Mungkin ramai dari kita yang masih mencari-cari cara yang terbaik untuk mendidik anak.
Ada yang berpendapat, anak-anak tidak harus diberi muka. Mereka harus dipukul dan dimarahi sekiranya membuat silap. Ini bagi mengelakkan mereka menjadi semakin teruk di kemudian hari.
Ada juga yang berpendapat, anak-anak harus dibelai manja dan disayangi. Ditegur dengan baik apabila ada membuat salah. Bagi mereka, anak-anak masih belum matang dan harus didik dan diberikan panduan sekiranya ada membuat kesalahan.
Namun, itu adalah pendapat peribadi kita dan kedua-dua penyelesaian mungkin tepat dengan situasi yang dihadapi, wallahu alam.
Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W
Namun elok juga kita lihat dan contohi apa yang Nabi Muhammad S.A.W contohkan kepada kita. Mendidik anak cara rasulullah adalah cara yang terbaik dari insan yang terbaik.
Al-Aqraa bin Harits melihat Nabi Muhammad S.A.W mencium Al-Hasan r.a. lalu berkata;
“Wahai Rasulullah, aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium mereka.”
Rasulullah bersabda;
“Aku tidak akan mengangkat engkau sebagai seorang pemimpin apabila Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu. Barang siapa yang tidak memiliki rasa kasih sayang, niscaya dia tidak akan di sayangi.” ~ wallahu alam
Ada riwayat lain menyebutkan bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersujud dalam masa yang panjang ketika mengimamkan solatnya, maka salah seorang sahabat bertanya;
“Wahai Rasulullah, sesungguhnya anda lama sekali bersujud, hingga kami mengira ada sesuatu kejadian atau anda sedang menerima wahyu.
Nabi Muhammad SAW, menjawab:
“Tidak ada apa-apa, tetaplah aku ditunggangi oleh cucuku, maka aku tidak mau tergesa-gesa sehingga dia puas.” Adapun anak yang di maksud ialah Al-Hasan atau Al-Husain Radhiyallahu Anhuma ~ wallahu alam
* Nasihat dan perkongsian ini khas untuk Isteri kepada Suami ataupun Suami kepada Isteri. Berkongsilah semoga ianya ada kebaikan di dalamnya.
Rasulullah terbaik akhlak dan segala budi pekerti..didik anak memang perlu kesabaran tinggi..nice artikel
Semoga ianya bermanfaat puan Suhaila. Amin
Salam bunda, semoga kami juga bisa meneladani Rasulallah dalam mendidika anak ya bunda.
mohon doanya.
Aamiin =)