Fahami Pengertian & Cara Melakukan Teknik Time Out Pada Anak

Apakah itu time out pada anak? Mungkin ibu bapa di luar sana pernah dengar tentang teknik time out pada anak.

Teknik ini adalah salah satu cara efektif bagi membantu anak-anak yang menunjukkan perilaku yang buruk sama ada di dalam ataupun di luar rumah.

Untuk menjadi ibu bapa yang baik, kita perlu cuba sedaya upaya dengan pelbagai cara bagi membentuk peribadi anak ketika mereka sedang membesar.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda semua mengenai teknik time out pada anak yang sangat sesuai dijadikan alternatif berkesan dalam mendidikan disiplin anak.

Apa itu time out pada anak?

Teknik time out ini telah diperkenalkan oleh ahli psikologi dan doktor-doktor pakar. Menurut Majalah PaMa, time out adalah tindakan kita yang menyisihkan anak di sudut diam.

Dalam kata lain ialah kita asingkan anak, biarkan mereka menyendiri di suatu ruang yang kita sudah tetapkan beberapa minit. Teknik ini juga cara untuk mendisplinkan anak selepas mereka melakukan hal yang tidak sepatutnya dibuat.

Namun begitu, tidaklah disarankan kepada ibu bapa untuk menggunakan time out ini bagi menangani segala masalah yang berkaitan dengan perilaku buruk anak-anak.

Contohnya seperti anak sedang merengek atau menangis, amatlah tidak wajar bagi seorang ibu atau bapa menghukum mereka dengan cara ini.

time out pada anak

Selain itu, teknik ini juga sesuai untuk anak yang berusia 2 tahun ke atas sahaja. Untuk 2 tahun ke bawah, ianya tidak begitu memberi kesan yang tepat kerana pada usia tersebut anak masih belum faham lagi akan tindakan kita.

Satu hal yang perlu ibu bapa terapkan dalam minda masing-masing adalah time out bukan suatu bentuk hukuman kepada anak. Sebaliknya kita lakukan time out sebagai cara untuk mendidik mereka lebih berdisipliin untuk jangka masa panjang.

Bila waktu yang sesuai untuk melakukan teknik time out?

Sekiranya anak anda melakukan beberapa perkara seperti di bawah, anda boleh cuba untuk melakukan teknik time out pada anak:

  • Melakukan sesuatu yang berbahaya.
  • Membahayakan orang lain.
  • Tidak mahu mendengar peringatan orang tua.
  • Melanggar peraturan keluarga.

Jika anak-anak melakukan hal seperti di atas, anda boleh lakukan teknik time out.

Tetapi sebelum itu anda kena terangkan kepada anak kenapa anda melakukan time out kepada mereka.

Berikan peringatan pada anak jika dia berkelakuan tidak elok, dia akan duduk di sudut itu. Jelaskan satu persatu supaya mereka faham dan melakukannya dengan memikirkan kesalahan yang mereka buat.

Cara untuk melakukan teknik time out pada anak

time out pada anak

Cara untuk melakukan teknik time out pada anak amat mudah, cuba anda fahami langkah di bawah ini:

1. Pilih sudut yang sesuai

Pilih satu sudut yang luas dan senang untuk anda lihat. Bukan kunci anak di dalam bilik gelap atau tandas ya. Cara begini lagi menambahkan takut dan rasa tak selamat pada anak.

2. Pastikan anak faham dan mendengar kata

Anda kena pastikan mereka ini dengar kata anda. Cuba bercakap dengan tegas dan pandang tepat ke dalam mata mereka. Jangan cakap sambil lewa, nanti mereka ingat anda hanya bermain sahaja.

3. Tempoh masa yang pendek

Lakukan dalam kiraan masa yang pendek, dan tidak perlu lama-lama. Contoh, 2 tahun = 2 minit, 6 tahun = 6 minit.

Boleh juga pasang alarm atau jam loceng dekat dengan anak. Jadi, anda boleh tahu berapa minit untuk mereka habiskan time out tersebut.

4. Ulang masa jika gagal

Ulangi masa itu semula jika anak meninggalkan tempat time out. Jangan sesekali berlembut hati dengan mereka.

Mereka akan ambil peluang dan akan buat lagi dikemudian hari. Ini demi kebaikan unutk mendisplin anak.

Repeat sampai cukup masa. Ini adalah peraturan dan bukan suka-suka. Lama-lama nanti anak akan faham.

5. Elak dari berkata-kata

Jangan bercakap ketika time out. Cara ini tidak betul ya! Untuk apa kita hendak berleter atau marah-marah, gunakan sahaja teknik ini untuk mereka fikir akan kesalahan yang telah anak lakukan.

Pastikan anda elak bercakap dengan anak walaupun anak ajak bercakap. Ingat kembali waktu time out pada mereka.

Diharapkan semoga artikel berkenaan dengan teknik time out pada anak ini dapat memberikan anda semua ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dipraktikkan dalam mendidik anak-anak.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa