Hadiah ‘Terbaik’ Untuk Anak-Anak

hadiah anak

Menjadi impian setiap ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka menikmati hidup aman, bahagia dan berjaya tetapi impian kekal impian jika kita tidak mengambil tindakan yang betul untuk mendidik mereka. Oleh itu mula dari sekarang, ambil tindakan yang betul untuk menjadikan impian anda menjadi kenyataan . Mulakan dengan mengikuti dua langkah positif yang berikut…

LANGKAH 1 : CINTA TANPA SYARAT.


Cintai dan sayangilah anak-anak kita dengan ikhlas dan tanpa syarat. Jangan hanya kerana anak kita bijak, cantik, baik, taat dan sebagainya, baru kita tunjukkan yang kita sayang kepadanya. Kasih dan sayangilah mereka walau dalam apa keadaan sekali pun.

LANGKAH 2: PAMERKAN CINTA DAN KASIH SAYANG. 


Anak-anak tidak akan tahu bahawa kita sayangkan mereka walau dalam apa keadaan sekali pun sekiranya kita tidak pamerkan melalui tindakan. Cinta dan kasih sayang perlu ditunjukkan supaya anak-anak merasainya. Peluklah anak-anak sekerap mungkin, terutamanya jika mereka masih muda. Sentiasalah berada di sisi apabila mereka memerlukan kita. Menghadirkan diri dalam aktiviti sekolah dan kolej mereka. Beri perhatian, pandang ke dalam mata semasa mereka bercakap dengan kita. Hargailah pencapaian mereka tidak kira kecil atau besar. Membawa mereka keluar menikmati alam, beriadah dan berkelah sekali sekala. Melakukan perkara-perkara bersama-sama, seperti membuat kraftangan atau melakukan kerja-kerja rumah seperti pembersihan, mengemas, berkebun dan lain-lain. Paparkan kerja tangan anak-anak di tempat yang mudah untuk dilihat supaya satu keluarga dapat menghargainya.

Jika kita dapat mengikuti dua langkah di atas, banyak masalah anak-anak akan dapat dielakkan sebelum ianya berlaku.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa