Rayuan Sumbangan Tunggakan Sewa Bagi Rumah Amal Al Firdaus

Pada 8 Julai 2022 kita telah menerima permohonan sumbangan bagi membantu pihak Rumah Amal Al Firdaus menyelesaikan tunggakan sewa rumah mereka. Tunggakan sebanyak RM3200 untuk bulan Jun dan Julai 2022.

Sehubungan itu, kita telah melancarkan kutipan amal bagi membantu mereka.

Dengan dibantu oleh Rakan Usahawan TudungSiComel, kita telah beramai-ramai membantu menyebarkan berita keperluan sumbangan tersebut dan alhamdulillah sehingga tarikh 15 Julai 2022, kita telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM2740.00.

Memandangkan jumlah keperluan adalah sebanyak RM3200.00, pihak syarikat telah menambah sebanyak RM460.00 dan telah menyalurkan jumlah keseluruhan sebanyak RM3200.00 ke akaun tuan rumah

Alhamdulillah, jutaan terima kasih juga diucapkan kepada seluruh rakan yang menyumbang dan semoga Allah berikan ganjaran yang baik buat kita semua di akhirat kelak, aamiin. Terima kasih.

Rujukan:

Rumah Amal Al Firdaus
No 179, Jln Elektron U16/93 Denai Alam,
40160 Shah Alam,
Selangor
u/p: Ustazah Nurul Izzah 011-23135018

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × one =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa