Bagaimana Untuk Menjadikan Dunia Rumah Tangga Kita Ini Syurga?

Rumahku syurgaku.

Anda semua inginkan rumah tangga yang bahagia, rahmah dan mawaddah. Tiada seorang pun yang berkahwin tidak mengharapkan kebahagiaan dan keharmonian.

Pada asasnya, rumah tangga bahagia tidak memerlukan kemewahan material.

Apa yang diperlukan ialah berusaha menjemput keberkatan hadir dalam setiap usaha yang dilakukan untuk keluarga.

Keberkatan inilah yang akan melahirkan rasa cukup dan rasa bahagia serta tenang kepada pasangan suami isteri.

Secara umumnya, ada tiga perkara yang perlu dijaga dalam menjadikan rumah tangga kita ini sebagai syurga.

Apakah perkara itu?

1. Jagalah keberkatan dalam rumah tangga kita

Bagi menjaga keberkatan dalam rumah tangga, perkara terpenting adalah keberkatan ketika di tempat kerja.

Ada yang mencuri tulang, menipu tuntutan kewangan, membawa pulang barangan syarikat, membawa pulang rezeki daripada sumber syubhah dan pelbagai lagi.

Ketahuilah bahawa kesemua perkara seperti ini akan menghilangkan keberkatan dalam rumah tangga.

Sekiranya keberkatan hilang, kita bimbang ia akan menjadikan rumah tangga itu tidak menyeronokkan.

Maka ketika itu, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dikecapi.

Rumah tangga akan berhadapan dengan pelbagai ujian. Rumah tangga akan menjadi kosong tanpa bahagia.

Selain itu, perbuatan membawa balik benda-benda haram untuk dijadikan makanan, minuman atau pakaian juga akan menghilangkan keberkatan.

Ada yang membawa balik makanan kenduri yang diambil tanpa mendapat keizinan daripada tuan majlis.

Ada yang membawa pulang makanan yang dikhaskan kepada orang lain.

Semua ini adalah perbuatan salah dan ia tidak halal untuk kita.

Berhentilah daripada berbuat demikian. Bawalah pulang ke rumah makanan atau sumber rezeki yang betul-betul terjamin kebersihan dan halalnya.

Barulah rumah tangga beroleh keberkatan.

 

2. Memanjakan pasangan dengan panggilan yang disukai

Cuba periksa diri kita, apakah panggilan yang digunakan kepada isteri dan suami kita?

Antara panggilan yang digunakan Nabi Muhamad SAW untuk memanggil isteri baginda adalah Humairah yang bermaksud, ‘yang putih kemerah-merahan’.

Kita pula bagaimana?

Pengtingkah panggilan manja seperti ini?

Jawapannya, ya.

Ia penting untuk mewujudkan kemesraan diantara suami isteri.

Ada suami yang memanggil isteri sebagai sayang, ayang, darling dan sebagainya. Tidak apa. Panggillah selagi tidak menyalahi syarak dan boleh mencipta kemesraan sesama kita.

Begitu juga dengan isteri.

Panggillah suami dengan panggilan yang boleh menunjukkan rasa hormat kepadanya.

Begitu juga panggilan yang boleh mewujudkan rasa ketenangan di hatinya.

Jika suami isteri boleh melakukan sebegini, mudah-mudahan Allah SWT mewujudkan kemesraan dan kebahagiaan kepada mereka.

Elakkan daripada memanggil gelaran yang boleh menjatuhkan air muka.

Tambahan lagi jika panggilan itu dipanggil dengan suara yang kuat dan didengari orang ramai. Tindakan seperti ini hanya akan menyebabkan rumah tangga menjadi porak peranda.

Itulah yang kita kesalkan. Ada isteri yang boleh menghormati ketuanya di pejabat dengan menggunakan gelaran yang menunjukkan rasa hormat.

Tetapi dia gagal memanggil ketuanya di rumah dengan rasa hormat. Sikap ini amat dikesali.

Suami akan berkecil hati. Isteri pula akan hilang rasa kebahagiaan daripada suaminya kelak.

Begitu juga dengan suami. Isteri di rumah tidak dihargai. Panggilan yang digunakan pula selalunya buruk berbanding memanggil wanita lain dengan panggilan manja.

Padahal isterilah yang sepatutnya dimanjakan bukan orang lain.

Ada pasangan, ketika bercinta bukan main romantik. Segala panggilan manja digunakan untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.

Namun setelah berkahwin semuanya hilang entah ke mana. Tiada lagi kata-kata menarik dan panggilan manja kepada suami atau isteri masing-masing.

3. Selalu berkongsi rasa cinta

Sentiasalah berkongsi rasa cinta dan kasih sayang dengan pasangan kita.

Janganlah hanya mengambil hari-hari tertentu sahaja untuk memberikan penghargaan kita kepada mereka.

Ingatlah kasih sayang tidak mengenal masa, ketika dan hari.

Setiap hari adlah hari yang penuh rasa cinta dan kasih sayang kepada isteri atau suami. Mengapa kita perlu meletakkan kasih sayang pada tarikh-tarikh seperti hari ulang tahun, hari kelahiran dan sebagainya?

Bukankah molek jika ia tidak ditetapkan mana-mana hari?

Berilah sesuatu yang menggembirakan pasangan kita. Bukannya sesuatu yang menyusahkan. Marilah kita bersama-sama menggembirakan mereka dengan memberikan sesuatu yang sangat mudah.

Ia tidak memerlukan modal dan nilai harga.

Ia adalah kasih sayang dan cinta.

Takkan perkara semudah ini pun susah untuk kita lakukan? Berkongsilah semua itu dengannya.

Selain daripada memberikan kasih sayang berbentuk perasaan, berkongsilah kesusahan dan kesenangan bersama-sama.

Cubalah bagi setiap suami tidak menunggu dan menyusahkan isterinya dalam urusan mengemas rumah. Cubalah suami pula  yang menolong mereka memastikan rumah berada dalam keadaan bersih setiap masa.

Cuba bayangkan jika isteri bangun daripada tidur. Dia melihat rumah menjadi bersih dan kemas. Sedangkan bukan dia yang mengemas. Tetapi dilihat suaminya yang rajin melakukan kerja rumah berkenaan. Bukankah ini mendatangkan kelegaan kepadanya?

Begitu juga dengan isteri.

Apabila suami pulang daripada kerja, kita menyambutnya dengan layanan yang baik. Ketika itu penatnya akan hilang serta-merta dek senyuman manis yang dilemparkan.

Inilah yang dimaksudkan dengan kita berkongsi kesusahan dan kesenangan bersama pasangan masing-masing. Bukannya senang bersama, tetapi susah ditanggung sendiri.

Cubalah kita ada perasaan untuk menjadikan rumah tangga sebagai tempat yang paling membahagiakan.

Kita rasa kesal sekiranya ada dalam kalangan kita yang seolah-olah tidak mempedulikan perkara ini. Ada orang hanya membiarkan rumahnya kelihatan begitu semak dan menyakitkan mata.

Jika ini berterusan, bagaimanakah kebahagiaan dapat dirasai?

 

Penutup

Bukan mudah sebenarnya untuk mengharungi ombak badai yang sentiasa menghempas bahtera perkahwinan.

Namun jika kita selalu memperingati dan bermuhasabah diri, InsyaaAllah setiap jalan kita didunia ini akan dipermudahkan.

Tulisan ini adalah dirujuk daripada Datuk Ustaz Kazim Elias. Kongsikanlah bersama-sama isteri atau suami anda, dan juga teman-teman yang lain.

Semoga bermanfaat kepada pembaca TSC 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa