11 Jenama Susu Terbaik Untuk Ibu Hamil Di Malaysia

Apakah kaitannya minum susu terbaik untuk ibu hamil dengan kesihatan kandungan dalam perut?

Setiap ibu mengandung pastinya mahukan kandungan yang dikandung itu sentiasa sihat dan tiada sebarang masalah ketika hamil.

Namun tidak ramai yang tahu akan khasiat minum susu untuk kesihatan ibu hamil dan kandungannya.

Artikel pada kali ini, kami akan kongsikan senarai jenama susu terbaik untu ibu hamil bagi persediaan lengkap dalam tempoh kehamilan.

Pengambilan susu bagi ibu hamil setiap hari

Ada sesetengah ibu hamil yang mungkin tidak memandang berat tentang pengambilan susu kerana baginya pemakanan lain sudah memadai untuk kandungan.

Padahal, ibu mengandung memerlukan nutrien dan khasiat untuk kedua-duanya iaitu dirinya dan juga kandungan. 

Untuk wanita hamil, mereka memerlukan jumlah kalsium yang tinggi pada setiap hari. Ada juga yang mengatakan, ibu mengandung memerlukan 1000 miligram kalsium setiap hari.

Dikatakan setiap satu cawan susu mempunyai 305 mg kalsium dan digalakkan untuk minum 3 kali sehari.

Justeru itu, adalah amat penting untuk ibu hamil membiasakan diri minum susu sama ada susu tepung, susu lembu mahupun susu kambing.

Waktu bila boleh mula minum susu ibu mengandung?

Ada juga yang mungkin tertanya-tanya, bilakah waktu yang sesuai untuk minum susu. Sebenarnya, amalan minum susu memang digalakkan doktor dan pakar pemakanan sejak kita kecil lagi.

Tetapi untuk kes ini, kita digalakkan minum susu terutama sekali bagi wanita. Hal ini kerana wanita mudah terdedah kepada risiko osteoporosis iaitu tulang reput.

Oleh itu, waktu yang sesuai minum susu untuk ibu mengandung adalah seawal merancang kehamilan lagi. Kalsium ini penting sama ada kita hamil atau pun tidak.

Fakta turut mengatakan bahawa, wanita yang minum susu sekurang-kurangnya 150 ml setiap hari semasa merancang untuk hamil lebih cenderung memiliki anak yang lebih tinggi ketika dia dewasa kelak.

Susu sememangnya memberi banyak manfaat lain kepada anak apabila mereka dewasa.

Misalnya, susu adalah antacid yang hebat dalam membantu menangani masalah sakit perut dan gastrik semasa mengandung.

Justeru itu amatlah disarankan untuk ibu hamil lazimkan diri minum susu setiap hari semasa mengandung.

Manfaat susu kepada ibu hamil dan kandungan

Manfaat utama yang pastinya diperoleh ketika minum susu ialah pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat di dalam rahim.

Selain itu, ia dapat mengurangkan risiko kesihatan dan mengalakkan pertumbuhan bayi yang dikandung. 

Selain daripada asid folik yang sangat penting kepada si ibu. Susu berupaya untuk anak mendapat zat yang cukup.

Bayi akan mendapat kadar kalsium yang baik ketika di dalam kandungan. Khasiat susu ini dapat memberi perlindungan dan memperbaiki kulit, hati, mata, otot dan jantung si comel.

Dipasaran terdapat banyak pilihan susu terbaik untuk ibu hamil yang boleh kita dapati. Apa yang pasti, susu untuk ibu hamil ini kaya dengan nutrien penting seperti Omega 3, Omega 6, Vitamin B6, DHA dan EPA.

Sebelum kita mengetahui jenama susu terbaik untuk ibu hamil, marilah kita cakna dahulu tentang jenis-jenis susu terbaik untuk ibu hamil yang ada di pasaran Malaysia.

Jenis susu terbaik untuk ibu hamil

Ada banyak jenis susu di pasaran dan pelbagai jenis jenama susu terbaik untuk ibu hamil. Berikut adalah senarai jenis susu terbaik untuk ibu hamil yang boleh kita pilih.

1. Susu lembu

Susu lembu ini diperkaya dengan protein, vitamin D & B, dan lemak yang diperlukan oleh ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Ibu hamil tidak perlu risau untuk minum susu lembu ini sepanjang kehamilan kerana ia tidak memberikan kesan yang memudaratkan.

2. Susu kambing

Susu kambing boleh didapatkan dalam keluaran organik, susu tepung ataupun susu segar. 

Malah, susu ini dipercayai mengandungi protein tinggi, vitamin B2 dan rendah kandungan butterfat globules.

Kandungan vitamin B2 dalam susu ini dapat membantu meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi badan

3. Susu soya

Susu jenis ini tidak mengandungi lemak dan tinggi dengan serat serta kalsium. Tahap kandungan protein yang ada didalamnya juga sama seperti susu lembu.

Ini kerana, susu soya tidak mengandungi kolesterol dan kandungan kalsium yang terkandung di dalam susu soya dapat membantu proses tumbesaran bayi dan mencegah kanser.

Mungkin ada kalangan ibu mengandung bimbang untuk minum susu kerana khuatir bayi di dalam kandungan akan bersaiz besar (macrosomia).

Tetapi, pengambilan susu bukanlah faktor yang menjadi punca kepada masalah tersebut.

11 jenama susu terbaik untuk ibu hamil yang boleh anda cuba

Berikut ini, kami senaraikan 11 jenama susu terbaik untuk ibu hamil yang boleh dicuba.

1. Frisomum Gold Honey Vanilla

Jenama Frisomum ini bukan sahaja bagus untuk ibu mengandung malah ia sesuai untuk ibu menyusu.

Ini kerana susu ini diformulasikan dengan nutrien penting DualCare+ bagi menyokong perkembangan fisiologi ketika hamil. 

Selain itu, susu ini juga didatangkan dengan Indeks Glisemik (GI) yang rendah dan indeks ini sangat membantu ibu mengandung untuk mengekalkan berat badan di sepanjang kehamilan.

Terdapat lebih daripada 6 nutrisi penting yang terdapat dalam kandungan susu ibu, antaranya ialah magnesium, DHA, prebiotik, vitamin , B12, D, kalsium dan banyak lagi.

Ibu hamil juga tidak perlu risau kerana susu ini tidak mengandungi sukrosa tambahan dan sesuai untuk diminum oleh ibu hamil yang mengalami masalah diabetes.

2. Anmum Materna

Susu yang dirumus khas ini adalah untuk menyokong keperluan kesihatan ibu hamil dan janin yang sedang berkembang. Ia berperisa asli dan tiada gula tambahan (susu rendah gula).

Harga susu anmum materna ini RM36.50 untuk saiz 650 gram dan sesuai untuk diambil oleh wanita yang sedang merancang kehamilan atau yang sedang hamil.

Susu ini juga menjadi pilihan pertama oleh ibu hamil kerana rendah lemak dan terdapat dalam pek jenis stick yang sangat mudah untuk digunakan.

3. Prenagen Mommy

Susu ini terdapat 4 jenis perisa iaitu vanila, mocha, strawberi dan coklat. Saiznya pula ada 200 gram, 400 gramm, 600  gram dan 900 gram.

Susu ini mengandungi khasiat seperti protein, kalsium, magnesium, vitamin D, asid folik dan zat besi yang telah melalui proses microencapsulation.

Sekiranya ibu hamil mengalami alahan yang teruk, rasa loya dan mual, boleh pilih perisa yang bersesuaian dengan selera atau citarasa.

4. Enfamama A+

Susu Enfamama A+ ini sesuai untuk ibu mengandung di trimester 1 (awal kehamilan). Harga pasaran untuk susu ini RM21 bagi saiz 300g.

Untuk pengetahuan anda, syarikat pengeluaran susu ini iaitu syarikat Mead Johnsoan ini merupakan syarikat pengeluaran susu yang dirumus khas untuk wanita mengandung dan menyusukan anak.

Malah, susu ini kaya dengan kandungan asid folik yang berfungsi untuk menyokong pertumbungan dan mengurangkan risiko kecatatan kongenital.

Enfamama ini juga merupakan salah satu susu pilihan terbaik ibu hamil dan sebab itu ia dipanggil Susu Premium kerana harganya yang mahal.

5. Similac Mom

Selain Enfamama, Similac juga dirumus khas untuk menguatkan pertumbuhan dan otak semasa di awal kehamilan.

Similac Mom ini dirumus dengan sistem nutrisi EyeQ yang dilengkapkan dengan vitamin E dan Lutien Asli.

Nutrisi ini bagi mencegah pengoksidan DHA kerana ia penting bagi perkembangan bayi dalam kandungan lagi.

Susu ini memenuhi keperluan nutrisi ibu dan rendah lemak dan tanpa gula tambahan. Ia juga memberikan impak kepada pertumbuhan keseluruhan janin.

Harga di pasaran ialah RM29 untuk pek 900 gram. Susu terbaik untuk ibu hamil kurang gula jenis inilah yang patut anda minum.

6. Mamil Mama

Jenama susu ini daripada syarikat Dumex dan berharga RM34 untuk saiz 600 gram. Ibu mengandung yang mahukan keperluan khasiat untuk janin amatlah bagus untuk minum susu ini.

Ini kerana, Mamil Mama dirumuskan khas untuk menyokong kesihatan ibu mengandung dan menyusu. 

Dumex mempunyai nutrien khas seperti asid folik, DHA, Omega 3 & 6, dan rendah lemak.

Malah, ia juga dilengkapi denga prebiotik yang bagus untuk perkembangan dan menjaga sistem pencernaan ibu mengandung. 

7. Karihome Mama Milk

Ibu mengandung terbaik akan memastikan mereka mengambil susu sebagai pelengkap dan makanan tambahan untuk kandungannya.

Karihome Mama Milk ini diperbuat dari New Zealand dan dirumus khas untuk mengatasi masalah mual yang sering dihadapi oleh rata-rata para ibu.

Selain itu, susu ini membantu pertumbuhan janin membesar dengan baik dengan khasiat kalsium yang tinggi, vitamin A & E dan juga DHA.

Bukan sahaja sesuai diminum ketika berpantang, malah bagus juga diambil ketika ibu menyusukan bayi.

8. Lazz Susu Kambing

Susu kambing ini adalah keluaran 100% organik dan dijaga dengan baik dari sumber semula jadi. Susu Lazz terdiri daripada 4 perisa yang lazat iaitu original, original kurma, kopi kurma dan coklat kurma.

Selain itu, susu kambing Lazz juga menggunakan teknologi tinggi bagi menghasilkan serbuk yang berkualiti tanpa bau hamis kambing.

Ia sangat bagus dalam membantu ibu mengandung kekal cergas dan sihat sepanjang kehamilan.

Malah mampu juga untuk mengatasi masalah seperti sembelit, kurang darah merah dan pedih ulu hati.

9. Wildan Susu Kambing

Selain Lazz susu kambing, Wildan juga berasaskan daripada kambing dan merupakan susu terbaik untuk ibu hamil kerana ia diimport khas dari Holland.

Malah, Wildan ini juga susu yang sesuai untuk seluruh ahli keluarga. Susu ini mengandungi kurma, habbatussauda, dan juga arabic gum.

Di mana, ianya susu rendah lemak yang berikan manfaat dan khasiat kepada ibu hamil. Antara khasiatnya ialah membantu sistem penghadaman dan meningkatkan sistem imunisasi ibu hamil.

10. Bonlife Purenot Mom

Jika anda tidak sesuai untuk minum susu lembu, ibu yang hamil juga boleh mencuba untuk minum susu kambing ini, Bonlife Purenot Mom.

Selain mempunyai rasa vanilla yang lazat, ia juga dijamin tanpa ada sebarang bau hamis yang mana mampu untuk membangkitkan selera ibu hamil untuk meminumnya.

Ia diperkaya dengan Activ-4 Plus seperti DHA, kalsium, mineral tanpa krim, rendak lemak dan juga tanpa gula tambahan. 

11. Nestle Mom & Me

Ibu hamil memerlukan lebih banyak protein, zat besi dan asid folik berbanding sebelumnya.

Ini kerana, apa yang kita makan akan menjadi sumber nutrien utama untuk bayi yang sedang membesar di dalam kandungan.

Susu ini mengandungi banyak khasiat yang bagus untuk ibu hamil seperti bifidus BL, asid folik, kalsium, kaya dengan DHA, protein dan zat besi.

Di samping itu, keseimbangan bakteria baik dalam mikroflora usus juga penting bagi tumbesaran si manja.

Susu terbaik untuk ibu hamil dan kandungannya wajib memastikan usus ibu sihat supaya penyerapan dari makanan berlaku dengan baik.

Tips pilih susu terbaik untuk ibu hamil

Saya juga sertakan tips pilih susu terbaik untuk ibu hamil supaya tiada isu pembaziran yang berlaku nanti. Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk anda.

  1. Pilih susu yang berperisa yang bersesuaian dengan selera anda. Jika anda tidak boleh minum susu kambing disebabkan risau dengan bau hamis, pastikan tidak membelinya. Antara perisa yang boleh anda cuba ialah coklat, strawberi, vanilla, kurma dan pelbagai lagi.
  2. Pastikan juga sebelum membeli, baca terleibh dahulu label dan kandungan nutrisi pada susu tersebut. Pastikan juga kandungan nutrisi yang cukup agar kandungan anda sihat ketika meminum susu itu. Tidak disarankan untuk meminum susu yang mempunyai kandungan gula yang tinggi bagi mengelakkan penyakit diabetes ketika hamil
  3. Ibu hamil juga digalakkan untuk memilih susu yang sudah dipasteurisasi. Pasteurisasi ini merupakan proses membunuh kuman dan bakteria dengan cara memasak susu itu terlebih dahulu. Proses ini penting agar tidak menjadi penyebab para ibu hamil mengalami masalah keguguran.
  4. Sekiranya anda mahu terus minum susu selepas bersalin, pilihlah juga susu yang mempunyai nutrisi yang bersesuaian dengan keperluan anda menyusu nanti dan pastinya akan menjadi milk booster untuk anda.
  5. Wanita mengandung juga mesti lebih berhati hati sebelum mencuba produk susu yang baru. Ada banyak susu ibu mengandung yang dijual di luar sana. Dapatkan nasihat doktor sebelum buat keputusan.

Kesimpulannya

Ketika mengandung, apa sahaja yang anda pilih untuk makan, pastinya akan mempengaruhi kandungan bayi dalam kandungan.

Pengambilan susu ketika mengandung ini banyak memberikan manfaat bukan sahaja ketika hamil, malah ketika menyusukan badan. 

Apa-apa pun, pilihlah susu yang sesuai dengan selera anda supaya dapat mengekalkan dan menambah nutrisi semasa hamil. Semoga bermanfaat.

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa