Tudung Pra Sekolah ini adalah tudung yang dijahit dengan jahitan istimewa dari TudungSiComel. Ini kerana kita faham bahawa pelajar-pelajar pra sekolah perlu memasukan tudung ke dalam baju.
Jadi jika tudung terlalu labuh, akan menyebabkan baju bergelembung dan membuatkan anak-anak kita tidak selesa.
Oleh itu, kita di TudungSiComel telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan tudung yang dijahit khas untuk pelajar-pelajar pra sekolah.
Tudung ini kita pendekan sedikit dalam lebih kurang 2 inchi berbanding tudung bersaiz biasa. Jadi apabila dimasukan ke dalam baju, ianya kurang bergelembung dan in shaa Allah anak-anak kita akan merasa lebih selesa.
ISI KANDUNGAN
KEISTIMEWAAN TUDUNG PRA SEKOLAH
Antara kelebihan tudung pra sekolah yang kita jahit ini adalah awningnya on-point. Lebih kemas apabila dipakai dan kurang masalah awning kelepet-kelepet lagi, in shaa Allah.
Kita juga menggunakan material soft lycra, meregang dan in shaa Allah menyerap peluh. Sesuai untuk kanak-kanak yang aktif.
1. Lycra Korea Lembut
✔️ Meregang dan selesa dipakai
✔️ Menyerap peluh
✔️ Material lasak, sesuai untuk kanak-kanak aktif
2. Awning Scuba Jahitan Istimewa
✔️ On point dan kemas apabila dipakai.
3. Cutting S shape
✔️ Terletak kemas di bahu dan selesa dipakai. Tidak menggelebeh.
PERBEZAAN UKURAN BERBANDING TUDUNG SEKOLAH BIASA
Jika kita lihat, kelabuhannya sedikit singkat berbanding ukuran tudung sekolah biasa. Sesuai untuk dimasukan ke dalam baju.
KOLEKSI WARNA TUDUNG PRA SEKOLAH
Tudung ini dihasilkan dengan dua koleksi warna, putih nila dan putih mutiara. Anda boleh pilih ikut kesesuaian, ada yang lebih suka warna putih nila sebab nampak lebih fresh sementara ada yang lebih suka putih mutiara.
Namun keduanya in shaa Allah boleh digunakan di sekolah.
SAIZ DAN CADANGAN UMUR
Dijahit dengan dua ukuran khas iaitu SS dan S. Ukuran kami adalah ukuran istimewa agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Kualiti kain yang baik membuatkan Si Comel gembira memakainya. In shaa Allah.
# Size SS (4-6 Tahun muka biasa)
Labuh dari dagu 11.5 inci +/- 1 inci
Lilit muka 19 inci.
# Size S (Muka Chubby)
Labuh dari dagu 13 inci +/- 1 inci
Lilit muka 20 inci.
TESTIMONI
Alhamdulillah ramai ibu-ibu yang memberikan feedback yang positif 🥰
JAMINAN 180 HARI
✔️Setiap tudung asli yang diperolehi dari TudungSiComel adalah di bawah jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.
✔️Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.
BAGAIMANA NAK TEMPAH?
Untuk membuat tempahan, anda boleh klik pada butang di bawah:
Semoga anak-anak kita lebih selesa dan gembira ke sekolah dengan tudung yang sesuai dengan mereka. In shaa Allah.