CARA MUDAH SIGN UP SHOPEE 2023 – SMARTPHONE DAN LAPTOP
Anda nak mula menjual di Shopee tapi masih belum ada akaun Shopee?
Fara sharekan cara mudah untuk create account Shopee menerusi paparan phone .
Untuk paparan menerusi laptop terus scroll sampai bawah untuk tonton video ya!
Sebelum kita ke langkah satu, dengan menggunakan smartphone anda, download/muat turun aplikasi Shopee di Playstore atau App Store terlebih dahulu.
Dah download? Jom mula Sign Up!
LANGKAH 1
Setelah masuk ke dalam aplikasi Shopee, paparan gambar pertama, anda perlu klik pada pautan ‘me’ di bawah kanan skrin.
Seterusnya, klik butang ‘Sign Up’ untuk mula buka akaun Shopee anda.
LANGKAH 2
Di ruang Phone Number, masukkan nombor phone anda (yang masih belum ada akaun shopee), seterusnya klik butang NEXT.
LANGKAH 3
Seterusnya, anda akan terima verifikasi menerusi sms berbentuk 6 digit kod. Isikan kod tersebut di ruangan kod yang disediakan.
Seterusnya tetapkan Password anda. Pastikan anda ingat ya, kerana ianya akan digunakan sepanjang anda guna akaun Shopee anda.
LANGKAH 4
Jika anda nak aktifkan ShopeePay, anda perlu sediakan Kad Pengenalan anda dan tetapkan nombor PIN.
Jika taknak, boleh skip bahagian ni dan setup kemudian.
SELESAI!
Anda dah ada akaun Shopee anda sendiri!
NAK TUKAR USERNAME?
Pergi tab Me > Account Setting, tetapkan nama anda di akaun Shopee pada bahagian My Profile.
Nak daftar melalui web di komputer atau laptop?
Jemput tonton video fara di bawah ya! Selamat mencuba!