Ini 4 perkara penting kita sebagai seller kena lakukan. Jangan ambil mudah kerana persaingan niaga zaman sekarang agak sengit.
Alang-alang berniaga, kita hasilkan shop yang presentable kepada prospek kita. Memudahkan mereka untuk membuat keputusan dan memilih untuk membeli dari kita berbanding persaing yang lain.
Jika di alam nyata, orang sanggup belanjakan ratusan ribu ringgit hanya untuk renovate kedai bagi nampak cantik. Kenapa kita di online taknak buat perkara yang serupa.
Yang bagusnya, hiaskan kedai online tidak memerlukan modal… hanya perlukan sedikit usaha dan ilmu sahaja.
Kita kena buatkan prospek memilih kita berbanding ratusan penjual tudung sekolah yang lain π
Mari kita lihat 4 perkara penting yang perlu kita lakukan untuk kemaskan shop kita.
1. Shop Profile
Selain dari review, sebelum kita sendiri membeli, pastinya kita akan rujuk profile shop untuk lihat tentang penjual untuk tambahkan keyakinan kita kan?π
Kena ada no telefon dan alamat supaya pelanggan lebih yakin membeli.
Penerangan About/Shop Discription kena professional dan mesra.
Gambar profile kena jelas dan kemas.
2. Listing Products
Listing kena kemas dan complete info product.
Info kena jelas dan tersusun kemas.
Jika ada saiz, sertakan cadangan umur dan ukuran bagi memudahkan mereka membuat keputusan.
Ayat yang short and sharp.
3. Cover Product Photo
First impression itu sangat penting. Mampu muatkan orang stop untuk klik dan masuk untuk lihat produk kita.
4. Video Produk.
Orang lebih yakin melihat produk secara live berbanding hanya gambar sahaja. Dah ramai yang kena tipu, dalam gambar lain, dapat lain hehe…
In shaa Allah HQ TudungSiComel akan tambah lebih banyak video produk yang boleh membantu rakan-rakan gunakan nanti ππͺ
Sangat rugi jika ada yang masuk ke shop kita, tapi tak membeli sebab dia rasa tak yakin.
Kemaskan Shop dan Listing anda sekarangβ¦ Jika tidak sekarang, bila lagi π₯°