Mosecrepe – Korang tau tak, mengikut maklumat yang kita perolehi, kain jenis crepe ini terhasil sejak 1911 lagi. Mai aii, otai giler hehe…
Dalam bahasa Perancis, crepe ini bermaksud tidak lincin. Sedikit kesat lah gitu.
Memang sesuai sangat untuk jahit tudung dengan kain mosecrepe nie sebab tak terlalu lincin. Kalau lincin sangat pun tak selesa pakai jugak kan. Asyik melorot jer.
Kain crepe terdiri dari pelbagai jenis dan antara yang famous sekarang di Malaysia adalah jenis Mosecrepe.
Bahan yang digunakan untuk menghasilkan kain crepe terdiri dari campuran bahan-bahan seperti sutera, wool, polyester atau ada juga dengan menggunakan kapas.
Hasil akhir yang terhasil adalah mengikut kandungan bahan utamanya lah. Contohnya:
1. Kain Moscrepe Polyester – Dihasilkan dari serat sintetik atau (PE)
2. Kain Moscrepe Rayon – Dihasilkan dari serat Bahan Rayon.
3. Kain Moscrepe Spandex – Dihasilkan dari spandex atau lycra.
Kain mosecrepe nie bersifat meregang, tidak jarang dan tidak terlalu ringan itu sebab ianya sangat sesuai untuk menghasilkan tudung dan juga jubah.
Antara keistimewaan utama mosecrepe ini ialah jenis kain yang sedikit kesat dan ianya dalam kategori less ironing(bukan ironless tau).
Ada yang claim mosecrepe nie sebagai material ironless atau ‘tak perlu gosok’. Tapi saya kurang bersetuju. Sepanjang kita menjahit tudung dan jubah, kain jenis ini masih perlu iron cuma dengan kadar minima.
Lepas basuh, sidai terus dan iron sedikit lah, in shaa Allah dah boleh pakai.
Tapi kalau korang tak nak iron pun boleh sahaja, ikut suka lah kan hehe. Takda la teruk sangat kedutnya.
Kain mosecrepe nie sesuai sangat digunakan untuk menghasilkan tudung. Tudung yang dihasilkan dari mosecrepe ini sesuai digunakan untuk akiviti harian yang lasak harian. Contohnya untuk pergi ke pasar, berkebun, pakai dalam rumah jika ada tetamu bertandang, bersukan dan lain-lain lagi.
Ini kerana tekstur kainnya yang sedikit kesat dan menyerap peluh, membuatkan ianya sesuai untuk aktiviti lasak dan santai harian.
Keluarga crepe nie banyak sebenarnya, bukan sahaja mosecrepe. Adik beradik dia seperti:
1. Wool Crepe
2. Crepe de Chine
3. Crepe Georgette
4. Crepe Marocain
5. Bubble Crepe
6. Arabian Crepe
7. Diamond Crepe
dan lain-lain lagi…
Setiap jenis ada kelebihan dan kekurangan masing-masing la. Ada yang tak sesuai dibuat tudung dan ada yang hanya sesuai dibuat jubah dan blouse.
Kenapa mosecrepe sesuai dibuat tudung?
1. Kainnya tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis, namun ianya cukup berat untuk membuatkan kita yang memakainya terasa lebih kemas dan selesa. Kalau ringan sangat nanti terbang-terbang pula jadinya hehe.
2. Kain menyerap peluh. Jadi sangat sesuai untuk cuaca panas terutama di Malaysia.
3. Kain yang meregang. Kain meregang sangat selesa dipakai. Jika ianya jenis kain statik, ianya kurang sesuai untuk penghasilan tudung.
4. Tidak jarang. Ini penting kerana kalau buat tudung dengan kain yang jarang, lebih baik tidak perlu bertudung kan hehe…
Kekurangan?
Puji lebih-lebih mosecrepe nie tak boleh juga. Ada juga kekurangan sebenarnya.
1. Kain nie jenis bergetah dan meregang. Jadi majoriti kain bersifat ‘getah’ nie, apabila terdedah terlalu lama di bawah pancaran matahari lama-kelamaan akan cepat mereput dan menjadi keras. Ini sifat biasa getah.
Apabila ianya reput, ia akan menjadi sedikit keras. Tak pecaya, cuba korang cari gelongan getah pengikat bungkusan di rumah anda. Simpan dan jemur bertahun-tahun di bawah pancaran matahari dan anda akan faham apa saya maksudkan hehe…
Namun, jika untuk pakai 3-4 tahun, in shaa Allah masih elok dan selesa.
2. Kain ini ada banyak jenis, ada yang dihasilkan di Korea dan ada yang diciplak di China, dan kalau tersilap pilih, dapat lah mosecrepe China yang dikatakan Korea. Apa kekurangannya? Boleh fikir sendiri hehe…
Korea telah diakui ramai merupakan antara pembekal textile yang berkualiti dan sehingga kini kita juga menggunakan material yang kita ambil dari pembekal yang mendapatkan material dari Korea antaranya Mosecrepe dan juga Lycra untuk kita hasilkan Tudung Sekolah Lycra Korea. Itu sebab kita berani memberi Jaminan 180 Hari untuk semua produk yang kita jahit… giteww hehe…
3. Harga mosecrepe Korea original sedikit mahal berbanding tiruan China. Quality come with price.
4. Kain ini agak tebal dan kesat, jadi mengambil sedikit masa untuk kering. Perlukan cuaca yang cukup panas untuk mengeringkannya. Tapi kalau kat Malaysia nie no problem la… bukan sahaja tudung, kulit yang mulus nie pun boleh terbakoo hehe…
Sebenarnya berat kain juga berbeza-beza ikut keperluan. Contohnya kain 280g dan 320g sesuai untuk dibuat tudung dan 400g pula sesuai untuk dibuat jubah atau blouse. Lebih berat semestinya lebih tebal.
Kebanyakkan tudung yang kita hasilkan sekarang semuanya kita gunakan material Korea. Kita juga membekalkan tudung sekolah yang dihasilkan dari material Lycra Korea.
Kalau kita perasan, di pasaran banyak tudung yang dijual dengan harga murah dan kebanyakkannya menggunakan material China.
Ini kerana material yang dihasilkan dari China lebih murah namun memandangkan kita lebih mementingkan keselesaan pengguna, jadi kita memilih material Korea berbanding China.
Salah satu pembekal kain kita juga merupakan warga Korea yang telah lama menetap di Malaysia(mualaf).
Kenapa kita pilih Lycra Korea untuk hasilkan tudung sekolah adalah sebab kita fikir, anak-anak akan memakai tudung sekolah seharian, jadi kalau kita guna material yang tak elok, kesian pula kan. Seharian berpanas di sekolah bertudung.
Saya pun ada anak bersekolah, jadi tak sampai hati nak pakaikan anak sendiri dengan tudung yang dihasilkan dari material tidak berkualiti.
Alhamdulillah, sejak 2013 lagi, kita telah bekalkan tudung sekolah Lycra Korea. Dan selain itu, kita juga ada hasilkan tudung kasual ibu dan anak yang kita hasilkan dari material mosecrepe.
Kanak-kanak nie lasak, jadi Mosecrepe Korea memang paling sesuai, in shaa Allah.
Oklah, ini sahaja nak cerita pasal kain mosecrepe. In shaa Allah next kita sembang santai mengenai Lycra Korea pula ya… babai…
Rujukan:
https://konveksihasan.com/bahan-kain-crepe/
https://pusathijabterbaru.com/bahan-moscrepe-seperti-apa/
https://notepam.com/bahan-moscrepe/
https://www.kainpusat.com/bahan-rayon/