Program Subsidi Shopee Ads 2.0

image 3

Berita baik. HQ nak sponsor Subsidi Shopee Ads lagi kepada Rakan Usahawan TudungSiComel sebanyak RM30.00 💲💲💲

Anda hanya perlu spend ads sebanyak RM50 dalam tempoh program ini berlangsung dan kemudian claim RM30 dari HQ.

Program ini berlangsung dari 5 Disember – 30 Disember 2023

Kenapa Perlu buat Ads?

Kalau kita tak buat ads, listing produk kita akan berada jauh di page-page belakang listing product di shopee dan ini membuatkan pelanggan susah nak jumpa produk kita.

Kebiasaanya orang akan utamakan produk yang berada di page-page hadapan sahaja.

Kalau kita listing produk dan duduk menunggu sahaja, takut kita kecewa sebab tiada pembeli.

Cara untuk dapatkan subsidi shopee ads

1. Isi borang permohonan di bawah dan terus buat ads (PERMOHONAN TELAH DI TUTUP).

2. Buat shopee ads sebanyak RM5 sehari untuk Tudung Sekolah Rejek TSC atau Tudung Pra Sekolah selama 10 hari (RM50).

*Pilih salah satu produk yang dirasakan mudah terjual dan permintaan tinggi.

3. Apabila dah cecah RM50, print Screen bukti spending (dalam waktu program berlangsung) dan whatsapp admin Mira untuk claim subsidi RM30 dari HQ. Subsidi akan dimasukan ke Wallet anda.

Panduan Shopee Ads

Jika kurang faham bagaimana nak buat ads, boleh rujuk panduan shopee ads di youtube dan juga menerusi panduan setting ads yang dikongsikan oleh pihak shopee sendiri.

SOALAN LAZIM

1. Adakah saya kena tunggu 30 Dis baru boleh claim?
Tak, sekiranya ads anda dah cecah RM50 dalam waktu program berlangsung, boleh terus claim. Yang penting ads harus dibuat dalam waktu program berlangsung.

2. Boleh ke saya claim untuk ads yang saya buat di Tiktok / Lazada?
Tidak boleh. Program ini kita fokus untuk Shopee sahaja. Untuk Tiktok dan Lazada, tunggu makluman untuk Subsidi Lazada / Tiktok Ads 3.0 yang kita akan umumkan kelak, in shaa Allah.

3. Boleh ke saya nak buat nak buat ads selain dari produk Tudung Sekolah Rejek TSC dan Tudung Pra Sekolah ?
Tidak boleh, untuk program ini kita hanya fokus kepada dua jenis produk yang disebutkan di atas sahaja.

Permohonan

Untuk memohon, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan. Terhad kepada 100 pemohon terawal sahaja.

Pertanyaan

Jika kurang jelas / tertinggal info boleh join group support shopee kita dan bertanya di sana ya. Kita akan bantu anda di support group in shaa Allah.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment