Anak Degil? Ini 5 Sebabnya Anak Degil

Anak degil atau tidak mendengar kata merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu bapa di luar sana dan masalah yang memeningkan kepala.

Anak Degil

Mana tidaknya, kadangkala bila kita menegur perlakuan anak kita atau kesalahan anak kita, mereka tidak mendengar kata. Mempunyai anak degil merupakan satu cabaran yang sangat besar buat para ibu bapa di zaman serba moden ini. Mana tidaknya, perlakuan anak-anak yang tidak mendengar kata dan tidak menghormati kita sebagai ibu bapanya, adakalanya mencabar kesabaran ibu bapa.

Ada Beberapa Sebab Kenapa Anak Degil Dan Tidak Mendengar Kata

Kadangkala dalam kita tidak sedar, mungkin kita juga ada melakukan kesilapan sewaktu berkomunikasi dengan anak-anak. Ia mungkin menyebabkan anak-anak merasa rimas dan merasa stress sehingga mneyebabkan mereka merasa memberontak.

Tidak dinafikan setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka dan mahu mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang terbaik dan mampu berbakti kepada orang tuanya apabila sudah besar nanti. Tetapi, dengan cara didikan yang terlampau keras dan terlampau tegas mungkin menyebabkan anak-anak akan mula merasa rimas. Sebaliknya, ketegasan mendidik perlulah bersesuaian dengan usia anak anda. Jom kami kongsikan antara beberapa sebab kenapa anak degil dan tak mendengar kata. Antaranya ialah:

1- Cepat Panas Baran

Kita yang sudah dewasa ni pun akan merasa rimas dengan orang yang panas baran, begitu juga dengan kanak-kanak. Memang betul setiap ibu bapa mahu mendisiplinkan anak-anak tetapi buatlah secara perlahan-lahan dan tidak cepat marah apabila anak melakukan kesilapan buat pertama kalinya. Sebaliknya, beri teguran dan bagitahu mereka apa kesanya jika mereka melakukan kesalahan seperti itu lagi. Untuk mendisiplinkan anak-anak memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Anak Degil

2- Suka Membandingkan Anak

Adakalanya dalam kita tidak sedar, kita sering membandingkan anak kita sendiri. Sebenarnya, sikap suka membandingkan anak bukanlah satu sikap yang elok. Setiap anak kita mempunyai kelebihan yang tersendiri. dengan mambanding-bandingkan anak kita, ia akan membuatkan anak kita hilang keyakinan diri dan seterusnya akan membuatkan mereka memberontak sehingga

Baca Juga: Anak Soleh Solehah-4 Cara Terbaik Yang Boleh Digunakan

3-Tidak Menghormati Anak

Kita selalu mendengar mengenai anak-anak perlu menghormati ibu bapa tetapi pernah atau tidak kita menghormati anak-anak kita? Ya walaupun kita adalah ibu bapa, kita juga tetap perlu menghormati anak kita terutama sekali privesi anak kita. Sebagai contoh, jika anak melakukan kesalahan, tegur dengan menggunakan bahasan yang elok dan tidak menggunakan bahasa yang kasar dan kurang sopan. Selain itu, hormati privasi anak anda dan tidak melakukan sesuka hati melanggar privasi anak anda. Dengan tidak menghormati anak anda mungkin akan membuatkan anak anda memberontak dan seterusnya akan membuatkan anak degil

Anak Degil

4- Jadikan Anak Seperti Kawan

Satu lagi tips yang boleh kita gunakan ialah, layan anak seperti seorang kawan. Anak lebih rasa dekat dengan kita dan lebih mendengar kata kita dan lebih seronok melakukan apa yang kita suruh. Dalam masa yang sama walaupun kita tegas dalam mendidik anak, tapi dengan cara layanan yang kita seperti kawan membuat mereka mengerti bahawa anda menyayangi dia dan mahukan mereka menjadi seorang yang lebih baik.

5- Tidak Terlalu Mengharapkan Sempurna

Satu lagi sikap yang perlu ada dalam diri kita sebagai ibu bapa ialah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan apabila anak kita melakukan sesuatu perkara tersebut. Lagi-lagi jika mereka baru pertama kali melakukan perkara tersebut. Sebaliknya, puji mereka dan bantu baiki jika ereka melakukan kesilapan secara tak langsung anak akan merasa lebih seronok untuk melakukanya di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa