Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Perbezaan Warna Hijau TudungSiComel

Perbezaan Warna Hijau

Assalammualaikum semua pelanggan yang disayangi!

Untuk entri kali ini kita nak tunjukkan perbezaan warna Tudung Sekolah hijau yang ada di TudungSiComel.

Warna hijau yang pertama adalah warna Hijau Pucuk Pisang, yang kedua pula adalah Hijau Muda, dan yang ketiga adalah Hijau Mint. Warna yang biasa pelanggan dapatkan adalah warna Hijau Muda, namun ada juga sekolah yang menggunakan warna Hijau Pucuk Pisang, bergantung pada keperluan uniform di sekolah anak-anak.

Dicadangkan juga kepada ibu-ibu yang ingin membuat tempahan tudung warna hijau, untuk semak dahulu keperluan hijau yang bertepatan dengan uniform sekolah anak puan. Lain sekolah, lain hijaunya.

Hijau Muda
Pilihan Warna Hijau di Web TudungSiComel


Kita akan cuba bantu dapatkan warna yang tepat buat Si Comel ke sekolah. Ingat Tudung Sekolah, ingat TudungSiComel!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.