islam, memahamkannya mengapa agama Allah turunkan itu dan ini dan Islam adalah panduan hidup yang lengkap.

Kita sendiri pula perlu menunjukkan tauladan sebagai umat Islam yang baik untuk membuatkan anak kita lebih mencintai Islam.

Bukan dengan mengajarkannya menjauhkan diri daripada bukan agama Islam dan lebih teruk lagi menjadikan segala agama lain sebagai musuh untuk menguatkan akidahnya.

Cinta kepada Islam tidak akan bertambah dengan mencari permusuhan.

Cinta kita terhadap Islam adalah kerana kebaikannya, dan ini dikuatkan lagi dengan umatnya yang menunjukkan tauladan yang baik dan Islam yang syumul rahmatan lil ‘alamin (rahmat seluruh alam)

Sekiranya anda seorang pemimpin masyarakat dan keluarga, lagilah perlu untuk anda cermin kehidupan diri dan renungkan;

Adakah cara hidup anda terlalu mewah, bongkak, dibiayai pendapatan tidak halal seperti rasuah sehingga masyarakat sekeliling kita termasuk saudara Islam merasakan ada sesuatu tak kena pada anda yang mengikut ajaran Allah?

Cerminlah diri

Renungkanlah samada tingkah-laku kita sedang mencerminkan dan memartabatkan agama Allah atau memalukan-Nya. Ingatlah Allah sentiasa dan senyumlah selalu =)

– artikel ini dipetik dari nota motivasi Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa