TudungSiComel

tudungsicomel

Selamat datang ke TudungSiComel 😊

Semenjak tahun 2012 kita telah berusaha untuk menghasilkan tudung khas untuk ibu dan anak. Sesekali kita selitkan juga dengan telekung dan juga jubah.

Misi utama kita adalah ingin membantu dan memudahkan ibu-ibu untuk mendidik si comel bertudung seawal usia dengan membekalkan tudung yang ringkas dan in shaa Allah selesa dipakai.

Si Comel yang baru belajar bertudung semestinya memerlukan tudung yang selesa.

Seperti kita semua maklum, tudung merupakan pakaian kepala dan jika tidak selesa pastinya si comel akan rasa rimas serta panas dan ini akan memberikan pengalaman pertama yang kurang baik untuk mereka.

In shaa Allah, tudung atau produk yang kita jahit, kita akan sedaya mungkin untuk cuba pastikan ianya dihasilkan dari material yang baik.

Saya sendiri ada anak-anak perempuan(3 orang) dan saya juga pastinya inginkan yang terbaik buat mereka. Saya yakin puan juga pastinya inginkan yang terbaik buat si comel puan.

Setiap produk yang kita jahit, kita berikan Jaminan Istimewa 180 hari. Jika puan rasa produk yang puan terima tidak bagus dan tidak sesuai dengan si comel puan, jangan risau kita boleh refund.

Yang penting Si Comel puan selesa dan gembira bertudung. Si Comel puan, Si Comel kami juga di TudungSiComel.

Jemput untuk melihat koleksi terkini kita dengan klik pada butang di bawah.

Terima kasih atas sokongan puan 😊

❤️

Leave a Comment

WordPress Anti Spam by WP-SpamShield

Item added to cart.
0 items - RM0.00
×

TudungSiComel.com

×