7 Kesilapan BESAR yang Lazim Dilakukan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

kesilapan
kesilapan dalam mendidik anak kadang-kadang kita tidak sedar

Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.

Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya.

Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.

Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.

Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.

Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.

Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.

Antara kesilapan yang sering kita lakukan dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut:

1# Membanding-bandingkan

kesilapan

Ibu bapa sering kali membanding-bandingkan kebolehan ataupun kelemahan anaknya dengan orang lain.

Ada ketikanya, perbandingan ini dibuat antara adik-beradik dan ada ketikanya dengan orang lain seperti anak jiran, saudara, sepupu, kawan sekelas atau sesiapa sahaja.

Memanglah tujaan perbandingan itu dibuat bagi mendorong ataupun memberi semangat kepada anak. Tetapi, kerap kali anak-anak menyalah tafsir tujuan ibu bapa berbuat sedemikian.

Sekiranya perbandingan itu dibuat antara adik-beradik, maka subur perasaan cemburu dan iri hati dalam diri anak-anak. Sekiranya perbandingan dibuat dengan orang lain, anak mudah merasa rendah diri dan hilang kekuatan bersaing.

Yang dikatakan membanding-banding itu adalah apabila kita mengambil contoh seseorang ataupun  menyebut nama seseorang semasa kita rasa tidak puas hati dan sedang memarahi anak.

Faktor orang lain itu hanya dapat digunakan semasa tiada tekanan emosi antara ibu bapa dan anak. Contohnya semasa perbincangan berlaku secara terbuka. Waktu itu, barulah sesuai mengambil orang lain sebagai contoh teladan tanpa membandingkannya dengan anak kita. Barulah anak mudah menerimanya.

Cuba lihat contoh perbualan dibawah:

Contoh 1: “Apa hendak jadi kamu ini… Lihat si Ali itu, tiap petang pasti dia balik awal. Lepas itu terus mandi, solat dan belajar. Tidak macam kamu, entah apa hendak jadi nanti.”

Ini adalah contoh ibu bapa yang membuat perbandingan  langsung antara anak dengan si Ali. Anak kita pasti tidak menggemarinya.

Contoh 2: “Orang berjaya adalah orang yang sentiasa menepati waktu. Waktu main, mainlah sepuas-puasnya tetapi bila tiba waktu belajar, waktu solat dan sebagainya, mereka lakukan secara seimbang. Jika kita balik ke rumah awal, sempatlah solat dan mandi sebelum belajar. Badan pun tidak penat, betul ataupun tidak?”

Ini adalah contoh yang tiada langsung unsuri perbandingan. Tujuannya tetap sama iaitu menegur kesilapan anak, malah diselit pula dengan alasan yang munasabah selain daripada meminta anak berfikir dengan menjuruskan perkataan, “Betul ataupun tidak?”

Jadi cubalah cari jalan supaya kita tidak lagi membuat perbandingan semasa memarahi anak. Seperti yang dijelaskan awal-awal tadi, contoh kejayaan orang lain sesuai diceritakan sewaktu tiadanya tekanan ataupun desakan emosi dalam diri anak.

.

2# Kesilapan Merendahkan Kebolehan Anak

kesilapan

Seringkali tanpa sedar, kita merendahkan kebolehan anak secara tidak langsung. kerap kali ibu bapa yang resah mengenai masalah anak meluahkan keluhannya kepada orang lain di hadapan anak-anak.

Ada ketikanya ketika bertemu jiran, kita beritahu mereka mengenai kelemahan anak kita. “Anak saya ni Cik Jah.. entah apa lagi saya hendak cakap.. malas betul hendak belajar.”Itu salah satu contoh ungkapan.

Ungkapan ini pula dinyatakan dengan kehadiran anak. Maka, anak percaya apa yang didengarnya. Secara tidak langsung si ibu menyuburkan lagi sikap negatif dalam diri anak itu.

Ada ketikanya pula, ibu bapa merendahkan kebolehan diri anak-anak secara langsung apabila marah. “Kau ini besar nanti hendak jadi apa? Sudahlah malas, degil pula!”

Kata-kata sebegini mudah menghiris perasaan anak-anak dan tentunya apabila sentiasa diulang-ulang, ia menyebabkan mereka percaya itu sahaja kemampuan diri mereka.

Ibu bapa perlu sedar, setiap patah perkataan yang kita ucapkan kepada anak-anak kita merupakan doa. Jangan nanti kata-kata yang tidak baik pula yang dimakbulkan Tuhan.

Oleh itu, carilah kebaikan dalam diri anak-anak walaupun kecil. Subur-suburkanlah kebaikan itu.

Mendidik anak adalah proses yang berterusan. Jangan mengharapkan perubahan yang mendadak dalam diri anak. Sebagai pendidik, ibu bapa memerlukan kesabaran yang tinggi.

.

3# Memarahi Anak Tidak Pada Tempatnya

kesilapanBiasanya ibu bapa akan marah apabila didapati anak-anak melakukan kesilapan berulang, selepas dinasihati dan ditegur.

Tidak salah memarahi anak demi kebaikannya tetapi kita harus pastikan marah itu kana pada orang, cara, masa, tempat dan subjeknya. Kita tidak boleh marah secara melulu sahaja.

Sebab itulah, Nabi Muhammad dalam salah satu hadisnya berpesan, orang yang paling kuat itu adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika dia marah.

Ibu bapa sering kali memilih waktu yang salah bagi memarahi anak-anak. Ramai ibu bapa  mengadu, anak-anak mereka tidak suka berterus terang ataupun berbincang masalah dengan mereka.

Sebenarnya kenyataan sedemikian adalah kurang tepat.

Anak-anak tidak mahu berbincang mahupun berterus terang dengan ibu bapa sendiri tanpa disedari menutup pintu berbincangan itu.

Waktu anak-anak masih kecil, sama ada dialam tadika ataupun sekolah rendah, mereka pernah mengadu hal kepada ibu bapa. Mereka mengadu segala-galanya kerana ibu bapalah yang dianggap sebagai pelindung. Misalnya anak kita mungkin pulang dari sekolah dan mengadu yang guru memarahinya.

Kita pastinya bertanya, “Kenapa guru marah?” Anak memberitahu yang dia dimarahi guru kerana mengejek, mengusik, memukul ataupun mengambil barang kawan.

Apa tindak balas kita?

Ramai ibu bapa segera marah anak itu sekali lagi apabila mengetahui guru memarahi anaknya itu disebabkan kesilapan anak itu sendiri.

Apa pula perasaan anak?

Tindakan mengadu hal tadi menyebabkan emosinya dua kali sakit. Apabila perkara ini berlaku berulang-ulang kali, maka anak tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.

Alasannya, kerana tahu tindakan berterus terang adalah suatu tindakan yang membawa padah. Sikap inilah kelak yang terbawa-bawa sehingga anak membesar

Oleh itu, jangan memarahi anak apabila mereka berterus terang. Jangan pula menyebelahi mereka. Jelaskan secara bijak, perbuatan mereka sememangnya salah dan tindakan guru itu wajar.

Dengan cara sebegini, anak-anak dapat belajar daripada kesilapan. Hubungan ibu bapa dan anak juga menjadi semakin akrab.

.

4# Tidak Menjadi Pendengar Yang Baik

kesilapan

Ramai ibu bapa yang tidak rasa aspek ini penting bagi mereka. Menjadi pendengar yang baik bukanlah sukar dipraktikkan, cuma ibu bapa sahaja yang memperkecilkan peranan mereka sebagai pendengar.

Apabila anak-anak semakin dewasa, mereka cuba merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan ibu bapa. Antara sebabnya adalah disebabakan sewaktu kecil, luahan dan keluhan  hati mereka tidak diberikan perhatian oleh ibu bapa.

Cuba perhatikan kehidupan kita dengan anak-anak.

Adakah kita berhenti membaca akhbar apabila anak kita datang dan bertanyakan sesuatu soalan? Adakah ibu berhenti menggoreng ikan apabila  tiba-tiba anak datang ke dapur dan bertanyakan sesuatu?

Kemungkinan jawapanya adalah tidak.

Kita menjawab pertanyaan anak sambil membaca akhbar. Kita melayan anak sambil menggoreng ikan. Pada kita, apa yang ditanya itu tidak penting.

Memang soalan yang dikemukakan itu mungkin tidak penting, tetapi cara kita memberikan perhatian itu penting. Maka jangan salahkan anak-anak apabila mereka sudah dewasa, mereka tidak menganggap kita sebagai penyelesai masalah yang dapat diharap.

.

5# Tidak Mewujudkan Kemesraan

Ini juga satu masalah yang selalu timbul. Dapatkah kita bersabar sebelum memarahi ataupun menegur kesilapan anak?

Ramai ibu bapa mudah hilang sabar.

Apa tindakan kita apabila guru sekolah memaklumkan bahawa anak kita ponteng sekolah? Pastinya kita terus memarahinya tanpa terlebih dahulu cuba memahami situasi ataupun konflik emosi dalam dirinya.

Jika itu merupakan kesilapan yang pertama, maka kita perlu menasihatinya dengan baik. Ceritakan kepadanya bahawa kita juga pernah menjadi pelajar. Kita juga pernah merasa jemu belajar, tertekan dan sebagainya. Katakan pada anak kita memahaminya.

Tanya anak apa yang dia fikirkan sebelum dia mengambil tindakan ponteng itu. Selepas anak kita mula merasa selesa berbincang, jelaskan padanya betapa tindakan itu dapat mendatangkan malu dan merosakkan masa depannya.

Sekiranya anak terus ponteng, sekali lagi kita duduk berbincang. Sekali lagi kita cuba fahami perasaan dan fikirannya. Cunakan sentuhan bagi menambahkan kemesraan.

Pegang bahunya semasa berkata-kata. Lihat tepat ke wajahnya. Kalau anak kita masih kecil, maka melutut supaya kedudukan mata kita berada separas dengan matanya.

Selepas dia mula selesa, kali ini kita ubah pendekatan. Kita katakan sukar bagi kita menerima yang dia masih melakukan kesilapan yang sama.

Kita perlu memarahinya. Memarahinya bukan kerana kita mahu  melepaskan geram tetapi memarahi anak kerana kita mahu mengajar dan membentuknya.

Terdapat perbezaan yang ketara antara dua keadaan marah itu. Anak-anak lebih menghormati kita sekiranya mereka tidak dapat menjangkakan apa tindakan kita pada kesalahan yang mereka lakukan.

Sebabnya, jika kita terlalu marah, maka anak mungkin katakan pada dirinya, “Ayah saya memang macam itu”. Lihat, walaupun kita benar-benar marah, kesannya tiada langsung pada diri anak.

Bak kata pepatah, alah biasa tegal biasa.

.

6# Terlalu Memanjakan Anak

kesilapanSekiranya terlalu memanjaka anak-anak, mereka akan kehilangan sikap berdikari.

Saya ada menulis artikel mengenai topik ini sebelum ini, anda boleh membacanya di SINI

.

7# Suka Membebel Dan Mengkritik

kesilapanAda pula ibu bapa yang suka membebel pada anak. Sikap ibu bapa seperti ini membuatkan anak rasa hidup di rumah tidak selesa dan tiada ketenangan.

Oleh sebab itu, ramai diantara anak-anak lebih gemar menghabiskan masa di luar. Mereka berasa diri mereka bebas dan merdeka. Mereka menemui ketenangan setiap kali berada diluar rumah.

Cuba perhatikan anak-anak kecil kita setiap kali ada tetamu yang bertandang ke rumah, kenapa perangainya menjadi cukup berbeza? Mereka berani melakukan perkara-perkara yang kita larang.

Mereka melompat-lompat diatas sofa. Mereka membuat pelbagai ragam dan semua perbuatannya itu menaikkan darah kita. Ini kerana, mereka tahu diri mereka merdeka ketika itu.

Ibu bapa tidak mungkin memarahi mereka dihadapan tetamu yang hadir. Mereka ingin menunjukkan kebolehan dan kepandaian dihadapan tetamu. Mereka tahu kita tidak membebel waktu itu.

Ada ketikanya, kita membebel sehingga ke tahap mengkritik anak-anak. Kritikan yang tidak membina hanya membuatkan keyakinan diri anak-anak kita luntur.

Kita boleh mengkritik dengan syarat selepas itu tunjukkan kepada kepada anak apa yang perlu mereka lakukan.

Ini barulah dikatakan sebagai kritikan yang membina. Bukannya kritikan mencari salah semata-mata.

.

Penutup..

Semoga point-point diatas membantu kita semua mengesan kelemahan yang berlaku dalam proses membesarkan anak dengan sempurna.

Membesarkan anak bukan satu perkara yang singkat, ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian dan kosentrasi yang penuh dalam membentuk anak-anak yang CEMERLANG InsyaAllah dunia dan akhirat.

Ingat, hubungan seorang anak dengan ibu bapa tidak putus sehingga ke akhirat.

Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan kita.

Semoga bermanfaat, ikhlas dari warga tudung sicomel.. 🙂

————

Nota rujukan:
1. Teknik memotivasikan anak cara cemerlang (Dr. Tengku Asmadi)
2. Anakku penyejuk mataku (Ust Muhd Fathi Yusuf & Ustzah Ros Izanuri Jamaludin)

77 comments

  1. Firman Allah yang bermaksud:
    “Dan ketahuilah bahawa harta
    benda kamu dan anak-anak
    kamu itu hanyalah ujian dan
    sesungguhnya di sisi Allah
    jugalah pahala yang besar.” (Surah Al-Anfal, ayat
    28)
    walau apa pun alasan kita namun hakikatnya spt firman Allah diatas…yakni amal ibadah agama ibubapa yang menentukan ibubapa itu akan punya akal fikiran yang matang bila berurusan dgn anak2 mereka, segala kelemahan dlm hubungan ibubapa dgn anak berpunca dari ibubapa yang tidak istiqamah amal agama maka terjadilah kekurangan pada ibubapa 7 kelemahan didlm status penulis….wallah hu alam….ALLAH LETAK KEJAYAAN MANUSIA DALAM AGAMA.

    1. Terima kasih atas perkongsian itu tuan

    2. Terbaik ustadz….terima kasih nasihat ustadz….semoga ustadz dipanjangjan umur dan ALLAHurah rezeki ustadz…aamiin.

  2. Najah Salwa

    Salam,

    TQ sis kerana berkongsi tips yang menarik ni. Sesungguh banyak lagi yang harus dipelajari walaupun telah bergelar ibubapa kerana kita mudah lupa…

  3. Terima kasih sis atas perkongsian yg bermakna..jemput ke blog saya juga

    1. Sama-sama.. semoga bermanfaat. insyaAllah puan.. 🙂

  4. Info yang sungguh memberi manfaat. Terima kasih 🙂

  5. Betul semua tu.

    Mendidik anak memerlukan seni. perlukan kesabaran. perlukan teknik yang betul.

    saya pun baru belajar BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGGUNAKAN TEKNIK NABI.

    Banyaknya silap dan celanya saya sebagai ibu.

    jemput baca perkongsian saya BAGAIMANA MENDIDIK ANAK MENGGUNAKAN TEKNIK NABI. : http://goo.gl/fv1MmC

    1. Terima kasih puan Laila =)

  6. Saya sebagai seorang anak sgt bersetuju. Ibu ayah tidak pernah meluangkan masa untuk mendengar cerita saya, jika saya bercerita, mereka tidak akan memberikan apa-apa respon. Jika saya melakukan kesilapan kecil seperti terlupa menutup pintu, mereka akan mengamuk dengan serta merta. Mungkin itu semua kelemahan ibu bapa saya jadi saya terima sahaja. Dari pandangan saya, ibu bapa dasawarsa ini tidak seharusnya mendidik anak mereka sama seperti ibu-ibu mereka mendidik mereka. Persekitarannya amat berbeza. Dan satu kepincangan ibu bapa kita yang dapat saya kesan ialah mereka sentiasa beranggapan bahawa mereka betul dan tidak pernah salah. Bagi anak-anak yang mempunyai pemikiran yang sudah matang, mereka sendiri dapat mengesan kesalahan ibu bapa dan mengambil keputusan utk tidak mendengar. Wahai para ibu bapa, bukalah matamu.

    1. Anak Sulung

      Sama dengan saya. Saya kadanng2 binggung. BIla saya dah besar ni. Saya nak cuba perbaiki keaadaan, tetapi jadi makin teruk. Benda memang dah tak boleh ubah. Sekarang saya terima meraka seadanya, tapi hubungan yang harmoni memang tiada. Setiap orang dalam rumah buat hal masing-masing. Dalam rumah pun tak bertegur. Dalam kereta nasib lah. Ikut topik. Dibesarkan dengan matlamat dunia. dulu hanya hal pelajaran yang berbincang. Bila dengan orang lain boleh pulak main rancak sembang. Bila dah besar tersepit dalam dua keadaan. Di antara buat baik dengan ibu bapa dan tersekat nak memejaukan diri. Saya nak keluar dan lebih maju. Saya masih diarasa dikokong sepertui saya masa kecil. Mak saya nak saya duk rumah sahaja. Tak berkembang langsung pemikiran saya bila matlamat saya pulang ke rumah selepas habis belajar untuk duduk dekat dengan mereka, untuk mejalakan misi mengharmonikan keadaan keluarga semua menjadi lebih teruk. BIla saya cerita begini ramai yang mencemuh saya. Saya cakap dalam hati, tunggu dan lihat bila kau ada keluarga sendiri, anak sendiri, moga kau alami perkara yang aku alami. Semua orang pandang rendah kepada saya, bila saya cerita masalah ni. Saya rasa hina sangat. …. Ceritanya banyak lagi, Itu baru secubit dari kehidupan saya sebgai anak…

      1. Bersabarlah duhai hati yang duka lara, sesungguhnya mmg benar berat mata memandang namun berat lagi bahu yg memikul. Inilah ujian kehidupanmu yang juga memberikan 1001 hikmah dan kekuatan dalaman yg mampu membawa mu kemana2 shj diatas kaki sendiri. Semua badai pasti akan berlalu akhirnya. Nasihat yg paling berguna adalah buatlah perkara yg dirasakan utk kemaslahatan diri tanpa memudaratkan org lain. Wlau apa keputusan dibuat tetap kekal menyantuni org tua hingga ke akhir hayat. Ujian dtg dan pergi namun kekallah dgn hati yg besar dan penyabar.

    2. Betul..sama dengan ibu bapa saya.
      Bukan nak memburuk2kan.. sy dibesarkan dengan ibu yang tidak mendengar. Selalu hilang fokus bila mendengar. Masalah anak2 dipandang remeh.
      Bapa yang suka membebel dan marah hatta perkara kecil.
      Bapa yang tanamkan rasa takut dan tidak mahu mesra dengan anak2 sebab khuatir anak menjadi tidak hormat kepadanya. Hmm.. dah besar tak rasa nak rapat dengan ibu ayah pun. Nak minta apa pendapat pun dengan kawan. Bila tertekan cari kawan. Masa dengan kawan lagi berbaloi dan gembira berbanding masa dengan ibu bapa. Bunyi mcm anak derhaka. It is reality.

      1. Hamba Allah

        Same. 😢 kdg2 tu bile anak x mengaji mengamok betul tp diri sndri tu. Xmngaji, leka tgk phone, tv. Mengaji pn sebulan sekali je. Kdg2 xde pn . Mmg la patut sruh ngaji tapi bukan dgn cara meneking. Even diri sendri x amalkan. Macmana nk jdi contoh ? My parent bkn jnis yg open bile kite tegur kesilapan .dye tetap akan marah balik. Even though dye mngajar parenting tp dye sndri x amalkan ape yg dye sebut. dlu lg stress sebab dua2 parent hari2 kne marah, kne perli . Kdg2 sbb stress kerja,stress ngn nnek tp anak prempuan yg jdi mngsa. Sy pn xde tmpt nk mngdu. Adik2 sume llki. Smpi pnh dipggil sundal n ank angkat . Pnh smpi tahap nk bnuh diri tp pikir nnt msuk neraka. Kdg2 rse mcm nk tuka parent n bg anak yg jahat, jnis sosial dkt diorg. Yg jnis xnk dnga ckp, jnis mlawan ,kki kelab . Mungkin wktu tu bru diorg akan bljar mnghargai.

      2. Kita mengalami hal yang sama.. bukan nak memburukkan mak ayah kita sendiri tapi ini lah realitinya.. kadang kadang sya rasa lali dengar perkataan yang keluar dari mulut mak saya.. pernah sekali tu saya hantar lambat buat sesuatu dia kata sya lembab.. hati anak mana yang tak sedih.. satu haritu saya pernah juga termelawan dia.. sya cakap.. apa yg mak ckp tu doa.. cuba la doa yang baik baik utk anak sendiri.. nia asyik kata buruk je pasal anak.. tapi kalau anak org lain (which is my cousins) syg sgt.. siap doa benda yang baik ii la dkat dorang.. semoga itu la semoga ini lah.. bila dkat anak anak sendiri.. kau tu mmg lembab la.. lambat pick up la otak tu.. mcm mcm.. smpai satu tahap saya dah malas nk ngis.. hati saya dah terlalu sakit smpai air mata dah x turun dah.. kadang kadang sya pernah rsa nak lari rumah or bunuh diri tapi masih waras dan tahu halal haram.. tolong la pada mak ayah di luar sna.. tolong la doa kan benda yg baik ii utk anak tu.. anak x minta benda lain pon.. just nk attention dan kasih syg.. fikir la sebelum nak ckp apa apa pon dkat anak tu.. anak tu akan ingt smpai mati.. sya pernah berazam, bila sya jdi mak nanti.. sya akan cuba utk x buat mcm yg parents sya buat dkat kami adik beradik.. sedih tapi sebagai anak kita still kne hormat mak ayah kita..

    3. anak gadis sabah

      saya stuju, sbagai seorang anak sya pun menginginkan masa sendiri , namun apabila sya ingin keluar dengan rakan sya. kedua ibu bapa sya akn ckp asyik berjalan sahaja. kadang-kadang sya fikir, salahkah sya keluar? kenapa? Bukannya sya tak balik rmh langsung? Sya cuma inginkan kebebasan sekejap sahaja. release tension skjap . lupakan benda-benda yang menyakitkan hati saya . selain itu, sya ingin berdikari . nak dpt income dari hasil titik peluh. cthnya, kerja part time tapi ibu bapa sya salah anggap pula yg saya ingin keluar dengan kawan pergi lepak dll. kadang-kadang rsa nak lari dri rumah jer. asyik kena tuduh mcm tu . smpai sini sahaja luahan hati sebagai seorang anak, Klau ibu bapa sya tngok pun dorang akan cakap salah saya sendiri jugak nnti . tkpe la .

      1. Anonymous

        Ibu bapa saya selalu membandingkan pekerjaan saya dengan orang lain, saya sungguh malu apabila bapa saya mengkritik dan membandingkan tentang pekerjaan saya di depan sahabat – sahabat saya, apa yang di katakan oleh ibubapa saya saya masih ingat sampai ke hari ini. Saya berasa malu dengan sahabat – sahabat saya oleh kerana ibu bapa saya. Saya dipaksa untuk melanjutkan pengajian walaupun di dalam hati saya hanya Tuhan saja yang tahu. Saya ada perancangan masa depan saya tersendiri dan kini saya berasa takut untuk berbincang dengan ibu bapa saya. Hidup saya dibelenggu oleh paksaan mereka.

    4. First Daughter

      Sbg seorang anak…saya setuju sgat..saya mudah sgt kena marah dgn my mom…even bukan salah i tetap i yang kena marah dgn alah i anak pertama tak kan lahh x boleh jaga adik.and walaupun dapt pointer tinggi dlm diorang x pernah kisah..mula mula pointer i cuma 3.3 and my mom marah I sebab pointer I rendah…Dia compare I dgn sepupu I yg dp 3.7..and i study and i dpt 3.4…I happy sgt..tapi my mom marah I baik x payah sekolah kalu pointer cam tu buat habis duit jee..waktu tuu i tahan je nangis…and then next exam i dpt 3.7 and then I beria bagi tau my mom…I tak mintak apa punn I cuma x nk kena marah jee…tapi my mom kata tak yah nak happy sgt 3.7 je..masa tuu hati I sakit sangt….punya i usah nak dpt result mcm tu…I tau I tak pandai macam orang lain tapi at least I usaha sendiri untk dpt apa yg I nak…And my mom selalu marah I sebab adik I x buat hw..I dah suruh dia buat hw I dh amik simpan dia punya tab tapi di still x nk buat..my mom kata I x boleh harap…x guna..I pun ada online class..even I bagi tau my mom I ada online class and x sempat nak tngok adik I sepanjang masa..tapi my mom kata I sengaja mereka-reka alasan..katanya takkan lah online class sampai x boleh nak tengokkan adik I…I dh tak tau naknbuat macam mana….tapi yg paling buat I takut dgn my mom…bila dia mengamuk..pernah my mom baling pinggan sampai pecah betul betul dpn I sebab I x basuhkan pinggan yg dia dgn adik I makan…kadang kadang I rasa I jadi macam kuli….I tak pernah cerita masaalah I dgn my mom..sampai tahap I kena buli pun I x penah cerita…dulu masa i darjah 4 hingga 6 i kena buli dkt sekolahh..i hadap sesorang jaa selalu kena tampar pipi sampai merah…and bila I dah masuk tingkatan 1 i pilih nak sekolah jauh dari rumah n I nak lari dari orng yg buli i..so i pun masuk lah maktab and duduk asrama…I happy kat sana…..kawan semua baiikk..tapi bila my mom dpt tau pointer i..I dh x dpt kebebasan I..semua yg i buat..I kena kokong..

      My mom kalau dia buat kesalah n bila i tegur dia x pernah hiraukan…

      Memang I tak pernah kena pukul dgn my parents Tapi I pun ada perasaan..

      I bukan nak aibkan parents I,I cuma nak berkongsi cerita dgn awak semua,saya harap parents yg lain dpt ambil pengajaran daripada kisah hidup i sela 15 tahun ni….

      1. anak pertama

        Aq anak sulung pernah di simbah air panas kat muka sbb keslahan yg begitu kecik tpi tu waktu aq umur darjah 2 smpai skrng tu jadi kisah paljng hitam yg aq ade aq pernah kne pukul smapai bdan aq habis berdarah darah,lebam ii..mak aq cakap aq bohsia depan jiran ii aq pdahal aq cuma keluar dngn kawan perempuan je ..mak aq suka mmbezakn kn aq ..suka pukul aq..mak aq pukuk aq…mak aq pukul aq…aq x nak lahir kat dunia…aq bencii ade mak ..aq x nak ade mak..aq x nak lahir ..aq benci dye AQ BENCI MAK AQ..DARI kecik smpai aq besar aq x pernah rse bahagia bile aq hidul kat dunia…aq sentiasa dipijak ii..

  7. Bila baca semua tu, diri ni jadi insaf, betapa banyak kesilapan diri sendiri dalam mendidik anak anak. Allahuakbar .. semoga selepas ini berubah ke arah lebih baik . begitu juga dalam mendidik menjaga kebersihan dari kecil amat penting saya kira . semoga mereka amalkan sehingga dewasa , jom baca selanjutnya di

  8. Kita sebagai ibubapa setiap hari adalah untuk bereksperimen dengan sikap anak-anak kita.
    Ada sahaja perkara baru yang kita akan belajar.
    Insyallah sama-sama kita belajar untuk memahamni anak-anak kita.

    1. Setuju dengan puan Azeni. Amin

  9. Ada yg boleh diikut tapi jangan lah sampai kita buang cara lama yang mak ayah kita buat. Sebab terlalu banyak tips dan penceramah bebas diluar sana yang hanya menjadikan topik seperti ini sebagai peluang menjana pendapatan telah menyebabkan anak zaman sekarang rosak.

    1. Terima kasih puan atas pandangan yang diutarakan.

  10. Salaam,

    Terima kasih share information ni. Saya setuju dengan nasihat2 tersebut. Saya bandingkan dengan pengalaman diri sendiri. Di besarkan dalam keluarga yang terbiasa menegur depan orang ramai atau di jatuhkan semangat depan saudara-mara atau kawan. Kita memang perlu lebih dengar apa yang anak kecil cuba sampaikan dari tingkah laku dia. jika tak faham rujuk ibu bapa yang boleh kita jadikan contoh, anak-anak mereka membesar dengan baik.

    Saya bukan lah ibu yang terbaik. cuba nak yang terbaik utk anak. kadang bila tengok dia dah pandai tarik muka berbanding dulu jika di tegur masih boleh senyum. buat terfikir ada salah cara ke anak jadi seperti tidak boleh terima teguran. sememangnya banyak perlu di belajar untuk didik anak. Terima kasih sekali lagi.

  11. kebaikanbercitacita

    Saya dah stress dgn keadaan di rumah. Apa jalan yg terbaik utk saya berterus terang dengan apa yg saya pendam selama ni?

    Adakah berterus terang itu jalan yg terbaik?

  12. terima kasih..sy selalu mengeluh anak xdengar cakap..salah rupanya

  13. Assalamualaikum.. Sya nk tnye.. Knpa ibu sy sering mrah sya tnpa sbb.. Dia sntisa myblahi org lain slain sya.. Sya x thn sbb smua sya dprslhkan.. Dia sring bg tggpan ngtif kpd sya,cth- sya sdg cri info dlm fon,tpi dia judge sya cri mklumat x brfaedah.. Mmg ade sikap mrah tpi sya than shigga sya mngis.. APA komen admin?

    1. Betul , saya pun tak suka . Ayah saya pun sama . Saya rasa, saya jadi makin tak yakin dgn diri sendiri pun adalah . Dahlah tak suka nak dgr explanation org , pastu nak marah² .S

  14. Adakah cara untuk melembutkan sikap ibu yang sentiasa bersikap negatif. Tidak percaya takdir Allah Saya rasa sangat bersalah dan berdosa bila menolak jodoh saya…saya menolak kerana tiada persefahaman antara kami..tapi ibu masih mahu dan sering menyalahkan saya..ibu juga sering menghubungi lelaki tersebut. Seolah memberi harapan..saya rasa tertekan dengan keadaan ini..bila saya cuba menerangkan ibu mudah melenting dan menyalahkan saya kerana menolak tuah..sekarang ini bila saya pulang ke rumah..ibu tidak lagi melayan saya seperti selalu..ibu tidak mahu bercakap dan tidak mahu pandang muka saya lagi..apa yang saya buat sekrang adalah menjauhkan diri darinya..hanya ayah yang masih menghubungi saya..adakah saya anak derhaka kerana menolak permintaan ibu..saya berusaha untuk memperbaiki keadaan tapi ibu seolah buang saya dari hidupnya..dia lebih bnyak menjaga hati lelaki yang hendak dijodohkan dengan saya..mohon nasihat dari semua

  15. umur saye 18 tahun….saye selalu diabaikan oleh ibubapa….selalu dibandingkan dengan adik bradik yng lain…layanan yng diberikan pon berbeza…kalau ade sedikit silap pasti akan dimarahi…hari2 saye stress…hmmm…inilah punce saye selalu derhaka kpde kedua ibubapa saya….

  16. Setuju saya dengan artikel yg anda tulis. Saya sebagai anak pertama serta adik2 saya telah dididik untuk takutkan ibu bapa dan tidak dapat berkongsi apa2 masalah dengan mereka. Adik2 saya semua merujuk kepada saya masalah mereka. Mereka tidak berani untuk mengutarakan masalah mereka kepada ibu bapa saya. saya juga begitu. Saya berumur 20 tahun, seorang pelajar universiti. Sudah tentunya banyak cabaran yg saya hadapi. Namun, apabila saya menceritakan pada parents saya, mereka marah saya. Kadang2 mereka bagi nasihat yg bg saya tidak releven. Sebenarnya saya sudah cuba berkongsi masalah dgn parents since sekolah menengah, but failed. they didn’t hear me. Marah saya. Saya stop and terus jd seorang yg suka pendam masalah dan solve it by my self. Then when masuk U, saya cuba lg benda yg sama. Saya ingt mereka akan faham, still negative. So, sampai sekarang saya hanya meluahkan masalah saya pada rakan2 or kaunselor. Tapi, saya tetap mahu ibu bapa saya mendengarnya, tak mahu orang lain kalau boleh. Saya cemburu tengok parents kawan2 saya boleh anggap anak mereka sebagai kawan dan sporting. Jujur saya kata, saya sangat cemburu. Mereka juga suka membanding2 kan kami dgn orang lain. Itu saya boleh tolerate sebab saya jenis yg optimis, tp adik2 saya yg sedang meningkat remaja tu? Hmm. Bukan saya memburukkan parents saya. Tapi apa yg saya nak mereka buat ialah fahami kami. Mereka ada side yg baik juga. Saya sayang parents saya and my adik2 too. Apa yg boleh saya kata, buang yg keruh, ambil yg jernih. 🙂

  17. terima kasih atas tips yang sangat berguna ni..semoga kita semua dapat menjadi ibu bapa yang mendidik dan bukan mengherdik..thanks

  18. kerana hubungan ibu dan bapa.. saya tekad dari zaman kanak2 hingga kini untuk tidak mendirikan rumah tangga..
    perkahwinan pada mata saya hanya perkara yang menyakitkan dan tidak mendatangkan sebarang faedah.
    maaf kalau saya keterlaluan. Kenalan berlainan jantina yang cuba menghampiri pada saya hanya toxic yang akan membawa mudarat dalam hidup saya. Jujur ini yang saya rasa.. namun saya tidak membenci kedua orang tua.. yang saya lakukan sekarang hormati mereka bantu jika mereka perlukan saya,tidak pernah saya menunjukkan riak wajah membenci atau tidak selese…. namun percayalah jauh dilubuk hati saya tidak selesa dengan mereka… berkali saya cuba namum perasaan negatif tetap dan terus menebal….mungkin saya memerlukan mereka yang arif untuk membantu… maaf saya sedih membaca artikal yang dilampirkan. Maaf juga meninggalkan post yang begini… sekadar berkongsi.

  19. Memendam selagi boleh. Emosi dua kali sakit, tidak mahu berterus terang dan berbincang lagi.. Sebab semuanya menyakitkan

  20. Salam,saya merupakan seorang pelajar yang berasa tertekan dengan ibu yg sering mengeluarkan kata-kata kesat kepada saya dan adik-beradik walaupun hanya perkara yang kecil.Hal ini juga menyebabkan saya merasa semakin hilang hormat kepada ibu saya.Mohon pandangan dan nasihat apa yg harus saya lakukan?

  21. Knp la sy termasuk dlm golongan anak2 seperti yg dinyatakan di atas (kcuali #6). Masa kecil mmg dilayan mcmtu.. banding2 dgn adk bradik lain paling ketara.. walaupun skrg sy dh dewasa.. tp masih dilayan mcm knk2.. smuanya x boleh.. mmg berasa sgt bebas ketika dpt smbung bljr di negeri lain yg jauh dari rmh.. sgt bhgia brsma kwn2.. tp bila pulang kerumah klu terbuat silap sikit dgr la bebelan berhari hari.. mgkin ank2 yg atas (lelaki @perempuan yg paling sulung) hanya bahan eksperimen.. sbbnya tgk adk2 ok ja dpt layanan.. bljr pn pndai, prangai x teruk sgt.. klu yg atas ni jgn harap nk crita mslh dgn mak ayh.. klu ank yg atas dididik mcm ni, sekat tu sekat ni, smpai la jd mcmna sy skrg.. bkn ank yg baik.. bila masuk ank2 yg bwh didikan tu akan berubah… yg atas dh jd x tentu arah yg bawah akn jd elok.. sy lbih percya kwn utk kongsi mslh berbanding kluarga sndri.. rasa berdosa tp nk buat mcmna sbb kita sndri dh tau jwpn bila kongsi dgn kluarga sndri.. bilakah penyeksaan jiwa ini akan berakhir? Smoga Allah tidak mrnjadikan aku ank yg derhaka.. smoga Allah membuka pintu hati mak ayh ku utk mendengar keluhan anknya.. smoga Allah memberkati hidup mereka.. Amin..

  22. Sememangnya kita sebagai ibu bapa selalu melakukan kesilapan terutamanya dalam konteks hubungan dengan anak-anak.

    Cabaran hidup hari ini sering mengenetepikan perasaan dan keperluan emosi mereka. Sungguh, jenis-jenis kesilapan yang dikongsikan memang ramai yang lakukan hari ini. Jika tidak semua. mungkin 4/7 daripadanya.

    Namun cara mudah mengatasinya, ringankan mulut untuk meminta maaf kepada anak-anak. Seimbangkan marah dengan kasih sayang pada masa yang lain. Al least kita boleh tunjukkan teladan easy to hot, easy to cool.

  23. Terima kasih atas perkongsian menarik.

    Boleh juga diamalkan:
    Ibu bapa juga perlu menghadiahkan ibu bapanya, suami/isteri dan setiap anaknya Alfatihah setiap hari untuk Allah tunjukkan jalan dan dorong hatinya ke jalan kebenaran.

    Semoga sama-sama dapat buat yang terbaik untuk anak kita dunia dan akhirat dan dipermudahkan urusan.

    FormulaRezekiHebat.com

  24. dari kecil saya sudah dibandingkan dengan orang jauh lebih tua daripada saya. sampaikan saya hilang diri sendiri sebab nak jadi macam kakak sepupu. Apa yang hebat dgn perempuan tu kalau perangai kau layan org yang bernama keluarga macam sampah! Itu ke cth yg terbaik?! terkadang rasa cukuplah sekadar family yang ada sekarang. xmau org luar (cth:ada suami) dalam hidup. Family sendiri sudah pecahkan kepala, kenapa nk serabutkan diri dengan ada orang lain. Bila ujian ni datang, my be Allah nak kita sebagai anak ni berfikir, adakah selama ni apa yg mak ayah kita train kita dari kecil samada hormat/takut dengan mereka. kalau dr cerita mak, “budak dulu2 takut dgn mak nak melawan pun tak berani, budak sekarang sepatah cakap, 10 di balas,” ini apa yg mak cakap. Istilah kat sini, mak takut bukan hormat.

    Takut dan hormat definisi yang berbeza. bagaimana saya nak belajar hormat mak sdg mak ayah acap kali jatuhkan air muka saya dr kecil depan sedara-mara. Kesan yang paling ketara nampak dekat anak sepupu saya. Dia layan anak dia macam mana ayah saya buat dkt saya mse kecil. Hormat tu mmg hilang. Takut saja yg wujud. Bukan hormat. Bila dah besar nak bercakap pun payah dgn ayah sendiri. lastly cemburu bila lihat kawan2 boleh siap salam, cium ayah sndiri.

    Sampai bilapun benda ni xkan ada kesudahan.

  25. LonelyRanger

    Ya, apa yang ada di atas semua saya alami, kecuali dimanjakan. dari kecil hingga sekarang mereka tak pernah berubah layan saya macam kanak2, sentiasa dimarahi. walaupun benda kecil. apabila saya lihat cara mereka marah bukan untuk didikan, tapi seperti melepaskan geram, selepas habis leteran. mereka terus nampak happy.. tapi bagus la mereka happy kan? huhu.. tapi yang masalahnya saya ni sampai sekarang mmg rasa down je sentiasa, buat semua tak menjadi.. belajar separuh jalan, kerja sekejap berhenti sebab takut dengan persekitaran maybe, social pun dah teruk.. sampai dah tak berkawan.. semuanya kerja dilakukan sorang tanpa ada pertolongan dari sesiapa, mereka pula sentiasa membebal bagi saya hilang semangat.. smpai sekrang saya rasa down sgt.. bila tekanan je sentiasa dan tak pernah luah, rasa diri ni numb pula.. sekadar luahan, huhu.. takda org kenal jadi boleh lah luah sikit hihi

  26. Tak tahulah.. baca artikel ni air mata banyak keluar ..

    Harap ibu bapa kat luar sana baca artikel ni..
    Saya sebagai anak…. Sangat faham.

  27. Hamba yg lemah

    Semua di dalam artikel ni semua saya sudah kena sejak dari kecil lagi,kecuali dimanjakan.Saya anak lelaki sulung.Saya rasa tak bahagia langsung duduk rumah. Buat salah kecil tapi diperbesar-besarkan kesalahan tersebut macam kesalahan yang dibuat tu kesalahan membunuh orang,padahal salah kecil je.Bila sudah sambung pelajaran ke universiti rasa lebih gembira dan seronok berbanding duduk di rumah yang setiap hari pasti akan dimarahi walaupun buat kesalahan kecil.Kadang² tak ada buat salah pun,tapi tetap akan cuba cari kesalahan saya untuk dimarahi. Orang luar dilayan lebih baik dari anak sendiri,bila stress di luar seperti di tempat kerja,pulang ke rumah lepastu lepaskan kemarahan dekat ahli keluarga. Bila balik dai uni untuk cuti rasa stress pulak. Nak cerita pasal masalah yang dihadapi pun x berani sebab nanti akan dikritik,bukannya membantu untuk cuba mendengar dan memahami perasaan saya.Lebih baik cerita masalah dan minta pendapat dekat kawan², diorg lebih memahami dan pendengar setia daripada ibu bapa sendiri. Bukannya saya x pernah cuba untuk berbaik2 untuk borak dengan mereka,tapi bila cuba je mesti jadi lagi teruk.So,lebih baik duduk diam je x payah cerita apa². Umur dh 20+,besar panjang dah pun tapi masih nak memukul macam saya budak kecil yg x tahu baik dan buruk.Nak melawan x berani,nanti jadi anak derhaka. Kadang kalau tahap kesabaran tu sampai dh x leh tahan langsung.Nak cerita dekat kawan pun malu,dh besar panjang kena pukul juga. Yang mampu hanyalah menangis sorg² di bilik untuk melepaskan stress. Walaupun dh besar,nak cakap dengan ayah sendiri pun takut,so selalu x cakap apa² langsung bila makan bersama keluarga. Masa makan pun biasa juga kena marah,nak makan pun x selesa,x tenang,stress. Sampai sekarang ni kalau nak makan bersama pun saya akan cuba elak sebab kalau makan bersama pun nanti ada sahaja benda yg akan die cuba cari utk marah.Nak makan pun stress asyik kena marah,nak borak pun x tau nk borak apa,sebab nanti mesti kena kecam,kritik,dipersoalkan dan macam² lagi. So,time makan ngan family je semua akan diam je time makan,hanya bertemankan suara daripada tv sahaja untuk memecahkan kesunyian.

    Letih rasa bila kita sahaja kena jaga hati orang tua,tapi mereka x jaga hati kita langsung,kalau cakap tu ayat makian cacian tu x pernah x keluar dari mulut,semua henda negatif je.
    Ibu bapa pun tak boleh nak rasa anak je yg buat salah dekat ibu bapa tapi ibu bapa pun ada buat salah dekat anak².Mungkin sebab ego diorg tinggi,fikir mereka ialah ibu bapa yg besarkan kau,so kau kena hormat aku,kau xleh melawan langsung cakap aku sebab aku yang besarkan kau dari kecil.
    Haih,stress teruk dah rasa,kadang sampai tahap depression kena sebab masalah dekat rumah punya pasal🙂

  28. Hamba yg lemah

    Apa benda yang ada di dalam artikel ni semua saya sudah kena sejak dari kecil lagi,kecuali dimanjakan.Saya anak lelaki sulung.Saya rasa tak bahagia langsung duduk rumah. Buat salah kecil tapi diperbesar-besarkan kesalahan tersebut macam kesalahan yang dibuat tu kesalahan membunuh orang,padahal salah kecil je.Bila sudah sambung pelajaran ke universiti rasa lebih gembira dan seronok berbanding duduk di rumah yang setiap hari pasti akan dimarahi walaupun buat kesalahan kecil.Kadang² tak ada buat salah pun,tapi tetap akan cuba cari kesalahan saya untuk dimarahi. Orang luar dilayan lebih baik dari anak sendiri,bila stress di luar seperti di tempat kerja,pulang ke rumah lepastu lepaskan kemarahan dekat ahli keluarga. Bila balik dai uni untuk cuti rasa stress pulak. Nak cerita pasal masalah yang dihadapi pun x berani sebab nanti akan dikritik,bukannya membantu untuk cuba mendengar dan memahami perasaan saya.Lebih baik cerita masalah dan minta pendapat dekat kawan², diorg lebih memahami dan pendengar setia daripada ibu bapa sendiri. Bukannya saya x pernah cuba untuk berbaik2 untuk borak dengan mereka,tapi bila cuba je mesti jadi lagi teruk.So,lebih baik duduk diam je x payah cerita apa². Umur dh 20+,besar panjang dah pun tapi masih nak memukul macam saya budak kecil yg x tahu baik dan buruk.Nak melawan x berani,nanti jadi anak derhaka. Kadang kalau tahap kesabaran tu sampai dh x leh tahan langsung.Nak cerita dekat kawan pun malu,dh besar panjang kena pukul juga. Yang mampu hanyalah menangis sorg² di bilik untuk melepaskan stress. Walaupun dh besar,nak cakap dengan ayah sendiri pun takut,so selalu x cakap apa² langsung bila makan bersama keluarga. Masa makan pun biasa juga kena marah,nak makan pun x selesa,x tenang,stress. Sampai sekarang ni kalau nak makan bersama pun saya akan cuba elak sebab kalau makan bersama pun nanti ada sahaja benda yg akan die cuba cari utk marah.Nak makan pun stress asyik kena marah,nak borak pun x tau nk borak apa,sebab nanti mesti kena kecam,kritik,dipersoalkan dan macam² lagi. So,time makan ngan family je semua akan diam je time makan,hanya bertemankan suara daripada tv sahaja untuk memecahkan kesunyian.

    Letih rasa bila kita sahaja kena jaga hati orang tua,tapi mereka x jaga hati kita langsung,kalau cakap tu ayat makian cacian tu x pernah x keluar dari mulut,semua henda negatif je.
    Ibu bapa pun tak boleh nak rasa anak je yg buat salah dekat ibu bapa tapi ibu bapa pun ada buat salah dekat anak².Mungkin sebab ego diorg tinggi,fikir mereka ialah ibu bapa yg besarkan kau,so kau kena hormat aku,kau xleh melawan langsung cakap aku sebab aku yang besarkan kau dari kecil.
    Haih,stress teruk dah rasa,kadang sampai tahap depression kena sebab masalah dekat rumah punya pasal🙂

    1. 😭 Itu semua juga berlaku pd sy
      Antara satu sbb sy bercerai adalah krn sikap ibu…
      Sy letih sgt dgn semua ni
      Mak selalu fikir dia betul
      Sy x tahan mak selalu rendah2 kn sy dr kecik dan wpun x diungkap secara, lisan tpi perbuatannya, double standard.. Dia kata dia adil tp bg sy, sy ank yg selalu dipinggir..
      Mak sgt mesra, ramah, lemah lmbut pd org luar… Tp bila layan sy… Sebaliknya.. Sy amat cemburu dr kecil hinggalah usia sy 41 sekarang…
      Dlm hati selalu brharap.. Agar mak layan sy dan hormat sy sptmana dia layan n hormat org lain
      Sbb itu dr kecil sy sgt agresif dan suka menjawab mak…
      Sy cuma nk jd ank yg baik tp selalu kecewa dgn mak…

  29. Salam. Saya nak tanya bagaimana pula tindakan ibu bapa apabila anak kecil mereka sakit di rumah ? Apa layanan yg sepatutnya diberikan kpd anak kecil tersebut ?

  30. sy jumpa article ni lepas search pasal anak derhaka. selalu terfikir sampai stress nk bunuh diri da xtaw camne nk improve relationship dengan parent yg asyik nampak salah org lain. rse cam terok sgt ke sy ni? sy da kje tp self confident rse cm xde lgsg je sbb takot buat silap takot kne marah. dgn mak ayah xpena nk dgr anak2, nk bercerita dikatakan menyibuk, memekak, atau gangu die nak rehat balik keje. end up adik beradik sume xberani nk bercerita. buat salah kene maki, ungkit, mengeluh macam terok sgt je salah yg dibuat tu. yg plg xbole lupe sampai skrg almost kne rape balik sekola, bg taw kat parent buat endah xendah je, ayah siap cakap padan muke sape suroh leka. sedih betol ngn parent camni. padahal sepanjang sekolah dulu jarang sekali mereka menjemput pulang. sampai sekarang nightmare dengan lelaki yg mmg stranger or ayah sendiri

  31. insan terpilih

    just nk berkongsi..ibubapa sy pun sama..asyik nk mengamuk bila marah dia ungkit semua salah silap kite..siap xhalalkan air susu yg keluar..umur sy dah 30an..kdg kala rasa rase stress..terutama ibu sy mengamuk xkira lah kat mana dgn siapa..time mood baik dia ada bgtahu dia anggap anak sebagai kwn2 tp hakikatnya bila kite minta pendapat dimarah pula kite. saya rasa psiko sgt..sy sampai tak jadi nak kawin sebab org payah nk accept perangai ibu sy yg ikut mood dia..nk mrh ke nk maki ke..

  32. bagaimana pula dengan ibu bapa yang langsung tidak menyokong anak nya , malah memandang remeh kpd anak anak sedangkan ibu bapa itu adalah penguat semangat anak anak ketika jatuh 😢

  33. Saya tertekan. Cara sy melayan anak adalah seperti yang tuan tulis di artikel di atas. Tetapi suami tidak. Apa yang perlu saya buat. Bila tegur suami, dia akan marah sbb tk setuju dgn cara sy. Contohnya kalau saya nmpk anak main hp, sy akan minta berhenti dengan beritahu lagi 5 minit stop ye. Tp suami pula akan ckp berhenti sekarang….anak2 jadi stress dgn arahan yang keras.

  34. sejujurnya saya ni x tahu nk komen ape tentang cara didikan mak dan ayah saya pada diri saya. sy cuma nk bgitahu yg kini hidup saya terbantut dek kritikan tomahan dan sinis2 yg dilemparkan pada saya zaman persekolahan. antaranya “anak saya ni x berapa menjadi” hahahaha alhamdulillah syukur ya Allah andai aku hambamu adlah seorg anak yg “tak menjadi” aku mohon agar dibukakan pintu kebenarannya di akhirat nanti ya Allah. sekiranya anak2 adalah pendosa dan ibu bapa adalah maksum aku memohon padamu ya Allah agar masukanlah aku kedalam neraka dan masukkan lah ibu bapaku ke dalam syurga kerana aku lah manusia paling durhaka kerana tak berjaya macam anak2 orang lain. namun sekiranya ibu bapa juga ada slh dan silap aku mohon agar kau berikan lah hidayah pada mereka. alhamdulillah ya Allah aku bersyukur ini takdir aku.. sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui kebenaran selama ini ya Allah..
    #AkuAnakTakGuna

  35. Khairul azhar

    Terima kasih member sokongan Dan nasihat seperti diatas rangkaian yang bemaksud itu.. Sungguh bermakna untuk mass hadapan says kelak..

  36. Salam..
    Sy tgk mcm2 luahan stress org di sini
    Sy ank yg dilahirkan era 80an.
    Memiliki ibu yg cukup garang. Tidak pernah nk mendengar luahan ank. Yg die tau hanyalah membebel sehingga puas hingga merosakkan emosi saya.
    Hasil didikan mak saya.. pernah berkali2 saya rasa nak bunuh diri, lari dr umah, n menyebabkan sy kurang rasa hormat pada mak. Jadi ank yg degil n slalu dilabelkan anak derhaka.. di doakan yg buruk oleh ibu kandung sendiri. Mak sy terlalu perfectionist. Sume hal nk perfect. Jika x ikut cara die die akan mengamok dan maki hamun.

    Bayangkan pada usia 4 / 5 thn saya pernah ditolak mak hingga jatuh hampir termasuk longkang besar tepi jalan. Time tu hujan lebat. Saya budak kecik n menangis2 kesejukan di waktu hujan. Mak sdg mendukung adik, sy pegang baju mak sambil menangis. Ketika tu mak berjalan balik dr kedai menuju ke rumah. Bayangkan tanpa belas ihsan mak saya tolak saya jatuh ke dalam air separas betis ketika hujan lebat. Basah lencun baju saya. Hampir2 masuk longkang.

    Setiap kali kejutkan saya ke sekolah mak saya akan sepak2 n tendang2 saya sampai terbangun. Hingga emosi terkejut n tak stabil terbawak2 ke sekolah. Time skolah menengah, baju skolah saya di campak ke luar umah di atas tanah lecak yg ade taik ayam dgn alasan saya x basuh baju sendiri. Form 2

    Ketika kwn2 dtg bertandang. Mak x suka. Jeling2 n jegil2 bijik matenye pd kwn2 saya. Pastu siap aibkan segala keburukan saya depan kwn. Rasa malu n x brani lg bwk kwn2 dtg umah. Alasan mak x suka umh selerak or kotor kalo ajak org dtg umah.

    Walaupun saya jaga mak dlm pantang. Tlg masak. Mak x pernah hargai. Mak siap marah2 lagi saya buat keje lembab.. die lapar. Cpt2 selesaikan masak. Padahal saya mmg siapkan mkn tghari pukul 1ptg. Lewat sejam pun die mengamuk. Umor 18thn.

    Ketika mengganggur dlm 4bln lepas abis blajar dr ipta. Mak asyik menyalahkan saya xde keje. Siap x nak pandang n tegur saya sepanjang sy mengganggur. Akhirnya saya terpaksa tipu kata dah dpt keje di kl. Padahal di kl baru sy cari bilik sewa dan keje. Alhamdulillah hanya sebulan je mengganggur di kl. Nasib la ade duit simpanan.

    Lepas kawen.. mak slalu memburuk2 kan saya pada suami. Stiap kali blk kg, saya n suami slalu bergaduh sbb mcm2 hal mak slalu nk ungkit kelemahan saya.

    Dr zaman skolah sy mmg slalu rasa nk bunuh diri.. lari dr umh. Nak lari xde geng. Alhamdulillah Allah pelihara saya ngn dikelilingi oleh kwn2 yg baik n bijak pandai.

    Mak saya ari2 baca quran, ari2 x tinggal solat tahajjud malam. Solat sunat, pose sunat. Malangnya ngn saya n adik2 pompuan yg lain mak letakkan double standard n buat kami depress. Ank laki sebaliknya. Adik pompuan sy pun dah x thn. Nk pindah umh. X bleh thn dok serumah ngn mak saya. Mak slalu bebel hari2. Mak bercerai ketika usia 56thn.

    Itu saja luahan saya
    Wahai yg bergelar ibu.. tlg la jaga hati ank2 mu. Tak kira perempuan atau lelaki. Mereka juga manusia. Miliki hati yg mudah tersinggung jika terluka. Dekati mereka. Fahami mereka. Sayangilah mereka dgn penuh ihsan.

    Doa mereka iaitu anak2 ini sebagai bekal di alam sana. Mmg di dunia ni doa ibu penting buat ank2. Tapi apa lah maknanye jika dihamburkan dgn doa2 yg buruk.. akibatnye ditanggung oleh diri sendiri jgk. Walau hubungan kite dgn Allah sgt baik, igtlah jika hubungan dgn manusia x dipelihara bgaimana untung nasib kite di sana nanti.

    Hasil didikan mak yg selalu merendah2kan saya, bebel, hina, aib n compare saya ngn ank org lain menyebabkan sy kurang keyakinan diri. Kurang bergaul. Lebih suka hidup menyendiri. Kurang nak bercakap dgn suami. Sbb saya rasa suami lebih menyebelahi mak and x menghargai saya. Dulu, kini dan selamanya mak ttp anggap saya spt kanak2 yg bodoh.

    Sekian

  37. Satu artikel yang baik kepada ibu bapa yang memiliki anak, terutama anak yang masih kecil

  38. Semua statement di atas telah saya lalui sekarang . Apa perlu saya buat since saya kecil hingga umur 20 tahun . Saya tidak diberikan kasih sayang sebagaimana adik beradik saya dapat merasakan . Apakah ini salah saya?😞 saya sampai terfikir nak bunuh diri dan tidak mencintai diri saya . Malahan bersifat agresif dan negatif

  39. Juga anak sulung

    Saya datang ke ruang ini untuk mententeramkan hati,
    Sebab Saya curi2 dengar perbualan ibu dan ayah saya mengatakan, “belajar tinggi-tinggi tapi biadap”. Saya bukan jenis anak yang meluahkan perasaan bahkan saya jarang bercakap soal perasaan dengan mak ayah. Sebab daripada kecik tidak dididik sebegitu. Apatah lagi menangis depan mak ayah. Saya akan sembunyi kalau saya menangis.kalau mereka nampak, sungguh itu perkara yang buruk berlaku, sebab mereka akan mengkritik bukan untuk faham kenapa saya menangis.
    Disebabkan dengan ibu bapa saya sendiri saya tak boleh percaya, apatah lagi untuk saya meluah perasaan pada orang lain.
    Sampai masa kadang saya termeletup.
    Tanpa berfikir panjang yang keluar daripada mulut mereka ialah “belajar tinggi-tinggi tapi biadap”
    Pertama kali saya pernah ditampar oleh ayah saya ketika umur 6 tahun. Depan orang ramai. Kena marah depan orang ramai tu perkara biasa yang ayah saya lakukan. Sampai orang sekeliling yang takut. Saya tak takut, cuma saya akan menangis sebab ayah berjaya jatuhkan maruah saya depan orang ramai.

    Banyak benda yang perlu diluahkan tapi disebabkan tiada siapa yang sudi mendengar. Saya hanya tulis pada kertas atau bercakap sorang2 pada diri sendiri, dan pujuk diri sendiri.

  40. Sy amat fhm perasaan anda

  41. Saya nak tanya, kalau jadi anak, bagaimana nak atasi semua masalah ciri2 ibu bapa di atas

  42. Sampai srkarang,semua kat atas aku prnh kena.kalau nak kata benci mak ayah en.x boleh nak buat ap.mampu sabar jela.tp sabar aku ade batas gak.mak aku pernah hantukkan kepala aku kat dinding.n tdi dietotal2 kepala alu.aku tahulaa aku x bijak macam kakak2 aku.tapi x pyh smpo ckp alu bodoh,ye!! mmg aku bosoh..,sbb kau yg doa!

  43. annaxandra

    ayah tiri sy melakukan smua bnda di atas. sy dh hdup gn ayah tiri sy selama 2 thun. dan mak sy sibuk bekerja. sebelum ni sy seorang yg ceria dan anak yg baik. lepas dibawah jagaan ayah tiri sy mula bersikap negatif mcm dia. dia sllu mrndahkan sy. sy nak mngadu kat mama sy tpi mama sy pula jrg luangkan masa gn sy. malam dan bila bangun, sy mmg sllu rsa nak nngis sbb dugaan smua ni. sy mngadu kt makcik2 sy diorang pun bknnya nak dngar sgt. diorang anggap prbuatan ayah tiri sy tu betul. kalau dulu sy mmg berbakat . sy sllu ikut kelab2 kat skolah. skrang nak kluar pon sllu je ayah tiri fitnah kata sy nak kluar gn laki lah nak datingg lah. pdahal sy x pernah pun buat bnda cmtu. sy ada harga diri. smpai smua org ingat sy jnis murah. sy x mcm tu sumpah. sy dh lama bertahan gn ayah tiri sy. dia pnya pkiran sgt negatif. dia pndang khidupan org lain sebelah mata. dia sllu juga kritik org lain. sy anggap dia dera sy dari segi mental. sy pernah trpikir nak bunuh diri. result sy kbelakangan ini smua mcm nak fail. dulu tak je mcm tu. sy depress . sy harap ada je pendengar sy. kawan2 sy pun ada motivasi kan sy. lagipun mama sy kwin gn dia tnpa sy tau. ayah kandung sy pun satu penipu. sy harapkan dia, tpi ayah kndung sy xpernah ada untuk sy. sy rindu arwah atuk sy. dia sorang je pernah jaga sy dengan elok . sbb dia suatu ktika dlu sy prnah brjaya sbb atuk. dia sllu ada utk sy.

    1. Salam cik, sedih mendengar apa yang cik luahkan dan saya rasa jika saya berada di tempat cik sekalipun, saya yakin pasti perasaannya sama =(

      Sangat sedih dengan apa yang cik hadapi dan saya turut bersimpati. Saya faham, memang kadang-kadang ada ibu bapa yang jenis begini dan ini semua ujian untuk kita dan pelajaran untuk kita agar tidak mengulanginya pada anak-anak kita kelak.

      Sebagai cadangan seorang sahabat, saya rasa cik boleh cuba move ON… abaikan semua situasi negative di sekeliling, pekak kan telinga dan cuba usahakan yang terbaik untuk diri cik dan in shaa Allah saya yakin, nanti semuanya akan berlalu begitu sahaja.

      Jangan terlalu fikirkannya sebab jika difikirkan ianya hanya akan membebankan kita sahaja. Lupakan, pekakkan telinga dan jalan terus…

      Cik usaha perbaiki diri cik dan nanti dah ada kerja, boleh cuba cari rumah sewa sendiri untuk pisahkan dengan suasana negative yang ada.

      Namun untuk ibu kandung, walau teruk mana sekalipun, jangan dilupakan tanggungjawap walaupun cik dah berjaya satu masa kelak.

      Saya yakin, cik ada potensi besar dan jangan menyerah kalah kepada perkara-perkara sebegini ya.

      Saya akan cuba paparkan komen ini di Facebook kita dan jika cik tak keberatan boleh wasap saya di:

      https://wasap.my/60183696451

      dan saya akan cuba share di facebook kita untuk lihat cadangan dan kata semangat dari ibu-ibu lain.

      Jangan menyerah kalah ya… saya yakin cik ada potensi besar dan jangan menyerah kalah ya. Ingat kata-kata saya, lagi kuat angin betiup, lagi tinggi layang-layang terbang…

  44. orang tua harus sabar dalam mendidik anak ,karna itu akan berdampak dengan mental anak itu sendiri.

  45. Sedih sy membaca dr awal sampai habis..sbb point2 di atas semua ibu bapa sy lakukan terhadap sy sejak kecil hingga kini, kecuali memanjakan anak .. adakah mempunyai ibubapa yg berat sebelah , suka mencari kesalahan anak2 , menghukum anak tanpa sebab , mendoakan anak yg bukan2 pendek kata memiliki ibubapa yg tidak baik adalah ketetapan Allah SWT ?..

  46. mencarikebahagiaan

    Masyaallah ramai rupanya ada masalah sebegini. Sepanjang saya hidup, TAHUN TERBURUK BUAT SAYA BERSAMA KELUARGA. Habis je belajar syukru sangat dapat pulang bersama keluarga. Malangnya environment keluarga saya sangat2 mendesak hidup saya. Hidup berseorang tanpa duit yang cukup lebih membahagikan ketika di universiti berbanding hidup dirumah yang serba lengkap namu mempunyai orang sekeliling yang tidak memahami. BAPA SELALU PERLI, RENDAHKAN ANAK-ANAK, IBU MEMBEBEL TANPA USUL PERIKSA. Kesian adik-adik saya selama ini hidup dirumah. Saya baru sahaja habis study baru tahu environment sebenar rumah saya. Betullah hidup tidak bertunjangkan akhlak Al-quran dan Assunnah tidak membawa kebaikkan mana-mana pihak. SEMOGA MASYARAKAT KITA BOLEH BELAJAR DAN PRAKTIKKAN HIDUP BERKELUARGA YANG ISLAMIK.

  47. Saya sudah punya anak tapi ibu bapa saya kata mereka banyak tolong tak pernah fikir kan mereka tolong kita..tapi sya selalu buat apa yang patut ..sya kerja saya ambil cuti mereka cakap saya fikirkan sendiri tak pernah fikir macam mana mereka tolong kita..dari kecik saya kerja mereka tak pernah hargai tapi sya tak marah saya sabar …sya sanggup tak makan kerna nak tolong mereka walaupun sya dapat tolong mereka sikit2

  48. ustaz bleh x nk mintak sokongan drpd ustaz utk kawan sy…..

    1. Salam puan, maaf baru perasan komen puan. Boleh saya tahu apa yang dapat saya bantu? Boleh wasap saya juga di 018-3696451 / http://wasap.my/60183696451

      Semoga sedikit sebanyak dapat membantu puan.

  49. Saya da tak kuat la kdang2, saya slalu ingat pesanan arwah maksu, mngalah laa pada mama ayah ;(
    Hampir 80 persen, smua yang dikatakan betul, sampai saya nak bnci diri saya sbb saya tk thu kenapaaaa saya tk boleh nak meluah prasaan pada mamayah saya ;(
    Sampai skrg, saya tk thu mana silap saya, saya btul2 tk kuat nak bercerita dngn mamayah saya . Ia sakit sngt, tp apa yg ustaz kata, smua saya alami, jarang sgt mama ayah tnya brkaitab saya, lebih suka mmbndingkan,🥲

  50. Saya pulak dah sampai tahap mempercayai hidup tanpa ibu bapa lebih baik. Dah menyampah dengan paksaan yang menyusahkan diri. Nak suruh anak jadi askar. Tak nak terima hakikat anak dia pendek. Tak percaya takdir. Suka pulak suruh saya buka aurat. Nak buat macam mana. Ibu bapa munafik. Mengagungkan orang kafir saja. Nak saya ikot cara orang kafir je. Marah dan sentiasa mencari jalan memberi saya masalah apabila saya mahu menutup aurat. Memang bertekad hidup seorang diri dah. Lebih tenang, tenteram dan rasa diberkati Allah.

  51. Entahla.. Terkedu baca semua pengalaman kat sini.. Just nak share pengalaman aku sebagai anak.. Haritu mak ayah aku gaduh, aku pun tegurlah bapak aku, sebab aku tengok macam dah di luar kawalan.. Aku suruh dia istighfar, selawat.. Lepastu dia boleh cakap kat aku apa macam ni, “Kurang ajar kau ya, dah lama aku sabar dengan kau”, sambil tangannya naik nak tampar aku.. Ada juga dia sebut “Anak setan, babi, bodoh”.. Aku terkejut sangat… Malam tu lepas dah reda pergaduhan ibu bapa, mereka pun dah masuk tidur, aku menangis sekuat hati seorang diri.. Kami adik beradik dah biasa kena carut dengan parent, tapi peristiwa malam tu, seperti terputus tali jantung aku.. Aku sentiasa berfikiran positif, bersangka baik.. Tapi seringkali hati aku disakiti mak ayah.

    Pernah suatu hari tu, adik aku kena maki kaw² dengan parent aku depan orang ramai.. Bila disiasat, rupanya bukan salah adik aku, tetapi cuma salah faham sahaja.. Aku ingat ibu bapa aku minta maaf lah dekat adik aku, tetapi tidak… Dari situ aku dah boleh menilai, aku tidak boleh mengambil mereka sebagai contoh aku yang baik.. Dan adik aku sekarang ni memang dah lose self confident dalam diri dia. And kami adik beradik memang dah totally lose respect dekat parent kami. Sedih sangat

  52. Along saya pun kene macam semua di atas kecuali part yg dimanjakan tu…saya kesian tengok along saya….dia ada sikap cuai sikit tapi ibu bapa saya sentiasa marah dia atas semua kesalahan kecuaian tu…along saya dari kecik sampai besar x cakap apa…..tapi sbnarnya saya ada nampak tanda ii masalah anxiety pada along saya…..pernah sekali dia ajak saya pergi makan kat luar n nangis luah kat saya semua yg dia pendam dekat saya …… saya pon sebak dengar x boleh tahan air mata dengar….saya doakan agar Allah kuatkan hati along n bukakan hidayah dekat ibu dan ayah saya….

  53. Insan kecewa

    Saya juga alami masalah konflik dgn mak ayah Saya.Mereka ingin Saya ikut semua kehendak mereka dalam memilih bidang pengajian ..Saya berasa menyesal sebab Saya tak dapat ikuti bidang yang saya minat sejak kecil ..Nak masuk universiti pilihan tapi ditentang oleh mereka .Jadi terpaksa lah pilih pengajian dalam bidang yang tidak sesuai dengan minat..
    Sekarang Saya tak dapat bekerja makan gaji seperti adik beradik yang lain..apatah lagi nak mendirikan rumah tangga ,jauh sekali , kalau setakat belajar tinggi je tapi akhirnya duduk bekerja seperti orang yang setakat sijil spm je layaknya .Saya ingin mempunyai segala apa yang semua kita inginkan ,kereta ,rumah ,pakaian yg baru Dan segala macam lagi ,tapi Saya Tak mampu nk capai semua tu…sbb Saya hanya kerja biasa je ,, walaupun belajar sampai ijazah sarjana muda sekalipun..sbb Saya pernah diperlekehkan oleh ayah Saya setiap kali Saya nyatakan impian Saya..

  54. Muhammad Khalid Mohd Adzha

    sis saya ini seorang anak, siapakah saya boleh mengadu masalah saya dengan ibu bapa. saya rasa kena ada seseorang yang boleh menegur ibu bapa kalau anak ada masalah dengannya. kalau anak salah ibu bapa boleh menegur maka seharusnya kena ada seseorang yang boleh menegur kesalahan ibu bapa

  55. Ye saya sgt tertekan sekarang. Tambahan dgn pdpr. Bukan mudah pdpr ni. Tambah lagi dengan assignment yg semakin banyak, group discussion lagi, kne bagi attention dalam kelas lagi.

    Tapi tak ramai mak ayah yg faham keadaan anak dia. Pernah sekali lect sya ckp tak ada kelas tetapi bila check balik group ws pagi tu ada pula and dalam masa yg sma ayah sya dh otw ke kerja. Terkadang sya menyalahkan opah saya sebelah ayah kerana teralu manjakan ayah smpai dia tak tahu utk berdikari. Makan pakainya harus disediakan. Jika tidak dia akan mengamuk atau tarik muka. Pagi haritu kebetulan kakak ada kelas and mak juga ada kelas, jdi sya bagitau mak smlam yg esok sya tak ada kelas, jadi mak saya assume yg sya free keesokan harini. Jadi mak suruh sya siapkan makanan hidangkan makanan, ambilkan nasi, kemas tempat tido ayah. Tapi tiba tiba lect panggil msok kelas, jdi sya x sempat nk buat semua tu. Sbb markah masok kelas juga ada and kene bagi sepenuh perhatian dalam kelas sbb at the end nnti ada kuiz. So sya tak sempat nk buat semua tu, dan ayah sya sentap pagi tu. Mak dan kakak asyik salahkan sya sbb ayah sentap pagi tu.

    Saya terlalu geram dgn perangai ayah sya yang tak tahu berdikari. Sya tau dia juga penat bekerja, dan dia juga yg menafkahi kami sekeluarga, tapi tolong la faham sekejap.

    Jika lambat hidang dia akan sentap dan tak makan seharian. Kadang sya strees sgt. Jika lepas hbis minum dia akan letak shja mug di atas meja makan. Sya tak minta dia basuh pon tapi tolong la bawa ke singki at least. Bila makan nasi harus dicedokkan. Ni semua salah opah sebelah ayah. Dia terlalu manjakan ayah sehingga mcm ni. Ayah merupakan anak manja opah.

    Kadang kadang bila penat kelas, sbb kelas dari pagi smpai petang cuma rehat utk solat shja. Jadi lepas habis kelas jam 4 tu sya tidur skjap sbb terlalu penat. Bila sya terjaga ayah akan ckp. Kau ni asyik tidur je. Kata nk score la dalam kelas apa la, tapi ayah tgok kau asyik tido je. Kadang sya sedih sbb ayah x nmpk sya bertungkus lumus. Sya tido lewat sbb siapkan assignment. Kelas dari 8-4 ptg. Kdg ii sya rsa sya bukan mati sbb strees assignment ke apa, tapi sya mati sbb family sya. Smpaikan sya terpaksa buat rawatan saraf kerana terlalu kerap migraine. Sya tak ada tempat utk luah segala yg sya rsa. Jadi sya harap disinilah tempat sya luahkan segalanya. Sya penat, terlalu penat dengan hidup ni.

    Saya harap tolong la kerajaan bukak kampus secepatnya. Sya lebih suka duduk di kampus dari di rumah. Di rumah sya tak fokus dan tak boleh fokus. Bila saya duduk depan laptop dan hanya lihat laptop mereka akan kata sya membuang masa. Padahal sya sedang mendengar audia utk assignment sya. Dan kakak akan cakap, kau ni acah busy. Pastu tarik muka. Allahu akbarrrrrrr
    Saya penat terlaku penat. Tolong la benarkan balik ke kampus. Tolong. Bukan sya nak lari dri tanggungjawab seorang anak. Tetapi sya x boleh fokus bila dirumah. Sya harus mendengar kelas smbil kemas rumah. Bila masanya saya fokus??!! Allahuuu

    Maaf sya meluahkan segalanya disini sbb sya dh terlalu penat 😩😭

  56. saya dan suami beza 14 tahun. jurang agak besar. jadi pemikiran kami pun berbeza. mcm saya, saya lebih suka tegur anak secara in private. kalau di tempat awam, saya hanya bagi signal dengan mata yg merenung tajam dan bila dah di dalam kereta/rumah, sy akan bgtau apa salah dia buat tadi. berbeza dengan suami sy, yg main semberono je marah anak x kira tempat. walaupon anak sy masih kecil (6 tahun & 3 tahun), bagi saya mereka tetap ada perasaan malu bila dimarah, ditengking, diherdik di depan orang ramai.

  57. Saya sangat beaci and marah ayah ibu .ayah and emak paksa anak .beaci ayah ibu .apa hidup begitu .apa hidup .Saya mati tak payah .Saya sangat beaci ayah ibu .apa Sayang tak guna .beaci ayah ibu .Saya tak suka mau hidup begitu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa