Penutupan Accounting Period Bagi Penggal 2023 / 2024

Alhamdulillah, pihak AMR Business Consultant melalui Puan Wani dan En Haziq telah membentangkan rekod kewangan syarikat bagi suku terakhir ‘accounting period’ SBZ Prima Sdn Bhd.

Segala rekod kewangan dikemaskini dengan baik dan kini bersedia untuk dihantar ke bahagian audit untuk urusan seterusnya dan kemudian untuk urusan pembayaran cukai.

Syarikat sangat berpuas hati dengan servis yang diberikan oleh pihak AMR kerana telah banyak membantu bahagian kewangan syarikat untuk memastikan pengurusan rekod akaun mengikut prosedur yang betul seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Syarikat sangat mengambil berat berkaitan pematuhan pengurusan akaun dan juga Human Resourse (Akta Kerja 1955, KWSP, SOCSO dan SIP). Ini kerana, kita yakin pengurusan yang baik dapat membantu syarikat untuk terus berkembang maju, in shaa Allah.

Semoga dengan pengurusan akaun yang baik, syarikat dapat terus berkembang maju dan terus dapat memberi manfaat kepada lebih ramai insan terutama staff yang bekerja dan juga agen-agen yang turut menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di hadapan mata.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak AMR Business Consultant atas servis yang baik terutama Puan Wani dan En Haziq atas khidmat cemerlang. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa