4 Fasa Latihan Live Host TudungSiComel

Berikut adalah 4 fasa utama yang akan anda lalui.

Fasa Latihan Live Host TudungSiComel

Latihan berfasa penting supaya anda benar-benar bersedia untuk membantu agen-agen TudungSiComel mempromosikan produk tudung sekolah di Shop mereka kelak.

Semoga anda akan dapat job yang tak putus-putus dari agen-agen kita. Aamiin

Fasa 1 – Penghantaran sample

HQ akan hantar sample tudung mengikut kesesuaian.

Fasa 2 – Pengenalan Produk & Live 1 Jam

Setelah anda terima tudung, anda disarankan untuk study tentang produk seperti material, ukuran saiz, cadangan umur, kelebihan produk dll

Kemudian apabila sudah bersedia, anda boleh join sesi latihan selama 1 jam/sesi.

Objektif latihan ini adalah untuk membiasakan anda menerangkan kepada prospek tentang produk kita sehingga jelas dan lancar.

Kita juga akan semak cara anda setup studio, lighting, suara, lenggok bahasa dan sebagainya. Anda boleh rujuk juga alatan keperluan semasa sesi live DI SINI.

Anda akan belajar cara untuk setting banner COD dan pin info Jaminan 180 hari di chat.

Anda juga akan belajar juga cara menggunakan ‘clicker’ untuk membuatkan live anda berpotensi untuk FYP.

Pada fasa ini HQ dan semua rakan-rakan ahli team Live Host akan turut membantu anda membuat teguran atas apa yang boleh anda perbaiki dari masa ke semasa.

Nota:

a. Fasa 2 dicadangkan selama 5 sesi dan 1 jam setiap sesi. Kita yakin, setelah 5 sesi latihan, anda akan mahir mengenal dan menerangkan tentang produk kepada prospek kita.

b. Namun jika anda masih belum mahir, anda mungkin ditambah sesi latihan live untuk fasa 2 anda.

c. Fasa ini, anda belum dibenarkan untuk menggunakan coins semasa live di Shopee.

Fasa 3 – Meracun & Strategi Setting Coins dan GiveAway

Setelah anda lepas fasa latihan asas namun anda masih akan Live selama 1 jam.

Pada fasa ini anda akan belajar tentang teknik dan strategi setting coins sekiranya anda live di shopee dan teknik setting give away jika di Tiktok.

Selain itu anda akan belajar teknik ‘meracun’ dan upsale inner rainbow. Anda akan perbaiki teknik meracun anda sehingga anda berjaya menjana sale yang baik.

Nota:

a. Fasa ini dicadangkan selama 5 sesi. Namun sekiranya masih belum berjaya closing sale dengan target sale minima, boleh ditambah durasi sehingga mampu closing dan capai target.

b. Namun sekiranya setelah 15 sesi, anda masih belum berjaya untuk capai target sale minima, kita akan cuba pertimbangkan samada anda boleh diteruskan atau terpaksa ditamatkan.

c. Namun jangan gundah ya, mungkin anda tidak sesuai untuk live produk tudung sekolah dan mungkin anda dilahirkan dan ditakdirkan sesuai dan hebat untuk produk lain.

d. Tak semua orang boleh jadi Doktor Mata, ada yang sesuai jadi Doktor Kulit… begitulah. Anda bukan gagal, tapi anda cuma kurang sesuai dengan produk sahaja.

e. Namun anda boleh sahaja kekal dalam group live host kita, sama-sama kita kongsi ilmu live host dan kita bersahabat selamanya.

Fasa 4 – Endurance Test & Sedia Untuk Beraksi

Setelah anda dah boleh buat sale dengan baik untuk Live selama 1 jam, anda akan dibenarkan untuk mula live selama 2 jam dan seterusnya mengikut daya tahan anda.

Mengikut teori, live selama 2 jam dan ke atas akan lebih mendapat engagement dan sale yang baik.

Pada fasa ini anda secara rasminya diterima menjadi host live TudungSiComel dan akan membantu agen-agen TudungSiComel juga untuk live di shop-shop mereka.

Pada Fasa ini, anda akan dipertimbangkan oleh HQ untuk diberikan marketing material seperti back drop, bunting dan sebagainya bagi menghiasi Live Studio anda.

JEMPUT TONTON VIDEO FASA-FASA TRAINNING KITA SUPAYA ANDA LEBIH JELAS

pra sekolah mutiara back to school

Jemput klik pada gambar di atas untuk tonton video penerangan.

Tips Live dan Produk Knowledge

Setelah anda menerima sample, anda sangat disarankan untuk dapatkan maklumat lengkap di sini. Baca dan fahamkan bagi memastikan anda benar-benar bersedia untuk mula trainning live (Fasa 2).

Selamat berjaya serta selamat datang ke keluarga kecil kita, semoga anda berjaya dunia akhirat. Menjadi Live Host yang hebat!. Aamiin

Nota:

a. Kenaikan fasa dari fasa 2 ke 3 akan ditentukan oleh Live Host Manager Cik Intan dan Puan Tasya. Mereka akan menilai prestasi anda dari masa ke semasa.

b. Kenaikan ke fasa 4 akan dinilai juga oleh Pengurus TudungSiComel atas rekomendasi Cik Intan dan Puan Tasya.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment