Dari hari pertama anda berniaga, jangan pernah skip save no pelanggan atau prospek ke database anda.
Bayangkan satu hari nanti, sedar tak sedar database pelanggan anda dah cecah 10,000 orang (tak mustahil sebab dah ada yang cecah pun).
Cara simpan database:
Apabila masuk musim Back to School, anda blast jer wasap kat dorang semua. In shaa Allah berderet nanti yang nak repeat dengan anda hehe…
Adalah lebih mudah nak close sale bekas pelanggan anda berbanding pelanggan baru.
Cara nak blast wasap:
Bayangkan juga, jika anda blast dan 8,000 orang membuat belian dan setiap orang beli 3 helai… so total anda akan berjaya jual adalah 24,000 helai.
Kalau sehelai untung RM7.00 (tudung sekolah awning scuba).
24,000 x RM7.00 = RM168,000.00 setahun
Setiap 2 tahun anda boleh beli rumah baru cash 🤭💪
Kalau RM168,000 tue buat beli gelang emas, saya tak tau la nak pakai kat mana gelang-gelang tue nanti hahaha… 😜
Sebagai peniaga baru, ini 2 misi anda:
- Dapatkan Pelanggan.
- Kumpul Database sebanyak mungkin.
Jangan sampai dah 3 tahun berniaga, sedar-sedar terlupa nak simpan database… rugi sangat nanti.
Ingat pesan saya, simpan database dari sekarang!
In shaa Allah, satu hari nanti anda akan terkenang balik ingatan saya ini 😆
*Penafian: Ini adalah contoh potensi pendapatan sahaja. Ianya masih tertakluk kepada faktor takdir rezeki anda dengan Allah. Apa-apa pun kita berusaha dan bertawakal pada Allah swt.