Cara Nak Upsale Tudung Sekolah kepada Bekas Pelanggan & Skrip follow up customer lama

Sekiranya sebelum nie anda ada database bekas pelanggan yang membeli produk anda atau produk dropship anda yang lain, ini saya tunjukan cara bagaimana anda boleh upsale pula tudung sekolah kepada mereka.

Rugi la kan, database ada tapi tak manfaatkan. Tahukah anda bahawa lebih mudah nak close sale bekas pelanggan berbanding mencari pelanggan baru.

Caranya mudah sahaja, anda blast whatsapp kepada mereka semua dan maklumkan tentang produk tudung sekolah.

cara melayan whatsapp pelanggan

CARA NAK BLAST WASAP PADA BEKAS PELANGGAN

1. Pertama sekali gunakan software wasap blaster yang saya kongsikan sebelum ini dan blast whatsapp dahulu kepada 30 orang(dalam gandaan). Tak perlu terlalu ramai setiap kali blast, takut nanti tak terlayan hehe.

Ayat pertama hanyalah bagi salam dan perkenalkan diri sahaja dahulu. Pastikan setiap msg anda diakhiri dengan pertanyaan.

1.a – Jika beliau pernah membeli produk lain dari anda(bukan tudung sekolah)

Assalamualaikum puan. Saya Zarina dari TudungSiComel, puan apa khabar? 😊

Maaf ganggu puan, sebelum nie puan pernah membeli daripada saya. Puan masih ingat kan?

Saya cuma nak maklum yang saya juga ada jual tudung sekolah dari TudungSiComel.

Tudung sekolah dari TudungSiComel ada jaminan 180 hari, jika tak selesa kita boleh tukar atau refund, in shaa Allah.

Jika puan nak cuba sehelai dua, in shaa Allah saya boleh bantu.

Puan ada anak perempuan bersekolah?

1.b – Jika beliau pernah membeli tudung sekolah dari anda.

Assalamualaikum puan. Saya Zarina dari TudungSiComel, puan apa khabar? 😊

Sebelum nie puan pernah membeli tudung sekolah dari saya. Memandangkan sesi persekolahan baru dah nak dibuka, boleh saya tahu puan ada nak buat tempahan tudung sekolah untuk anak puan?

2. Setelah beliau reply, kongsikan pula ayat di bawah:

Alhamdulillah, ini saya kongsikan koleksi tudung sekolah kita untuk rujukan puan.

Puan boleh klik pada link di bawah untuk melihat koleksi yang sesuai untuk anak puan.

https://typebot.co/tudung-sekolah-tudungsicomel

Nanti puan whatsapp saya butiran tempahan ya.

1. Jenis tudung / inner
2. Warna
3. Saiz
4. Kuantiti

Puan sertakan juga poskod dan negeri tempat tinggal puan ya untuk saya buat semakan kos postage 😊

In shaa Allah nanti saya bantu uruskan tempahan puan segera 😃

3. Jika sudah dapat butiran tempahan, maklumkan yang puan akan buat sebutharga segera.

Terima kasih puan, baik saya akan buat sebutharga segera 😃

4. Sediakan sebutharga.

Terima kasih puan. Ini jumlah keseluruhannya puan.

✔️ Tudung Sekolah Awning Scuba 3 helai, RM19.90 x 3 = RM59.70
✔️ Tambahan Inner Rainbow RM5.90 x 2 helai = RM11.80

Kos Postage J&T = RM6.90

Jumlah keseluruhan: RM78.40 sahaja puan.

Puan boleh buat bayaran ke:

Maybank
Syakirah
52552526626262

Nanti puan dah buat bayaran, maklumkan pada saya dan in shaa Allah kita uruskan tempahan puan dengan segera.

Terima kasih puan

Itu sahaja, mudah kan? hehe…

Ayat yang kita kongsikan adalah contoh dan panduan sahaja. Anda boleh edit mengikut kesesuaian.

Selamat meroket.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

2 thoughts on “Cara Nak Upsale Tudung Sekolah kepada Bekas Pelanggan & Skrip follow up customer lama”

Leave a Comment