Program Subsidi Edisi Merdeka

Berita gembira HQ TudungSiComel berbesar hati untuk menyumbangkan Subsidi Ads (shopee dan tiktok) dan juga Subsidi Servis Live Host kepada 60 orang Rakan Usahawan TudungSiComel yang terawal.

Rakan-rakan boleh baca syaratnya di bawah dan jika berminat anda boleh isi borang pada link yang disediakan.

Program ini berlangsung dari 27 Jun – 31 Julai 2024

image 15

Objektif

1. Sempena musim kemerdekaan yang bakal tiba, pihak HQ nak rakan-rakan memberikan awareness kepada pelanggan untuk membuat pembelian tudung merdeka dengan lebih awal…. awai biar tak kalut

2. Pemanasan akaun shop dan sebagai persediaan menghadapi peperangan Back to School kelak.

1. Subsidi Ads RM30 ( Shopee / TikTok sahaja)

Caranya mudah sahaja, sekiranya anda terpilih;

1. Buat ads sebanyak RM35 dan spend sehari RM5 untuk satu listing produk edisi kemerdekaan (awning scuba/awning lembut /inner rainbow)

2. Setelah cukup 7 hari dan anda dah belanjakan sebanyak RM35, anda boleh claims subsidi ini dengan hubungi Admin Mira dengan disertakan sekali screen shot history ads yang telah dibuat tersebut. Kita akan masukan subsidi yang anda layak ke wallet anda.

Kenapa 7 hari? Kerana biasanya ‘ads baru’ akan ambil masa selama 7 hari untuk ‘learning period’ sebelum mula menampakan hasil yang baik, in shaa Allah. Terpulang kepada anda samaada nak teruskan ads tersebut.

Untuk memohon, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan.

2. Subsidi Live Host RM30

Selain subsidi ads, HQ juga ingin sponsor servis Live Host untuk mereka buat live di Shop anda selama 1 jam. Namun ada sedikit syarat mudah.

1. Terima wasap bahawa anda layak.

2. Hubungi mana-mana livehost di Fasa 3 dengan kadar upah RM30 sahaja
https://tudungsicomel.com/usahawan/senarai-host-live-fasa-3-tudungsicomel/

3. Booking mereka untuk 1 sessi.

4. Selepas mereka habis setiap sessi(subsidi) live, mereka akan berikan invoice pada HQ atas nama anda.

5. HQ akan buat bayaran.

Mudah kan? Hehe

Jika anda berminat untuk servis Live Host Percuma selama 1 jam bagi produk edisi Merdeka ini, boleh klik form dibawah ini dan lengkapkan permohonan.

3. PERMOHONAN AKAN DISEMAK

Permohonan yang terawal diterima akan disemak dan bagi permohonan yang berjaya, admin akan hubungi anda dan maklumkan untuk langkah seterusnya.

Nota: Jika belum sync produk, boleh sync tudung edisi Merdeka sekarang DI SINI dan jika anda nak upload listing secara manual tiada masalah.

FAQ?

1. Soalan: Boleh ke saya nak join subsidi ini tapi shop saya tiada listing produk Merdeka ?
Jawapan: Tidak layak kerana kelayakan pemilihan penerima subsidi ads dan subsidi live host hanyalah kepada mereka yang ada listing produk Merdeka sahaja.

Kita nak galakkan rakan-rakan untuk ada produk listing tudung merdeka kerana kita nak fokus kepada warna tema Kemerdekaan.

2. Soalan: Boleh ke saya nak spend ads lebih dari RM5 sehari?
Jawapan: Boleh sahaja, cuma setelah ads spend anda melebihi RM35 untuk Produk Listing Merdeka bermula 27 Jun 2024, anda layak claim RM30 subsidi ads.

3. Soalan: Boleh ke saya mohon untuk subsidi ads dan live host dalam masa yang sama?
Jawapan: Boleh sahaja.

4. Soalan: Boleh ke saya nak upah Live Host yang kadar upah nya RM40?
Jawapan:
Boleh, namun HQ hanya cover RM30 sahaja dan baki RM10 anda perlu buat bayaran tambahan pada live host.

NOTA:

1. Kita sangat sarankan anda untuk perkemaskan dahulu Shop anda sebelum join promosi nie. Boleh rujuk panduan di sini:

https://tudungsicomel.com/usahawan/kenapa-shopee-ads-tak-menjadi/

2. Kita sarankan untuk yang anda topup coins dan coins tersebut nanti dapat membantu Host Live manfaatkan seperti strategy di bawah:

https://tudungsicomel.com/usahawan/panduan-setting-coin-reward-shopee/

Semoga bermanfaat 😃

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment