Saya dah berniaga secara online hampir 20 tahun, seawal tahun 2007. Apa yang saya perasan ramai di kalangan surirumah yang nak berniaga secara online, namun mereka agak terkapai-kapai tak ada panduan yang jelas dari mana mereka nak bermula.
Ada dua masalah utama; samaada mereka mereka berniaga secara ikut-ikutan ataupun mereka tak tahu nak susun priority ilmu dari mana nak bermula dahulu.
Kadang-kadang saya perasan, ada yang dok sibuk cari ilmu-ilmu yang terlalu advance sampai yang basic pun mereka tak kemaskan. Lepas tue stress sendiri 😅
Impian saya tahun 2024 dan seterusnya adalah nak mewujudkan sebuah komuniti surirumah berniaga dan jana pendapatan dari rumah sambil melihat anak-anak membesar di hadapan mata.
Saya nak mewujudkan sebuah sistem pembelajaran secara online melalui Learning Management System (LMS) dan juga secara berkelopok dengan lebih tersusun, in shaa Allah.
Ianya percuma dan dibuka kepada semua golongan surirumah yang berniaga dari rumah. Tak kisah lah, yang bekerja siang hari dan buat online biz waktu malam pun dijemput juga.
Saya yakin, jika belajar ilmu online marketing step by step dan amalkan dengan baik, in shaa Allah ada potensi nak berjaya.
Kita akan cuba berkolaborasi dengan NGO`s, Agensi-agensi Kerajaan dan Syarikat-syarikat yang ingin melatih agen-agen mereka untuk sama-sama dengan projek ini.
Ianya terbuka kepada semua untuk sama-sama dapatkan manfaat darinya. Waima dari surirumah mahupun pembekal produk.
Jemput join Komuniti Surirumah Berniaga Dari Rumah (KSBDR) dan sama-sama kita jalinkan ukhwah sesama kita, in shaa Allah 😃
Saya nak tinggalkan dunia ini dengan baik, doa-doakan saya ya. Sokongan anda sangat-sangat diperlukan. Terima kasih.