Kemaskini Listing Produk Di TikTok

Kepada rakan-rakan yang menjual di TikTok, mohon selalu untuk semak di bahagian Product Optimizer anda supaya dapat tahu apa rekomendasi terkini dari pihak TikTok untuk improvekan listing produk anda.

Ini penting supaya listing produk anda berpotensi disenaraikan di page hadapan Marketplace bagi Tiktok.

image 25

Seperti paparan gambar diatas, apabila anda klik pada bahagian produk optimizer, akan keluar listing produk dan part apa yang perlu di improve.

Untuk TikTok, ianya sedikit berbeza dengan listing produk di shopee.

Selain itu, anda boleh perkemaskan listing produk di TikTok seperti

1. Selaraskan gambar produk

image 26

Pastikan keseluruhan gambar produk menggunakan tema yang sama supaya ia lebih seragam dan teratur. Gambar yang seragam dan kemas mudah untuk attract dan yakinkan pembeli.

2. Info produk yang lengkap

image 28

Masukkan details yang lengkap mengenai produk tersebut agar pelanggan boleh terus membuat keputusan membeli dan dapat menjimatkan masa mereka.

Masukkan juga FAQ iaitu soalan yang kerap ditanya beserta jawapannya sekali agar pelanggan boleh terus membuat keputusan membeli tudung sekolah dari kita.

3. Size Chart & Video

image 29

Masukkan produk details yang di minta dan juga video untuk setiap produk yang telah di senaraikan agar pelanggan boleh melihat produk kita dengan lebih jelas.

Zaman sekarang pelanggan lebih prefer untuk lihat produk dalam bentuk live, video dan demo. Ini sangat penting untuk meyakinkan mereka sebelum membuat keputusan membeli dari anda.

4.Nama Kedai

image 30

Pastikan nama kedai anda jelas, jangan guna nama yang pelik-pelik agar pelanggan lebih yakin. Kalau pelik-pelik nanti takut mereka ingat ini akaun shop scammer pulak 😅

Contoh nama yang baik adalah “Tudung Sekolah TudungSiComel” sebab ada keyword produk juga pada nama kedai. So apabila ada pelanggan yang search perkataan dan mencari ‘tudung sekolah’, potensi page kita duduk di atas adalah tinggi.

Rakan-rakan boleh download checklist dibawah sebagai rujukan untuk perkemas shop listing rakan-rakan.

KESIMPULAN

Semoga panduan ringkas yang kita kongsikan ini bermanfaat untuk anda.Moga apabila pelanggan masuk ke shop dan lihat produk kita, mereka rasa yakin untuk membuat pembelian.

Selamat meroket 🥰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment