Plaza Low Yat

Alaa ramai la jual tudung sekolah, susah la nak cari makan begini…

Cuba berikan saya satu contoh produk yang orang tak ramai menjualnya?

Ubat gigi Colgate contohnya, dijual di serata negara… dari pasaraya besar Giant dan TESCO hinggalah ke kedai-kedai runcit kawasan sekitar rumah kita.

Takda pula kita dengar peniaga kedai runcit cakap… “Maaf saya tak nak jual ubat gigi Colgate sebab dah ramai sangat yang jual” ๐Ÿ˜…

Pernah pergi KE Plaza Low Yat?

image 4

Dari ground floor sampai lah tingkat 7, semua jual komputer dan laptop brand yang sama sahaja… Samsung, HP, Dell, Asus, Toshiba dan Lenovo.

Kedai A jual laptop Samsung jenis sama, Kedai B pun jual laptop Samsung jenis yang sama. Malah hampir semua menjual produk yang sama sahaja.

Dan mereka menjual sejak dari tahun 1999 lagi…

Kita sendiri yang letakkan halangan dalam diri.

PRODUK YANG TIDAK BANYAK PESAING ADALAH PRODUK YANG KURANG PERMINTAAN

Tahukah anda, produk yang tidak banyak orang menjualnya adalah produk yang kurang permintaan. Apabila kurang permintaan, lagi lah susah nak menjualnya.

Produk yang banyak permintaan pasti akan banyak yang menjualnya dan pastinya akan lebih mudah terjual jika kena caranya.

JIKA BEGITU, APA PATUT SAYA BUAT?

  1. Bersaing secara sihat.
  2. Berikan servis yang terbaik. Banyakan senyuman kepada pelanggan. Kita pastinya akan lebih selesa berbelanja dengan penjual yang mesra dan membantu. ๐Ÿ˜Š
  3. Gandakan perkongsian iklan supaya prospek lihat kita sebagai penjual yang serius berniaga. Share lebih banyak iklan berbanding persaing anda.
  4. Tambah ilmu online marketing terutama cara setting ads; Shopee, Lazada, Tiktok, FB, IG dan Google
  5. Banyak berdoa dan bertawakal kepada Allah swt sebab Allah lah yang tentukan takdir rezeki kita. Bangun tahajut dan berdoa.

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:

โ€œAllah S.W.T turun ke langit dunia setiap malam pada 1/3 malam terakhir. Allah S.W.T lalu berfirman, โ€œSiapa yang berdoa kepada-Ku nescaya Aku kabulkan! Siapa yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri! Siapa yang meminta ampun kepada-Ku tentu Aku ampuni. Demikianlah keadaannya hingga terbit fajar.โ€

(Hadis Riwayat Bukhari no. 145 dan Muslim no. 758)

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membuka minda kita. Jangan bina ‘halangan’ kepada diri sendiri. Jangan mengalah sebelum berjuang! Kita boleh! In shaa Allah.

Credit image:
https://wikimapia.org/29372/Plaza-Low-Yat

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment