Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Kanak-Kanak Mangsa Penculikan? 5 Tips Yang Boleh Digunakan Untuk Elakkan Anak Jadi Mangsa Penculikan

Kanak -kanak sering menjadi mangsa penculikan dan sering menjadi sasaran penculik terutama sekali di kawasan yang sunyi dan tidak ramai orang.

Bila sebut je kes kanak-kanak diculik, sudah pasti sebagai ibu bapa akan mula merasa bimbang mengenai keselamatan anak-anak masing-masing. Terutama sekali mereka yang mempunyai anak kecil lagilah bertambah risau di buatnya. Sejak akhir ini kes kehilangan anak dan juga kes kehilangan kanak-kanak serta kes cubaan menculik kanak-kanak kembali hangat diperkatakan di dalam negara kita.

Ada Beberapa Tips Penting Untuk Elakkan Anak Dari Menjadi Mangsa Penculikan

Dengan isu yang viral sejak dua menjak ini, sudah pastilah ia buatkan ibu bapa mula merasa risau terutama sekali sewaktu pulang dari sekolah.. Sudah tentulah masing-masing akan mula merasa bmbang mengenai keselamatan anak-anak sewaktu pulang dari sekolah. Biasanya, kanak-kanak akan tunggu di ibu bapa atau bas sekolah di luar kawasan sekolah.

mangsa penculikan

Walaupun dekat luar kawasan sekolah ada ramai murid-murid sekolah lain atau ramai orang tetapi itu tidak bermakna ia menghalang penculik untuk tidak melakukan penculikan. Sebaliknya, ia menjadi salah satu lubuk terbesar untuk berlakunya penculikan. Ada beberapa tips terbaik yang boleh anda gunakan untuk elakkan anak anda menjadi mangsa penculikan. Antaranya ialah:

1- Ajar Anak Berteriak

Perkara pertama dan dan wajib anda ajar pada anak anda apabila berlaku situasi hendak diculik ialah dengan ajar anak berteriak jika di tarik atau di ajak mengikuti oleh orang yang tidak dikenali. Dengan menjerit ia akan buatkan orang lain yang berada di sekeliling akan perasan dan sedar bahawa berlakunya cubaan untuk menculik atau cubaan membawa lari kanak-kanak.

Secara tidak langsung ia akan menyebabkan penculik membatalkan niat untuk menculik kanak-kanak tersebut.

mangsa penculikan
Th

2- Kumpul Tempat Yang Ramai Orang

Selain itu, sentiasa juga mengingatkan anak-anak supaya berkumpul di tempat yang ramai orang sewaktu hendak menunggu ibu bapa ketika pulang dari sekolah dan sebagainya. Ini kerana, apabila berada di tempat yang ramai orang atau sesak, kebarangkalian untuk di culik itu adalah rendah dan menyukarkan si penculik untuk melakukan cubaan menculik.

Terutama sekali apabila berada di kawasan sekolah yang mana tempat ini biasanya dipenuhi, ibu bapa atau mereka yang hendak mengambil pelajar pulang dari sekolah. Jadi, sukar untuk penculik menculik kanak-kanak.

Baca Juga: Anak Kemurungan? Jom Bantu Anak Dengan 4 Tips Yang Super Awesome Ni

3- Tidak Bercakap Dengan Orang Tidak Dikenali

Bukan itu sahaja, ajar juga anak-anak supaya tidak bercakap atau menerima apa-apa pemberian dari orang yang tidak dikenali dan menjauhkan diri dari orang yang tidak mereka kenali. Ini adalah salah satu cara yang digunakan oleh si penculik untuk memancing inat kanak-kanak supaya mengikuti mereka dan kemudian kanak-kanak tersebut akan terus di bawa lari.

Tetapi jika kanak-kanak menolak dan melarikan diri dari penculik, ia akan membuatkan penculik tersebut mula membatalkan niat untuk melakukan penculikkan kerana taktik yang digunakan tidak berjaya mempengaruhi kanak-kanak dan niat mereka sudah diketahui.

4- Memakai Pakaian Warna Terang

Jika bawa anak kecil pergi bercuti atau berjalan-jalan di kawasan awam atau kawasan tumpuan umum, pakaikan anak-anak dengan pakaian yang berwarna terang dan seeloknya pakaian yang sama warna dengan kita. Ini kerana, ia dapat membantu kita mencari anak sekiranya hilang atau sekiranya anak terlepas dari pegangan kita.

Walaupun berada di tempat yang ramai orang atau tempat yang sesak, kadangkala kita terlupa untuk menjaga keselamatan anak kita sehingga anak terlepas dari pegangan dan hilang dari pandangan sehingga menyebabkan anak kecil berisiko untuk menjadi mangsa penculikan. Jadi, dengan cara sebegini.

mangsa penculikan

5- Jangan Benarkan Anak Keluar Bersendirian

Tips yang seterusnya ini merupakan salah satu tips yang sangat bagus untuk elakkan dari anak menjadi mangsa penculikan. Jika dilihat pada waktu ini, kebanyakan kanak-kanak menjadi mangsa penculikan adalah kerana mereka keluar bersendirian tanpa sebarag teman sama ada oleh ahli keluarga atau sesiapa sahaja. Justeru itu, untuk elakkan anak dari menjadi mangsa penculikan jangan benarkan anak keluar ke mana tanpa sebarang teman. Pastikan ada ahli keluarga anda yang lebih dewasa menemani anak anda setiap kali keluar.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.