4 Manfaat Sensory Play Untuk Anak Kecil Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Apakah itu sensory play untuk anak kecil dan bagaimana pula caranya permainan ini boleh memberi manfaat kepada mereka?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada para ibu bapa di luar sana berkenaan dengan manfaat sensory play untuk anak kecil yang bagus untuk dipraktikkan dalam memastikan tumbesaran anak lebih baik.

manfaat sensory play

Maksud sensory play, aktiviti yang digemari para ibu bapa

Sensory play ialah apa-apa aktiviti yang meransang dan membantu perkembangan deria anak-anak kita.

Tak kiralah sama ada dari segi deria sentuh, bau, rasa, penglihatan mahupun pendengaran. Ia merangkumi semua deria yang ada pada anak kecil kita.

Apa yang menariknya, sensory play ini boleh dilakukan daripada bayi kecil lagi.

Jenis-jenis bahan yang bagus untuk kegunaan sensory play

Contoh paling mudah untuk sensory play ialah bermain pasir ataupun Play-Doh. Bermain pasir dapat meransang deria sentuh, rasa dan bau anak kita.

Jadi bermain pasir ini dinamakan sensory play. Umumnya, mainan sensory play ini tidaklah memerlukan peralatan yang mewah atau mahal.

Kebanyakan barang yang digunakan ini mudah untuk didapati di rumah sahaja. Antara contoh bahan-bahan yang boleh digunakan untuk sensory play adalah seperti:

  • Play-Doh
  • Kinetic sand
  • Slime
  • Bubble wrap
  • Fabrik dengan pelbagai jenis tekstur
  • Sensory board
  • Calming bottle
  • Ais
  • Jelly
  • Light box

Manfaat sensory play untuk anak kecil

Terdapat pelbagai manfaat sensory play yang berguna kepada anak-anak kita. Mungkin ramai ibu bapa di luar sana yang tidak peka dalam halnya ini.

Namun jangan risau, di sini kami kongsikan kebaikannya yang boleh anda semak bersama-sama.

1. Bagus untuk perkembangan otak anak

manfaat sensory play

Manfaat sensory play yang pertama ialah ianya bagus untuk perkembangan otak si manja. Jika anda perkenalkan mainan sensory play ini kepada anak, ia akan dapat membantu untuk meningkatkan sel-sel otak yang berhubung dengan saraf nuetral.

Semakin tinggi sel-sel otak berhubung, jadi kemampuan untuk anak menyelesaikan masalah menjadi semakin terasah.

2. Mengajar anak untuk self-control

Bermain sensory play ini sebenarnya dapat membantu dan mengajar anak untuk menenangkan diri ketika gelisah atau tidak boleh berehat.

Ketika anak sedang leka bermain sensory play, ini dapat membantu mereka untuk fokus kepada satu perkara penting sahaja.

Ia juga dapat membantu anak-anak lebih bertenang dan dapat mengatur pemikiran mereka dengan lebih baik.

3. Membina kemahiran fizikal

Selain itu, manfaat sensory play yang ketiga ini juga dapat membantu membina kemahiran fizikal anak-anak seperti koordinasi, stabiliti dan juga motor-planning skills.

Mengguli doh, menggunakan penyepit (tongs), melukis dengan jari dan sebagainya adalah sangat bagus untuk perkembangan fizikal si manja.

4. Mengasah dan mencetus kreativiti

Sensory play adalah cara yang baik untuk meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi anak-anak. Mereka mulai memahami bahwa objek yang dihadapannya itu boleh dimainkan dengan cara-cara berbeza.

Bayangkan berapa banyak benda yang mereka boleh buat dengan pasir ataupun Play-Doh!

Selain itu, sensory play ini sangat membantu proses tumbesaran anak dari segi deria dan perkembangan minda mereka.

Dengan sensory play ini juga dapat menguatkan lagi bonding antara ibu dan anak.

Aktitiviti ini hanya memerlukan kerajinan seorang ibu untuk memperbanyakkan lagi aktiviti bersama anak supaya mereka ini tumbuh menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa