tudungsicomelLoading...

Nasihat Kepada Ibu Bapa Yang Ada Masalah Anak Lembam Dan Lemah Dalam Pelajaran

Pernah dengar seorang yang terkenal bijak mendapat anak yang tidak cemerlang dalam pelajaran?

Pernah lihat seorang yang berjaya dalam hidup mempunyai anak yang lembam dan sering mendapat markah corot dalam peperiksaan?

Dalam waktu sama, anda juga tentu pernah mendengar ada orang yang tidak berpendidikan langsung tetapi melahirkan anak-anak yang cerdas pintar.

Tentu anda juga pernah mendengar seorang petani telah melahirkan orang-orang yang cemerlang dalam hidupnya.

Mengapa ini terjadi?

Sesetengah daripada kita beranggapan anak lemban adalah masa depan yang gelap.

Anak yang sentiasa mendapat markah rendah dalam peperiksaan dianggap bakal mengisi bidang-bidang pekerjaan yang rendah apabila dewasa kelak.

Manakala anak-anak yang cerdas dilihat sebagai jaguh kehidupan pada hari muka.

Memang tiada siapa dapat meramal masa hadapan dengan cepat. Keupayaan akademik di alam persekolahan bukan penentu kepada kecemerlangan dan kejayaan.

Beruntunglah ibu bapa yang mendapat anak sedemikian.

Tetapi tidak bermakna anak yang bebal akan terus rebah dipersada kehidupan.

Kenyataannya, ramai orang yang tidak cemerlang sewaktu di alam persekolahan, muncul sebagai orang-orang ternama, kaya dan popular di alam pekerjaan.

Saya amat berkeyakinan bahawa dalam kita menilai keupayaan anak, tidak boleh sama sekali kita menilai mereka pada tahap kecerdasan IQ semata-mata.

IQ memang penting dalam alam pembelajaran tetapi EQ lebih diperlukan dalam alam pekerjaannya nanti.

Jadi tidak adil sama sekali jika kita menamatkan keyakinan kita terhadap keupayaan anak-anak terlalu awal.

Maksud saya, dengan melihat keputusan peperiksaan mereka yang sentiasa merah, rasa putus harap kita pun bertambah.

Saban hari, kita semakin tidak peduli dengan prestasi mereka, membiarkan mereka dan menyerah mereka kepada nasib semata-mata.

Tindakan ini tidak bijak sama sekali.

Mana tahu anak kita itu akan jadi orang yang tidak berguna?

Betul, pelajarannya sentiasa merosot tetapi kalau kita langsung tidak mengambil kisah, tidakkah kemerosotan akan menjadi-jadi. Kalau kita semakin tidak peduli, tentulah dia pun lebih tidak peduli.

Sebagai ibu bapa kita sentiasa berkewajipan membimbing anak-anak kita biarpun bagaimana keadaan mereka.

Sekadar lemah dalam pelajaran itu bukan tiket untuk kita menghentikan perhatian kita terhadap mereka. Apalagi kalau kelemahan itu memang dipusakai secara genetik ataupun kita yang menjadi penyebabnya, tanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini bertambah berat.

Kelemahan dalam pelajaran bukan berpunca 100 peratus daripada anak itu sahaja.

Ada banyak faktor yang menjadi penyebabnya.

Selain memang mewarisi kelemahan dalam memahami, mengingat dan mengeluarkan balik apa yang dipelajari, guru-guru, suasana, masyarakat dan kawan-kawan juga memainkan peranan besar dalam membentuk keintelekan anak-anak.

Guru-guru terutamanya, sering mengambil sikap yang salah terhadap murid-murid yang lemah. Murid-murid yang lemah kurang diberikan perhatian.

Kadang-kadang mereka disisihkan, bukan setakat akademik bahkan membabit hingga ke bidang sukan dan kokurikulum.

Dalam keadaan sebegini bagaimana kita hendak perubahan berlaku pada murid tadi?

Dalam hal begini, apakah murid itu yang bersalah seratus peratus kalau nanti mereka terus lemah dalam pelajaran dan akhirnya hilang keyakinan diri.

Keadaan diburukkan lagi oleh ibu bapa yang lebih cenderung untuk mengatakan anaknya sudah ketinggalan jauh, tiada masa hadapan, bodoh dan sebagainya daripada merangsang, berusaha, membantu, menasihati dan membimbing dengan penuh sabar dan iltizam.

i__m_a_slow_learner_by_silentnight745

Berikut saya kongsikan beberapa nota daripada cikgu Ina Iryanti Zainal mengenai masalah ini:

  • Sesetengah kanak-kanak pula menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.
  • Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis.
  • Guru atau ibu bapa yang mengajarnya membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali. Dari itu, kanak-kank ini akan lebih cepat dapat menangani masalah permbelajaran ini. Pakar kanak-kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan-bahan makanan tertentu yang boleh menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak. Kanak-kanak mungkin menjadi lebih resah hiperaktif, lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu, penilaian tidak lengkap jika riwayat pemakanan kanak-kanak tersebut tidak diambil dengan teliti.
  • Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak-kanak yang menggalami masalah pembelajaran. Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording) dan masalah memahami apa yang dibacanya (reading comprehension).
  • Kebanyakan kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan seterusnya maju dalam pelajaran mereka. Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak di atas bahu para  profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas di rumah.

Disamping memberikan perhatian yang tulus, berikan juga anak-anak keperluan mentalnya untuk berkembang.

Dalam soal ini, mungkin ibu bapa harus berkorban sedikit dari segi kewangan.

Anak yang lemah dan lembab memang memerlukan makanan perangsang minda agar mereka dapat bersaing dengan prestasi yang bergerak deras disekeliling mereka.

Mulakan dengan memberikan mereka kesedaran minta yang optimum dan kecemerlangan imaginasi untuk muncul sebagai orang yang ternama, terulung dan terhebat dihari muka.

12 comments

  1. Aniza Binti Dzulkifli

    Salam,
    Saya mempunyai 3 orang anak, kesemuanya lelaki. Anak saya yg sulong berumu 11 tahun, yg ke 2 10 tahun dan yang ke 3 7 tahun. Anak-anak saya lemah dalam pelajaran. Bagaimana hendak mengatasinya. Hrp dapat membantu.

    1. Anak saya lemah dlm pembelajaran bahasa inggeris,matematik dan sains…tahun depan akan menghadapi peperiksaan upsr…sy nak tanya bagaimana cara utk saya membuat persediaan untuk anak saya kearah kecemerlangan..

    2. Saya mempunyai anak berumur 11 tahun..sangat lemah dalam pelajaran terutama matematik..selalu gagal..saya hampir berputus asa..apatahlagi memikirkan upsr tahun hadapan…saya amati anak saya sukar memahami soalan exam..even yg simple..doakan saya diberikan kesabaran dalam mendidik anak…

      1. Jangan pernah putus asa puan, sebaliknya kita harus sentiasa bersemangat kepada anak-anak. InsyaaAllah, setiap kesabaran puan akan terbalas.

  2. Siti normah

    Saya ada seorang anak yang berumur 16 tahun, dia seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran, bagaimana cara untuk membantu anak saya ni, saya benar benar tak tahu nak buat apa, tolonglah saya…..

  3. Terima kasih tuan atas tulisan & blog ini. Mengembalikan semangat sy utk terus mendidik anak2 yg lemah..Doakan juga saya diberikan kesabaran dalam mendidik anak2…

  4. sy ade seorang ank…darjah 3 _9tahun skrg….kekadang dia keliru tangan kanan dan kiri bila ditanya…masih tulis terbalik contoh huruf D…sbnrye dia lambat bercakap sewaktu usia 4.5.6..tapi slh kami x bawak jumpa doktor…..tapi dia boleh membaca skrgni…cuma agak terlambat dlm menulis bila disuruh salin yg dihadapan papan hitam mahupun di buku..apa perlu saya buat….perlukah saya ke hospital….? klu perlu bagaimana…bingung…silap kamike..kami masukkn dia sekolah intergrasi maahad..bukan sekolah biasa…ke sbb ini brtambah kekeliruan dia ….

  5. Assalamualaikum.,
    Anak saya selalu tidak focus,5minit belajar 30minit berangan n main,dlm pemerhatian sy terlalu kurang berfikir,asyik bergantung dengan mak ayah untuk selesaikan masaalah,dan lebih menyedihkan selalu ambik jalan pintas.ape patut sy buat😭

  6. Zainab tamsir

    Salam, saya ada anak lelaki berumur 16 tahun. Suka main game menyebabkan kurang berminat belajar. Dan mengatakan lemah dan tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah. Apa yang harus saya lakukan…?saya buntu. Untuk pengetahuan sy ada anak 2 orang. Yang sulung perempuan berumur 22 tahun dan sudah bekerja.

  7. Anak saya 12 tahun. Baru upsr Dan dia sbnrnya sgt lemah dalam pelajaran tidak kira sek keb atau agama. Sy telah berusaha keras selamat bertahun2 Ii.e mengajar sendiri di rumah, menghantar ke pusat tuition malah mengupah personal tuition dtg ke rumah. Sy juga membekalkan Makanan tambahan padanya di sampling doa2. Sy telah berusaha ikut kemampuan sy. Tp spai skrg pembelajarannya tiada Perubahan. Dia tetap masih gagal dlm pelajaran. Sy ada masa jd sgt kecewa, putus asa Dan buntu. Malam menjelang upsr pun sy menangis sendiri mengenangkan dia. Sy sudah berusaha keras tp seolah tiada hasil pun.

  8. Saya ada anak saudara , baru berusia 7 tahun tapi dia sangat lemah daya ingatan. Even apa yg dipesan oleh guru2 pun dia xbgtau dekat parents dia, sbb lupa. Pernah terjadi, buku latihan dia dikutip oleh guru, tapi dia X ingat langsung, bila ditanya dia cakap hilang . Kenapa ya tuan, saya risau kalau dia bukan kanak2 normal. Sebab nya nanti risau dia ketinggalan jika diletakkan dalam kelas kanak2 normal

  9. Hamba Allah

    Tuan Saya mau kongsi n nak Tanya pendapatan, jika ia menpuanyai anak yg tidak pernah
    Bawa ke pendidikan khas pada awal2 n dirawat, berjumpa pakar, di Masa akan datang
    Kemungkinan dia bermasalah,
    Dan tekanan jiwa, dengan parents Serta
    Family family YG lain, masyarakat,
    Keluarga Tak harmoni, umur pesakit, 28
    Tp masih kemelut, membelenggu,
    Dlm Hidup Nye, apa akan berlaku
    Keadaan pesakit Masa akan datang??
    Dan keluarga masih beranggap pesakit ( anak Nye ) bagi dia Normal, n Tak perlu ke bawa ke pendidikan khas, Kira is boleh belajar berdikari, sorng2 Tanpa 1 org pun,
    Mohon jelaskan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

five × five =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa