Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

7 Cara Hilangkan Kahak Bayi Di Rumah Dengan Mujarab

Adakah anda sedang mencari petua untuk menghilangkan kahak bayi? Artikel pada kali ini kami akan kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan kahak yang ianya terbukti berkesan.

Kebiasaannya, kanak-kanak terutamanya bayi di bawah umur 2 tahun mudah dijangkiti batuk, selsema dan kahak.

Masalah kesihatan ini sering berlaku kepada mereka sehingga menyebabkan ketidakselesaan dan kerengsaan. Malah, pasti ibu bapa akan tertekan untuk menjaga mereka sepanjang malam.

Apa itu kahak dan punca terjadi

Kahak atau phlegm merupakan cecair pekat yang hadir dalam pelbagai warna dan bergantung kepada tahap dan keadaan jangkitan seperti hijau, kuning atau jernih.

Kahak ialah lendir yang terjadi disebabkan saluran udara rendah dan ia berbeza daripada cecair lendir atau hingus yang keluar daripada hidung.

Ada beberapa sebab yang menjadi punca terjadi kahak. Antaranya ialah:

  • Bronkiolitis
  • Pencemaran persekitaran
  • Pneumonia
  • Jangkitan bakteria dan virus
  • Asma
  • Penyakit hidung dan sinus
  • Batuk rejan

Jadi sebelum sakit yang berlarutan, pastikan rumah kita sentiasa bersih dan berikan persekitaran yang elok untuk si manja.

Bagaimana keadaan bayi ketika berkahak

Kahak ini perlu dikeluarkan dengan segera kerana ia akan mengganggu masalah pernafasan bayi terutama di hidung dan tekak si kecil.

Bila bayi berkahak ini ia akan membuatkan hidungnya tersumbat. Kemudian, akan menghalang bayi untuk bernafas dengan baik.

Hal ini seterusnya menyukarkan bayi untuk menghisap susu ibu kerana bayi tidak tahu bagaimana hendak bernafas melalui mulut.

Kahak yang berkumpul juga boleh menyebabkan debu, kuman dan bakteria berkumpul dan membuatkan bayi jatuh sakit. 

Jangan risau, teruskan untuk membaca artikel ini supaya anda dapat mengenal punca terjadi kahak dan cara untuk hilangkan kahak bayi.

Cara hilangkan kahak bayi dengan petua mudah

Di bawah ini, saya senaraikan beberapa petua untuk hilangkan kahak bayi dan pastinya berkesan. Semoga petua ini membantu anda untuk melegakan dan memberikan keselesaan kepada si kecil.

1. Mandi dengan air suam

Mandi dengan air suam ini merupakan cara mudah untuk hilangkan kahak bayi. Sediakan satu besen yang berisi air suam, lalu mandikan anak dengan air suam tersebut.

Dengan cara ini, pastinya membantu untuk mencairkan kahak bayi. Jangan guna pula air panas, dikhuatiri melecur pula kulit bayi nanti.

2. Teknik tepukan percussion

Tekniki tepukan percussion sudah semakin popular dan mendapat perhatian di kalangan para ibu bapa. Teknik ini merupakan salah satu cara hilangkan kahak bayi.

Tujuannya adalah untuk melonggar dan membuang kahak yang ada di dalam paru-paru.

Sebelum melakukannya, pastikan anak tidak minum susu atau makan bagi mengelakkan muntah. Cara untuk melakukannya mudah iaitu pastikan anak berada di posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut.

Bentukkan tapak tangan anda seperti cupping dan mula tepuk dibelakang badan anak. Tepuk selama 15 minit dan alih dari kiri dan kanan tubuh anak.

3. Gunakan terapi stim

Selain itu, kita juga boleh menggunakan terapi stim untuk anak kecil di rumah. Petua ini sering dilakukan ketika anak di usia 3 bulan. Teknik ini sama sahaja seperti teknik percussion.

Put hot water in a small bowl or basin. Then, hold the child tightly and direct their face to the hot water earlier.

Then, cover the child’s head with a towel to trap the heat. After that, move the basin and do the percussion technique. Repeat the steps until the phlegm comes out.

3. Penyedut hingus dan saline drops (air garam)

Anda juga boleh menggunakan saline drops, iaitu air garam yang boleh anda beli di farmasi yang berdekatan.

Ini juga merupakan salah satu cara yang mudah untuk hilangkan kahak dan juga hingus bayi. Saline drops ini harganya lebih kurang RM20 sahaja, dan sangat berkesan untuk hilangkan kahak.

Anda boleh juga gunakan penyedut hingus untuk mengeluarkan lendir berlebihan dan kahak yang terperangkap pada bayi.

Penyedut hingus ini juga boleh di dapati secara online atau di farmasi. Dua benda ini sangat membantu dan boleh melegakan keselesaan hidung si manja.

Elakkan untuk tidak membuat campuran air garam sendiri kerana rationya mungkin tidak sesuai untuk bayi anda yang baru lahir.

4. Menggunakan madu asli

Petua secara semulajadi ini semakin mendapat perhatian dikalangan ibu bapa. Sebelum anda bagi makan madu asli ini, dinasihatkan untuk memberi kepada anak yang berusia 1 tahun ke atas.

Madu ini tidak sesuai untuk bayi yang bawah 1 tahun ya. Ibu bapa boleh cuba bagi sedikit madu asli kepada si manja sebelum bayi tidur petang atau malam.

Bukan sahaja membantu mencairkan kahak bayi, madu asli juga dapat membantu melapisi kerongkong bayi dan melegakan kesakitan daripada batuk.

Jika anda khuatir muda terlalu pekat, anda boleh cuba cairkan madu di dalam air suam dengan sedikit perahan lemon.

Sekali lagi diingatkan, jangan berikan bayi di bawah umur satu tahun kerana mungkin akan mendapat alahan atau keracunan makanan.

5. Bawang putih, minyak zaitun dan daun sirih

Petua ini daripada orang-orang tua dimana ianya tidak memudaratkan. Anda hanya menggunakan bawang putih yang telah dibakar di atas dapur dan campurkan bersama minyak zaitun.

Lalu anda boleh sapukan pada dada dan tapak kaki si kecil anda.

Selain itu, ada juga yang menggunakan daun sirih yang dicampurkan dengan kapur dan air. Kemudian, sapukan pada dada si kecil.

Jangan letak terlalu banyak kerana dikhuatiri ianya panas dan memudaratkan bayi.

Sebelum mencuba petua hilangkan kahak bayi ini, anda perlu dapatkan nasihat doktor untuk mengelakkan dari memudaratkan keadaan si manja.

6. Pastikan minum air yang banyak

Kunci utama untuk mencairkan kahak ialah dengan sentiasa memberikan air dengan kerap.

Ini bermakna susu ibu atau formula perlu diberikan untuk bayi di bawah enam bulan manakala untuk air biasa bagi bayi yang sudah boleh makan makanan separa pejal.

Jika bayi dehidrasi, pastinya akan menggalakkan lendir dan kahak di dalam paru-paru. Jadi, pastikan si kecil anda mendapat air yang mencukupi.

7. Pelembap udara

Cara hilangkan kahak bayi yang terakhirnya ialah dengan menggunakan pelembap udara (humidifier). Sekarang sudah banyak yang menjual pelembap udara ini.

Ada yang murah dan ada juga yang mahal, jadi ikut dengan kemampuan anda untuk membelinya.

Pelembap ini sebenarnya membantu dan memberikan kelembapan di udara. Ini kerana ia dapat memudahkan anak mengeluarkan kahak atau mengatasi kekeringan di tekak.

Pelembap ini boleh diletakkan di dalam bilik tidur kanak-kanak untuk memberikan kelembapan kepada persekitaran.

Jenis ubat kahak bayi yang boleh di beli di farmasi

Selain petua di atas, anda juga boleh membeli ubat kahak yang ada di farmasi. Tetapi untuk pengetahuan, pastikan dapat maklumat yang betul sebelum membelinya.

  1. Expectorant – digunakan untuk batuk yang berkahak
    Contoh ubat: Rhinational, Bisolvon, Mucolix
  2. Mucolytic – untuk batuk berkahak
    Contoh ubat: Acetycysteine, Ambroxol
  3. Berasaskan herba – digunakan secara tradisional untuk melegakan selsema, batuk, sakit tekak, iritasi kerongkong
  4. Contoh ubat: Cap Ibu dan Anak, Hurix, Woods, Prospan

Jangan pula batuk berkahak dibelinya ubat batuk menghalang kahak keluar. Ini silap! Untuk kanak- kanak bawah dua tahun, senang sahaja formula ubat batuknya : TIADA UBAT BATUK UNTUK KANAK KANAK KURANG DARI 2 TAHUN.

Petua hilangkan kahak bayi di atas diharapnya dapat membantu ibu bapa di luar sana. Sedikit nasihat, pastikan bayi dan si manja anda mendapat rehat yang secukupnya.

Jika bayi tidak sihat, jangan bawa keluar atau bersiar-siar di luar supaya tidak menambah lagi kemudaratannya.

Jadi, bolehlah ibu bapa cuba cara hilangkan kahak bayi diatas ini. Disamping iktihar dengan cara ini, anda perlu juga untuk pantau keadaan anak.

Jika terlalu lama sangat batuk selsema dan kahak rujuk terus ke klinik dan dapatkan rawatan dengan kadar segera.

Semoga bermanfaat!

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

4 comments

  1. anak saya usia 8 bln Kat leher tu macam bunyi kagak. klau dia lasak bermain sesak nafas ny pasti atas perut tu napak kembang kuncup
    sya NK buat apa dokter

  2. anak saya usia 8 bln Kat leher tu macam bunyi kahak. klau dia lasak bermain sesak nafas ny pasti atas perut tu napak kembang kuncup
    sya NK buat apa dokter

  3. raja dina

    cmner yer doctor..utk hilangkan btuk kahak bayi 2 bulan lebih.sdh 2 mggu ank sy batuk.sy dh comorkan ubt macam2..memang kahak ad kluar dr mulut dan jgk najis .cma,kahak tu sentiasa ada .btuk2 smpi mcm lemas..dah buat tepuk2 mcm doc ajar .ok sekejap..bla tdo ok.nafas pon ok .tp,bila sedar trus batuk .dh pi klnk.cek.smua ok lg stakat hr ni .oksigen,jntung dan paru2.memang persekitaran dirumh .ank2 yg lain smua btuk..lambat hilang.mohon respon dan penyelsaian dr doc yer,cmner nak buat .cian kat ank kcik.bimbang rsanya. tq.

  4. dktor ank saya slalu brkahak mcm mna nk hilngkn kahak ank saya umur 2 bulan dktor…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa