Pengertian & Teknik Time Out Pada Anak

Time out pada anak? Mungkin ibu bapa di luar sana pernah dengar tentang teknik time out pada anak. Teknik ini salah satu cara efektif bagi anak-anak yang menunjukkan perilaku yang buruk sama ada di dalam ataupun di luar rumah. Untuk menjadi ibu bapa yang baik, kita kena cuba sedaya upaya dengan pelbagai cara bagi membentuk peribadi anak ketika mereka sedang membesar.

Teknik time out ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi dan doktor-doktor pakar. Menurut Majalahpama, time out adalah kita sisihkan anak di sudut diam. Dalam kata lain ialah kita asingkan anak, biarkan mereka menyendiri di suatu ruang yang kita dah tetapkan beberapa minit. Teknik ini juga cara untuk mendisplinkan anak selepas mereka melakukan hal yang tidak sepatutnya di buat.

Namun, saya tidak disarankan anda menggunakan time out ini untuk segala perilaku buruk. Contohnya seperti anak sedang merengek atau menangis, jadi anak tidak perlu menghukum mereka dengan cara ini.

time out pada anak
Pengertian & Teknik Time Out Pada Anak 3

Teknik ini juga sesuai untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas sahaja. Untuk 2 tahun ke bawah, mereka masih belum faham lagi. Sebab ibu bapa ramai yang ingat time out ini adalah hukuman untuk anak-anak, padahal time out bukan hukuman.

Sekiranya anak anda melakukan beberapa perkara seperti di bawah, anda boleh cuba untuk melakukan teknik time out pada anak:

  • Melakukan sesuatu yang berbahaya
  • Membahayakan orang lain
  • Tidak mahu mendengar peringatan orang tua
  • Melanggar peraturan keluarga

Jika anak-anak melakukan hal seperti di atas, anda boleh lakukan teknik time out. Tapi sebelum itu anda kena terangkan kepada anak kenapa anda melakukan time out kepada mereka. Berikan peringatan pada anak jika dai berkelakuan tidak elok dia akan duduk sudut itu. Jelaskan satu persatu supaya mereka faham dan melakukannya dengan memikirkan kesalahan yang mereka buat.

Cara untuk melakukan teknik time out pada anak amat mudah, cuba anda fahami langkah di bawah ini:

#1 Pilih satu sudut yang luas dan senang untuk anda lihat. Bukan kunci anak di dalam bilik gelap atau tandas ya. Cara begini lagi menambahkan takut dan rasa tak selamat pada anak.

#2 Anda kena pastikan mereka ini dengar kata anda. Cuba bercakap dengan tegas dan pandang tepat ke dalam mata mereka. Jangan cakap sambil lewa, nanti mereka ingat anda hanya bermain sahaja.

#3 Lakukan dalam kiraan masa yang pendek, tak perlu lama-lama. Contoh, 2 tahun 2 minit, 6 tahun 6 minit. Boleh juga pasang alarm atau jam loceng dekat dengan anak. Jadi, anda boleh tahu berapa minit untuk mereka habiskan time out tersebut.

Pengertian & Teknik Time Out Pada Anak 4

#4 Ulangi masa itu semula jika anak meninggalkan tempat time out. Jangan sesekali berlembut hati dengan mereka. Mereka akan ambil peluang dan akan buat lagi di kemudian hari. Ini demi kebaikan unutk mendisplin anak. Repeat sampai cukup masa. Ini adalah peraturan dan bukan suka-suka. Lama-lama nanti anak akan faham.

#5 Jangan bercakap ketika time out. Cara ini tak betul ya! Untuk apa kita nak berleter atau marah-marah, teknik ini untuk mereka fikir akan kesalahn yang telah anak lakukan. Pastikan anda elak bercakap dengan anak walaupun anak ajak bercakap. Ingat kembali waktu time out pada mereka.

Saya harap anda faham tentang teknik time out pada anak. Semoga bermanfaat.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa