Nasihat Kepada Ibu Bapa Yang Suka Memaksa dan Mengarah Anak

memaksa

Adakah kita pernah memaksa anak supaya mereka mengikut perintah dan arahan kita?

Memaksa anak belajar, memaksa anak mengambil barang itu dan ini, memaksa anak menghabiskan makanan di dalam pinggan, dan sebagainya.

Sebenarnya ibu bapa yang memaksa anak adalah individu DIKTATOR.

Ibu bapa yang suka mengarah anak, adalah ibu bapa yang melakar masa hadapan anak dengan gaya hidup bermasalah.

Anak-anak harus diberi pilihan.

Sekiranya anak suka minum milo, anak-anak tidak harus dipaksa dan memaksa untuk sukakan minum teh. Apabila kita hanya tahu memaksa anak-anak, ini tidak akan menjadikan anak-anak hidup sempurna, sebaliknya anak-anak hidup dibawah zon pemikiran ibu bapa.

Kita melakar peta kehidupan untuk anak-anak, tetapi kita tidak boleh memaksa anak bagi mengikuti peta kehidupan itu.

Kita harus memberi kebebasan berfikir kepada anak-anak, membuatkan anak-anak menghormati dan menyayangi kita. Ibu bapa perlu berfikiran terbuka dan belajar memahami kemahuan anak-anak.

Didik anak supaya mereka tahu ke mana hala tuju hidup yang benar.

Sudah menjadi sunnatullah, sesiapa yang hendak mengubah ataupun mengarahkan orang lain, dia harus mengubah ataupun mengarahkan diri sendiri terlebih dahulu.

Anak akan sukar menjadi anak yang baik sekiranya ibu ataupun bapa sendiri tidak menunjukkan contoh teladan yang baik. Kebaikan dan perbuatan baik ibu bapa memberi pengaruh yang besar kepada anak. Begitulah juga sebaliknya.

Ini kerana gerak geri ibu bapa adalah pendidikan secara tidak langsung kepada anak, direct ke sel-sel otak mereka yang sedang berhubung.

Seorang anak yang melihat ibu bapanya keluar menuju ke masjid setiap kali mendengar azan, akan mencontohi dan mengikuti apa yang dilakukan oleh ibu bapanya tanpa harus disuruh atau diminta dengan paksaan.

Sebaliknya, anak yang setiap kali waktu azan berkumandang, melihat ibu bapanya asyik menonton televisyen, adakah  anak ini diharapkan berada di masjid?

memaksaSama juga apabila seorang anak perempuan yang keluar bersama ibunya yang bertudung, akan berasa malu sekiranya dia tidak menutup aurat seperti ibunya.

Ini disebabkan oleh sifat kelembutan sudah menguasai diri anak perempuan itu. Menjaga diri dan kehormatan diri mula dipelajari daripada ibu pada cara yang sama. Anak perempuan itu membesar sebagai gadis yang bertudung, pemalu, suci dan bersih.

Jangan melarang sesuatu sedangkan kita melakukan perkara itu

Malu besar apabila kita menegah anak kita daripada berperilaku buruk, namun kita pula yang berperilaku buruk. Kita selalu berpesan kepada anak supaya jangan sesekali merokok, namun kita sendiri yang merokok. Apa yang ingin kita jawab ketika dia membidas, “Ayah tu sendiri yang merokok tidak mengapa pula!

Malu juga bila kita melarang anak berdusta, sedangkan kita pula berkata dusta kepada anak. Contohnya apabila seseorang datang kerumah dan kita tidak mahu diganggu, lalu kita membisikkan ke telinga anak, “Along beritahu kepadanya, ayah keluar dan tiada dirumah.” Betulkah cara kita itu?

memaksa
Sebagai ketua keluarga kita harus menunjukkan cara dan arah yang betul kepada anak-anak

Seorang ibu yang mengajar anaknya supaya berkata-kata dengan lemah lembut dan sopan, namun apabila si ibu itu pula menjerit, menyumpah-nyumpah, mencaci dan berkata kasar kepada anak. Ibu itu diibaratkan seperti seorang doktor yang merawat pesakit yang menghidapi menyakit.

Namun, fizikal dan penampilan doktor itu tidak seperti gaya seorang doktor, seperti tidak menjaga fizikal badan sehingga menjadi gemuk, wajah yang kelihatan lesu, sementara pakaian doktor itu berbau dan tidak bersih. Mengapa doktor itu tidak mengajar dirinya terlebih dahulu, supaya dia nampak sihat dan berketerampilan supaya dapat menyakinkan pesakit.

Sekiranya penampilan doktor itu meyakinkan, adakah para pesakitnya mahu percaya pada khidmat kedoktorannya?

Penutup

Oleh itu mulailah dengan diri sendiri. Apabila kita mampu menghentikan sifat buruk pada diri sendiri, kita adalah ibu bapa yang bijaksana.

Pada masa itu, apa yang kita katakan diterima, ucapan kita juga didengar, dan ajaran kita juga berguna untuk orang lain terutamanya anak-anak.

Semoga bermanfaat 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa