Tahukah anda bahawa kedai shopee yang menarik mampu meyakinkan pelanggan anda untuk membuat belian melalui kedai anda?
Selain itu, memperkemaskan listing seperti yang pihak shopee cadangkan juga penting supaya listing produk anda berpotensi disenaraikan di page hadapan Marketplace Shopee.
Produk
1. Selaraskan nama & gambar produk
Pastikan nama produk anda jelas dimana ia mempengaruhi untuk pelanggan membuat keputusan untuk membeli.
Sebagai contoh, anda tambah keyword yang dicari pada nama produk tersebut. Serta tambah ayah seperti ready stock, best seller dan lain-lain yang meyakinkan pelanggan.
Selain itu untuk keseluruhan gambar produk dicadangkan menggunakan tema yang sama supaya ia lebih seragam dan teratur. Gambar yang seragam dan kemas mudah untuk attract dan yakinkan pembeli.
2. Info produk yang lengkap
Masukkan details yang lengkap mengenai produk tersebut agar pelanggan boleh terus buat keputusan untuk membeli. Jadi tidak lagi mereka tertanya-tanya dan perlu chat untuk maklumat lanjut.
Masukkan juga FAQ iaitu soalan yang selalu ditanya beserta jawapannya sekali agar pelanggan boleh terus membuat keputusan untuk membeli tudung sekolah dari kita.
3. Video produk
Masukan video untuk setiap produk yang disenaraikan supaya pelanggan boleh lihat produk kita dengan lebih jelas.
Zaman sekarang pelanggan lebih prefer untuk lihat produk dalam bentuk live, video dan demo. Ini sangat penting untuk meyakinkan mereka sebelum membuat keputusan membeli dari anda.
4. Shop Information
Pastikan shop profile dan icon anda dikemaskini dengan gambar yang kemas dan jelas. Kemaskini juga butiran Shop Information sebaik mungkin.
Terangkan bahawa anda menjual tudung sekolah dan pastikan ada keyword ‘tudung sekolah’ pada shop discription. Jika boleh, senaraikan seberapa banyak jenis tudung sekolah yang anda jual.
Ini penting supaya apabila ada prospek yang search perkataan ‘tudung sekolah’, shop dan produk anda akan tersenarai.
5. Nama Kedai
Pastikan nama kedai anda jelas, jangan guna nama yang pelik-pelik agar pelanggan lebih yakin. Kalau pelik-pelik nanti takut mereka ingat ini akaun shop scammer pulak 😅
Contoh nama yang baik adalah “Tudung Sekolah TudungSiComel” sebab ada keyword produk juga pada nama kedai. So apabila ada pelanggan yang search perkataan dan mencari ‘tudung sekolah’, potensi page kita duduk di atas adalah tinggi.
6. Shop Decoration – Tahukah anda bahawa kedai shopee yang menarik mampu meyakinkan pelanggan anda untuk membuat belian melalui kedai anda?
Berikut adalah cara mudah untuk cantikkan kedai shopee anda supaya pelanggan tertaik untuk membuat belian di shop anda.
Update Listing Produk Optimizer
Sebagai contoh yang kita akan kongsikan ini adalah kemaskini rekomendasi di bahagian produk shopee anda.
Seperti paparan gambar diatas, anda perlu kemaskini bahagian add size chart dan Adopt the color or size variation.
Untuk Adopt the color or size variation, anda hanya perlu edit(klik pada icon pensil) pada perkataan ‘warna’ dan ‘saiz’ kepada bahasa ingeris sahaja… tukar warna kepada COLOR dan saiz kepada SIZE.
Seterusnya anda hanya perlu lengkapkan lagi apa yang dicadangkan oleh pihak shopee.
Selepas anda lengkapkan apa yang dicadangkan, akan keluar seperti paparan gambar dibawah.
Rakan-rakan boleh download checklist dibawah sebagai rujukan untuk perkemas shop listing rakan-rakan.
KESIMPULAN
Semoga panduan ringkas yang kita kongsikan ini bermanfaat untuk anda.Moga apabila pelanggan masuk ke shop dan lihat produk kita, mereka rasa yakin untuk membuat pembelian.
Selamat meroket 🥰