Cara Untuk Schedule Post di Facebook Page

Cara untuk Schedule Post di Facebook Page

Untuk membuat pelanggan percaya pada kita dan juga produk yang dijual, puan perlu buat posting konten dan iklan di Facebook secara kerap dan konsisten.

Puan juga perlu tahu cara untuk Schedule Post di Facebook Page supaya iklan puan keluar setiap hari secara automatik.

Ianya memudahkan puan juga, tak perlu lagi sentiasa mengadap Facebook sebilang masa. Buat schedule post selama seminggu atau sebulan, dan selepas itu boleh rehat sahaja tunggu order masuk.

Posting di Facebook boleh di-schedule post lebih dari satu post dalam satu-satu masa.

Kita boleh tetapkan masa dan tarikh bagi setiap post dan semestinya menjimatkan masa.

Ramai yang pernah dengar tetapi tak tahu cara nak buat. Jadi hari ini Fara akan tunjukan cara untuk setting schedule post dan mudah-mudahan dapat membantu puan berniaga.

Cara Untuk Schedule Post di Facebook Page

1. Layari Laman Facebook Business Manager anda – Log In dahulu ke Facebook Profile anda dan kemudian > KLIK SINI

image 13

2. Setelah tertera laman Meta Business Suite, buat pilihan page anda yang ingin dibuat posting.

image 15

3. Setelah membuat pilihan page, terus klik pada Post and Stories

image 14

4. Seterusnya terpapar Create Post dan Create Story di bahagian kanan-atas laman page tersebut. Klik pada butang CREATE POST.

image 15

5. Buat posting – Dalam laman Create Post, mulakan dengan;
Langkah Pertama – Add Media (gambar/video)
Langkah Kedua – Add Copywriting (ayat posting)
Langkah Ketiga – Klik Schedule

image 16

6. Setelah gambar dan copywriting diisi dengan lengkap, pada bahagian Schedule, buat pilihan Tarikh dan Masa post tersebut akan diterbitkan di wall Facebook anda.

image 17

7. Sebelum klik Schedule, boleh membuat semakan post kita di bahagian sebelah kanan page. Beginilah rupa post kita nanti!

image 18

8. Akhir sekali, boleh terus klik SCHEDULE! Tahniah! Anda berjaya membuat satu schedule post di Facebook Page anda!

image 19


Untuk membuat tambahan post, terus klik semula pada CREATE POST bermula langkah keempat dan seterusnya tadi!

Harap membantu semua dan Fara ucapkan semoga berjaya 😍

Untuk dapatkan Daily Copywriting dan Gambar posting harian, boleh juga dapatkan di Telegram Copy TSC > KLIK SINI

telegram
KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment