Bagi memudahkan rakan-rakan berniaga terutama yang menjual secara manual dan closing melalui whatsapp atau Personal Message (PM) di Facebook dan IG, Pihak HQ telah mewujudkan Mira Bot.
Mira bot nie akan membantu anda melayan pelanggan untuk memilih tudung sekolah yang sesuai untuk anak beliau.
Bagaimana?
Caranya mudah sahaja, apabila ada pelanggan yang whatsapp atau PM, anda boleh terus kongsikan link Mira Bot ini kepada beliau.
https://typebot.co/tudung-sekolah-tudungsicomel
Kemudian apabila pelanggan dah buat keputusan untuk membeli tudung jenis apa dan berapa helai, beliau teruskan beri maklumat pada anda dan anda tak perlu lagi bersusah-susah nak melayan mereka satu persatu. Mudah kan?
Contoh Ayat
Anda boleh gunakan contoh ayat di bawah(boleh edit ikut kesesuaian) sekiranya ada pelanggan yang hubungi anda:
Salam puan 😃
Untuk memudahkan puan melihat semua koleksi tudung sekolah, jemput puan klik pada link di bawah untuk chatbot kita bantu puan 😊
https://typebot.co/tudung-sekolah-tudungsicomel
Nanti puan whatsapp saya butiran tempahan ya 😊
1. Jenis tudung / inner
2. Warna
3. Saiz
4. Kuantiti
Puan sertakan juga poskod dan negeri tempat tinggal puan ya untuk saya buat semakan kos postage 😊
In shaa Allah nanti saya bantu uruskan tempahan puan segera 😃
Anda juga boleh set sebagai auto respond dan ini lebih memudahkan anda juga. Apabila ada pelanggan yang whatsapp anda, terus ayat di atas nie terpapar. Anda hanya tunggu beliau berikan butiran tempahan sahaja hehe. Hidup lebih mudah.
Ada cadangan?
Sekiranya anda anda sebarang cadangan untuk kita perbaiki bot kita agar lebih bagus, boleh cadangkan pada ruangan komen di bawah ya. In shaa Allah kita akan cuba usahakan.
Kita juga akan sentiasa membuat penambahbaikan kepada Mira Bot dari masa ke semasa agar pelanggan lebih yakin nak membeli tudung sekolah kita, in shaa Allah.
Selamat meroket ^_^