Perbincangan Kerjasama Antara Asuh dan TudungSiComel

Pada 14 Jun 2024, team TudungSiComel telah hadir ke Galeri Ilmu Sdn Bhd (ASUH) untuk membincangkan berkaitan agenda kolaborasi antara Asuh dan TudungSiComel.

This image has an empty alt attribute; its file name is meeting-asuh-tudungsicomel-1400x1050.jpg

Puan Nadia Razali selaku Marketing & Business Development (TudungSiComel) telah membentangkan serba sedikit berkaitan perancangan kolaborasi bersama yang boleh dilaksanakan antara Asuh dan juga TudungSiComel.

Perbincangan ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Yusri Yusof selaku CEO Galeri Ilmu, Haji Badrul Hisham Shari sebagai Ketua Pegawai Kandungan, Haji Shafie Hashim selaku Ketua Pegawai Operasi, Puan Marzhatul Syima selaku Pengurus Asuh / PSS dan Puan Nurul sebagai Pengurus eCommerce bagi pihak Galeri Ilmu.

TudungSiComel telah membentangkan 4 kaedah kolaborasi yang boleh dilaksanakan dan berpotensi memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak(win-win).

Setelah selesai perbincangan ini, alhamdulillah pinangan kami telah diterima oleh pihak Asuh. Terima kasih diucapkan kepada pihak Asuh kerana sudi menjemput dan membuka ruang peluang untuk kerjasama ini.

Semoga hubungan ini berkekalan selamanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa