13 Karenah Anak Kecil Anda Akan Buat Semasa Di Meja Makan

anak kecil
Anak kecil memang banyak karenah semasa makan

Kadang-kadang perangai dan karenah anak kecil kita sentiasa membuatkan kita pening dan berasa rimas untuk menyediakan hidangan makanan untuk keluarga.

Anak-anak kecil memang mempunyai banyak ragam, tetapi inilah antara ragam bagi kebanyakkan anak kecil semasa di meja makan:

1. Datang tanpa pakaian – mereka akan datang ke meja makan dengan sekurang-kurangnya tanpa baju atau seluar. Dan badan yang penuh dengan sticker atau contengan dakwat pen.

2. Bawa tetamu – barang permainan mesti ada dengan mereka di meja makan. Jika perlu, permainan itu akan dibuat sebagai ‘tebusan’ sehingga permintaannya ditunaikan.

3. Berdiri di atas kerusi – mereka hanya akan tahu mereka sudah berada ditempat tinggi apabila mereka berdiri diatas kerusi.

4. Selalu menjadi yang pertama meminta makanan – proses order makanan akan bermula lama sebelum masa makan yang sebenar dan berlanjutan sehingga mereka tidur.

5. Tunggu semua orang dihidangkan – apabila semua orang telah duduk dan dapat makanan serta mula hendak menyuap makanan dalam mulut, mereka akan meminta kita bawa mereka ke bilik air.

6. Sudu adalah tongkat sakti – anak kecil selalunya tidak mahu disuapkan, mereka mahu makan sendiri dengan memegang sendiri sudu. Tapi awas! apabila mereka mendapat ‘tongkat sakti’ tersebut, mereka akan mula mengetuk meja, main dengan makanan dan malah membaling sudu tersebut ke merata tempat.

7. Makanan orang lain adalah lebih sedap – declare semua makanan orang lain adalah lebih baik dari segi rasa, penampilan dan pinggannya. Mula mahukan makanan orang itu secara merengek atau secara paksa.

8. Penampilan makanan adalah mesti sama dalam buku resepi – Kanak-kanak selalu teruja dengan makanan yang dipaparkan dalam buku resepi. Jauhkan anak kecil anda dari buku resepi dari pandangan mereka atau jika tidak, mereka mahukan anda menyediakan makanan tersebut betul-betul seperti apa yang paparkan.

9. Sentiasa pastikan muka sentiasa bersih – sapu muka dan mulut pada lengan baju.

10. Menepati masa – makan pada kadar yang laju atau.. tak makan langsung.

11. Satu gigitan sudah memadai – mereka akan cuba makan keseluruhan hidangan dengan sekali makan. Jika makanan itu rasa pelik atau terfikirkan benda lain yang lebih menarik daripada mengunyah, mereka akan meludah kembali makanan tersebut.

12. Simpan makanan yang belum disentuh – anak kecil suka untuk meminta untuk disimpankan makanan untuk dia walaupun dia tak makan pun nanti. Malah, tak ingat pun.

13. Berada diluar pandangan – apabila mereka turun dari kerusi meja makan, mereka gemar untuk masuk dibawah meja dan luar dari pandangan orang dewasa.

 …..

Begitulah karenah anak-anak kecil. Mereka sukar dikawal dan bendung karenah perbuatannya. Tidak mengapa, ini adalah kerana masih belum mampu berfikir dengan sempurna.

InsyaaAllah lama kelamaan mereka akan mampu mengikut segala peraturan dan makan dengan penuh adab. Tetapi sebelum itu, kita perlu bersabar dan makan biskut kepunyaan mereka yang sedap-sedap semasa mereka tidur sebagai sweet revenge. hehe.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

ten + 17 =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa