Macam Mana Nak Blast Whatsapp?

Rugi kalau kita berniaga lama tapi tak simpan database.

Rugi juga kalau kita ada banyak database tapi tak followup.

Saya nak kongsikan 2 kaedah untuk followup menggunakan whatsapp blaster samaada gunakan desktop ataupun whatsapp blaster app.

FOLLOW UP BEKAS PELANGGAN

Jika anda ada berniaga produk dropship lain, boleh juga followup bekas pelanggan anda untuk memperkenalkan tudung sekolah kepada mereka. Majoriti mereka pasti ada anak perempuan bersekolah…

Bayangkan jika anda wasap bekas pelanggan anda dengan bersopan, offer tudung sekolah kepada mereka, saya yakin in shaa Allah pasti ada yang akan membeli tudung sekolah dari anda.

Tapi jangan la hard sale sangat, jangan terus-terus wasap hantar gambar iklan dan copywriting bagai. Orang pun boring hehe…

Bagi salam elok-elok, lepas tue minta maaf pada mereka jika wasap kita menganggu… dan maklum lah yang selain produk yang puan jual sebelum ini, puan juga ada jual tudung sekolah.

Offer lah kepada beliau mungkin-mungkin beliau nak cuba sehelai dua… dan jika mereka berminat, baru la bagi detail produk…. haa gitew hehe…

repeat customer easy to close 1

Rugi la kalau tak cuba kan…hehe…

Jadi ini saya tunjukan antara sistem wasap blaster yang boleh digunakan.

1. BLAST WHATSAPP MENGGUNAKAN DESKTOP / LAPTOP

Jika anda selesa blast whatsapp menggunakan dekstop atau laptop, kita ada sediakan panduan sebelum ini. Boleh klik butang di bawah:

2. BLAST WHATSAPP MENGGUNAKAN PHONE (ANDROID)

Sekiranya anda lebih selesa blast whatsapp menggunakan app, anda boleh gunakan app Whats Bulk Sender.

Caranya mudah sahaja:

1. Masuk ke Google Play Store, search Whats Bulk Sender dan kemudian download.

2. Basicly untuk guna yang whatsapp blaster app nie, boleh guna secara percuma tapi agak terhad…

Kalau rasa memang nak manfaatkannya, boleh bayar RM31 untuk lesen lifetime. Apa lah sangat dengan RM31 berbanding manfaat yang akan kita dapat kan.

So far app nie dicadangkan oleh otai-otai Drosphip TudungSiComel juga, ini rahsia macam mana dorang boleh buat sale gempak2 juga hehe…

berderet wasap

Cuba la, mana tau boleh dapat customer berderet macam nie nanti… aamiinnnn…

Ilmu yang tak diguna, menjadi tak bermakna…

Sekian semoga bermanfaat… akhir kata “Money is in the list(database)” 😊

Nota:

1. Untuk blast whatsapp kepada pelanggan, kita sangat sarankan gunakan nombor telefon khas untuk blast sahaja. Takut no kita kena block pula.

Alaa beli jer simcard baru RM5, dan masukan dalam phone (dual app). Lepas tue blast guna no tersebut.

2. Letakan nota “Jika puan tidak ingin lagi menerima wasap dari saya, puan boleh reply STOP. In shaa Allah saya tak akan wasap puan lagi. Maaf ya jika wasap saya ini menganggu puan.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

5 thoughts on “Macam Mana Nak Blast Whatsapp?”

Leave a Comment