Lawatan Balas dan Perbincangan Kerjasama Antara Asuh dan TudungSiComel

Pada 1 Julai, pihak Asuh telah membuat lawatan balas ke TudungSiComel untuk membincangkan secara lebih terperinci berkaitan program kolaborasi serta ‘cross marketing’ yang dapat dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Antara perancangannya adalah TudungSiComel merancang untuk menambah produk buku Asuh ke dalam inventori sebagai produk tambahan yang boleh dijual selain daripada tudung sekolah.

Ini akan memberi nilai tambah kepada Rakan-rakan Usahawan TudungSiComel dengan adanya lebih banyak produk untuk dijual dan sedikit sebanyak ianya diharap dapat membantu mereka untuk menjana pendapatan yang lebih.

Kita berpendapat bahawa produk buku adalah produk yang bagus untuk dipasarkan bersama tudung sekolah kerana ianya memiliki pasaran(market audience) yang sama dan dapat memberi manfaat kepada ibu-ibu(buku keibubapaan) serta anak-anak yang bersekolah.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Asuh kerana sudi hadir ke teratak TudungSiComel. Semoga hubungan kolaborasi ini kekal selamanya, aamiin. Insya Allah… 🥰

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.