Backlinks nie adalah link dari artikel web atau blog lain pointing ke blog kita.
Contohnya Web MajalahPama (berauthority) tulis artikel berkaitan ‘Kenapa Baby Kerap Menangis’.
Kemudianya dalam artikel tersebut mereka ada link kan ke artikel di blog kita sebagai rujukan.
Mungkin di blog kita ada tulis artikel berkaitan ‘Kenapa Baby Selalu Kembong Perut’.
Jadi mereka link kan artikel Kenapa Baby Kerap Menangis’ ke artikel Kenapa Baby Selalu Kembong Perut’ di blog kita.
Itulah maksudnya backlink. Jelas tak? 😀
Jadi secara tak langsung ini memberi indikasi kepada Google atau Search Engine bahawa post kita itu bagus la sebab ianya disebut terutama daripada blog yang Domain Rating(Authority) nya tinggi.
HARUS BERHATI-HATI
Bukan semua backlinks akan dikira bagus oleh Search Engine.
Hanya link dari blog atau web yang berauthority sahaja mungkin akan diambil kira sebagai backlinks yang bagus.
Kalau tersalah dapat backlink dari web spamming, nanti akan merosakkan ranking blog kita sebab Google akan anggap kita upah web spam untuk bagi backlink pada blog kita.
Kiranya bukan backlink secara sukarela la gitew hehe. Unnatural backlinks.
Dan sebaiknya backlinks dari artikel yang berkaitan.
Contohnya Blog A menulis tentang Tudung Sekolah dan Blog B menulis tentang Cara Penjagaan Tudung Sekolah. Ianya barulah dianggap relevant.
If your site receives backlinks from quality websites relevant to your industry, it’s likely sending strong signals to Google that your site is viewed as an authority in your industry.
SEMrush
SEBAGAI CONTOH untuk mudah faham tentang backlinks berkualiti
Senang cerita, ada seorang Tan Sri(web ada authority) dia kata kat semua staff dia;
“Kamu semua lihat En Abu, kemas kerjanya… rajin pula tue“
So secara tak langsung semua staff lain(google) akan;
“Wow power la en Abu, Tan Sri puji tue… giler ahh…”
Dan ini akan membuatkan en Abu(web kita) mendapat good reputation dari staff lain. Begitulah sebaliknya.
KEPENTINGAN BACKLINKS kepada seo
Backlinks nie penting untuk Search Engine Optimization atau lebih dikenali sebagai SEO.
Ini kerana Search Engine seperti Google akan menganggap content yang dihasilkan di blog kita adalah bermanfaat dan berkualiti.
Jika tak berkualiti masakan blog lain boleh merujuk artikel mereka ke blog kita sebagai sokongan rujukan artikel di blog mereka.
KESIMPULAN
Untuk mendapat backlink dari blog-blog lain, pastinya kita perlu menghasilkan artikel yang baik dan berkualiti.
Sekian perkongsian pendek hari ini berkaitan backlinks hehe…. jika ada kenyataan saya kurang tepat atau ada rakan lain nak tambah, dipersilakan ya 🥰
Terima kasih 😀
Kami di fuyohdesign.my sangat bersetuju dengan info ini.
Terima kasih tuan Amir ^_^