(Penting harap baca ya kawan-kawan)
Mungkin ada rakan yang baru join program dropship kita tertanya kenapa asyik sebut perkataan ‘peperangan akhir tahun’ jer? Apa istimewanya?
MARKET BESAR
Kita semua tau, produk yang kita jual sekarang adalah ‘tudung sekolah’.
Majority seluruh keluarga di Malaysia akan beli uniform sekolah baru kepada anak-anak pada penghujung tahun.
Dan satu keluarga biasanya ada ramai anak perempuan.
Dan seorang anak biasanya perlukan 4 -7 helai tudung sekolah; Sekolah pagi petang, kelab dan persatuan, ko-korikulum, sekolah agama, dan lain2 jenis keperluan.
Mengikut rekod data KPM, pelajar di Malaysia hampir mencecah 5,000,000 orang dan yang paling best pengguna produk kita setiap tahun akan dilahirkan
Ini bermakna setiap tahun ada pertambahan potensi new customer dan repeat customer.
GANDAKAN AKTIVITI MARKETING MULAI SEKARANG
Sekarang dah Oktober… lagi 2 bulan dah Disember(peak time bermula).
So boleh dah gandakan aktiviti marketing tudung sekolah mulai sekarang.
Mungkin sale akan slow sikit sekarang sebab mungkin semua prospek simpan duit nak beli nanti lagi 2 bulan. Itu perkara biasa. Jangan terus putus asa.
Tapi jangan pula kita stop buat marketing sebab prospek perlu lihat iklan kita setiap hari mulai sekarang supaya melekat erat iklan-iklan produk kita di minda mereka (The Rule of 7)
Kalau hujung tahun baru nak start buat iklan, ianya sudah terlambat. Nanti dropship lain pula yang dapat … melepass..
Paling tidak pun, setkan schedule post iklan banyak-banyak mulai sekarang. Set dan tinggal.
KEKECOHAN, MARAH DAN GERAM
Saya ada dokumenkan sedikit kekecohan yang berlaku pabila musim Back To School, jemput baca dan fikirkan…
Semoga hujung tahun nanti, semua rakan-rakan dapat buat sale dengan baik dan kalau boleh simpan lah stock sikit buat backup. Ambik warna-warna penting seperti putih nila, mutiara dan hitam.
Selamat meroket…siapa lambat, tinggal