Sebagai seorang muslim, mempunyai anak yang boleh menghafal Al Quran adalah satu kebanggaan dan haruslah menjadi sebuah cita-cita kepada semua ibu bapa.
Bagaimana agar anak kita yang masih 6–8 tahun dapat dengan mudah menghafal Al Quran?
Disini ada beberapa cara yang berkesan yang dapat kita terapkan dalam kehidupan sehari-hari.
1. Perdengarkan bacaan Al Quran seoptimum mungkin
Pernah mendengar anak kecil sudah hafal satu lirik lagu kumpulan nyanyian orang dewasa? Apa yang membuatnya begitu menghafalnya?
Ya, kerana terlalu sering mendengarnya.
Perkara yang sama juga berlaku pada bacaan Al Quran. Semakin sering kita memperdengarkan ayat Al Quran kepada anak-anak, semakin banyak kesempatannya untuk dapat menghafal Al Qur’an.
Bila lagu yang tidak disengajakan pun dapat dihafal, bagaimana jika kita memang menyusun “strategi” untuk secara sengaja memperdengarkannya secara berterusan? Insya Allah hasilnya lebih baik lagi.
2. Beri Hadiah
Anak seusia ini menyukai pujian. Jika ingin membuatnya bersemangat, puji mereka. Bentakan, ancaman, dan tekanan tidak membuat mereka termotivasi kerana mereka tidak menyukainya.
Menekan hanya akan membuat mereka trauma dan malas menghafal. Menekan juga hanya akan menjadikan proses menghafal sebagai suatu proses yang ditakuti.
Sebaliknya, berikanlah penghargaan (reward). Reward tidak harus mahal kerana tujuannya adalah untuk membuat mereka berasa dihargai setelah “bekerja keras” menghafal Al Quran.
Perkara ini juga bermaksud menjaga rasa senang si anak. Rasa senang anak perlu dijaga dalam proses menghafal kerana learning is most effective when fun.
Penghargaan atau reward dapat menjadi satu pakej rangsangan dengan sanjungan. Bila menerima ini, mereka seperti mendapat double reward: sudah diberi hadiah, disanjung pula. Insya Allah mereka akan semangat menghafal.
3. Berceritalah
Berceritalah secara ringkas mengenai ayat atau surah yang akan dihafal anak kita. Dengan mendengar cerita, anak dapat membayangkan kandungan surah.
Hal ini membuat mereka merasa bahawa ayat-ayat Al Quran itu membumi, dekat dengannya kerana mudah difahami. Bercerita juga bererti menuntut ibu bapa sendiri agar juga menghafal atau setidaknya memahami kandungan ayat atausurah dengan baik.
Maka proses menghafal bukanlah proses khusus si anak semata-mata, tetapi kerjasama yang baik antara anak dan ibu bapa.
4. Gambaran
Selain bercerita, Anda juga dapat membuat gambaran yang berkaitan dengan ayat atau surah yang dihafal. Efek visual dapat menarik perhatian anak lebih banyak.
5. Guru yang Kompeten
Pilihlah guru Al-Quran yang kompeten. Sebolehnya seorang yang menghafal 30 juz Al Quran, berpenampilan menarik, dan menyenangkan.
Untuk menghadapi anak kecil, dia jugalah harus inovatif dan kreatif. Dia tidak boleh kaku kerana yang dihadapi adalah seorang makhluk yang masih dalam tahap perkembangan dan belum banyak memahami seperti orang dewasa.
Dia juga harus bersedia duduk dan bermain bersama. Guru yang seperti ini akan membuat anak selesa bersamanya sehingga insya Allah diharapkan semangatnya untuk menghafal pun bertambah.
Penutup
Semoga perkongsian yang dicatatkan memberi manfaat kepada ibu bapa semua untuk terus membina anak-anak yang mencintai Al-Quran. InsyaAllah
ALhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian. Untuk anak-anak maksu, maksu hantar ke kelas hafazan di masjid dan setiap hari lepas maghrib spent 30 minit utk praktis hafazan. Dalam kereta maksu bukakkan bacaan ayat-ayat al Quran yang dihafalnya.