Kerap kali kaum ibu diluar sana berhadapan dengan masalah bayi muntah susu. Sekali dua berlaku mungkin ianya perkara biasa. Namun apabila terlalu kerap sehingga membuatkan bayi tidak selesa ini menjadikan kita sebagai ibu pasti risau dan runsing juga memikirkan bagaimana untuk mengatasinya.
Umumnya, bayi muntah selepas menyusu itu adalah perkara normal. Namun sekiranya ia sudah menunjukkan perubahan jenis muntah bayi dan kuantitinya, anda perlu berikan perhatian yang khusus.
Hal ini jelas kerana baby kerap muntah akan menyebabkan tahap kesihatannya merosot dan seterusnya membahayakan dirinya sendiri.
Kenapa terlalu kerap bayi muntah susu?
Dari pengalaman bayi muntah susu yang pernah dihadapi oleh para ibu di luar sana, masalah ini cenderung untuk menjadikan bayi tersedak susu, tercekik susu, tidak bernafas atau bahkan yang paling teruk sekali sehingga membawa maut.
Pasti anda tertanya-tanya kenapa bayi muntah susu? Berikut adalah faktor yang perlu anda ambil tahu.
1. Alahan susu lembu atau laktosa intolerans
Mengikut kajian, makanan yang biasa disebut sebagai alahan kepada bayi adalah susu lembu dan kafein. Punca bayi muntah susu yang disebabkan oleh susu lembu, sebenarnya menunjukkan bahawa sistem pencernaan mereka memberi reaksi pada protein yang terkandung pada susu tersebut.
Jadi sangat wajarlah setiap kali bayi minum susu lembu, mereka akan memuntahkannya semula. Ini berpunca dari sistem tubuh bayi yang jelas memberi tindak balas negatif kepada protein yang terkandung.
Oleh kerana kebanyakkan susu formula bayi mempunyai protein susu lembu dan laktosa, bayi disarankan untuk beralih kepada formula hypoallergenic. Antara contoh susu hypoallergenic untuk bayi Malaysia adalah seperti:
- Enfalac A+ Langkah 1
- Enfamil Nutramigen
- Nestle NAN Kid ph Pro 3
- Dugro Soy
- Nutricia Neocate LCP
- Isomil Soymilk
- S-26 Gold Alula Soy
2. Terlebih minum susu dari kadar yang sepatutnya
Di awal bayi dilahirkan, kita sebenarnya perlu memerhatikan corak penyusuan dan kekerapan bayi menyusu.
Hal ini disebabkan walaupun terdapat kajian atau garis panduan kekerapan bayi menyusu, ianya masih mempunyai perbezaan antara satu sama lain.
Bukankah lebih mudah menyusukan bayi yang sedang tenang berbanding bayi yang menangis kelaparan?
Keadaan di mana bayi terlebih minum susu dari kadar biasa akan menjadikan perut mereka terlalu penuh lalu anak muntah kerana tidak selesa.
Apa yang sepatutnya anda boleh buat adalah dengan memberikan anak susu pada kadar yang sedikit demi sedikit.
Hadkan setiap penyusuan kurung daripada 30 minit jika anak menyusu botol. Boleh juga jarakkan penyusuan seterusnya dalam tempoh 2 jam atau kurang supaya perut mempunyai cukup masa untuk kosong semula.
3. Tidak disendawakan selepas menyusu
Amalan menyendawakan susu sebenarnya sudah lama diamalkan oleh ibu bapa zaman dahulu lagi. Namun mungkin sesetengah ibu bapa moden hari ini tidak terlalu memikirkan keperluan dan kepentingannya pada seorang bayi.
Bayi yang menyusu, secara tidak langsung memudahkan pengaliran angin keluar masuk dari mulutnya. Semakin laju susu itu keluar, maka semakin laju juga angin itu menolak masuk ke dalam mulut bayi kita terutamanya yang menggunakan susu botol.
Tanpa sedar, angin inilah yang akan masuk ke dalam sistem pencernaan lalu kemudian kekal di dalam badan. Keperluan untuk menyedawakan bayi sangat penting agar angin yang terperangkap tadi boleh keluar sama ada melalui sendawa, atau kentut.
Apa yang terjadi jika bayi tidak disendawakan? Angin tadi akan memancut keluar dari mulut bayi dengan kelajuan yang cepat sehingga mengakibatkan bayi muntah memancut atau bayi muntah melalui hidung.
4. Masalah asid refluks
Asid refluks atau juga dikenali dengan nama saintifiknya, gastro-oesophageal terjadi disebabkan oleh injap otot pada hujung saluran makanan berkembang. Prosesnya mudah sahaja untuk difahami.
Selepas bayi menyusu, perutnya akan penuh. Seterusnya, makanan dan asid perut mula mengalir keluar kembali dari saluran makanan. Refluks ini jugalah menjadi punca bayi sedu (hiccup) selepas menyusu.
5. Gejala stenosis pilorus
Stenosis pilorus adalah sejenis masalah yang agak asing berlaku pada bayi linkungan 1 hari sehingga usia 6 bulan. Keadaan ini menyebabkan bayi kerap muntah dalam kuantiti yang terlalu banyak sehingga mengakibatkan dehidrasi.
Jenis muntah bayi yang menghidap stenosis pilorus agak berbeza daripada “burp basah” yang biasa berlaku pada penghujung waktu malam.
Sejumlah besar susu ibu atau formula dimuntahkan semula, dan bayi boleh muntah sejauh beberapa kali ke seberang bilik.
Warna muntah tersebut kelihatan lebih pekat, kerana susu belum sampai ke usus kecil sebaliknya masih di perut. Ini mengakibatkan tindak balas pada asid perut untuk memekatkannya. Faktor penyakit ini bersifat genetik dan alam sekitar.
Dan satu-satunya cara untuk memulihkannya adalah dengan melakukan pembedahan.
6. Kesan dari jangkitan atau penyakit
Kebiasaannya bayi yang tidak sihat, sedang mengalami jangkitan atau penyakit akan mengalami tanda-tanda seperti dibawah:
- demam
- kurang selera makan
- fussy
- keletihan
- ruam
- batuk
- hidung tersumbat
Selain daripada itu, masalah oral thrush atau lidah putih pada bayi juga menambah ketidakselesaan pada bayi ketika menyusu. Membersihkan mulut dan lidah bayi sebelum mereka mula menyusu adalah lebih baik untuk mengelakkan infeksi bertambah teruk.
7. Teknik penyusuan yang salah
Bayi yang tidak biasa menyusu akan mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam posisi berbaring. Justeru itu, para ibu disarankan untuk meletakkan kepala bayi dalam posisi menegak (upright position) semasa menyusukan bayi.
Selain itu, lekapan yang tidak tepat pada puting payudara juga menyebabkan bayi menghisap susu ibu bersama udara yang banyak. Jangan lepaskan secara paksa puting di mulut bayi untuk elak kecederaan pada payudara ibu.
Pastikan juga mulut bayi melekap pada kedudukan dengan betul bagi mengelakkan masalah seperti kebengkakkan payudara dan puting melecet.
8. Aliran susu yang terlalu laju
Faktor seterusnya yang menjadi penyebab bayi muntah susu adalah aliran susu yang terlalu laju. Ini biasa berlaku khususnya jika bayi menyusu botol. Puting botol susu yang di “muncungkan” ke arah mulut bayi akan memberi refleks yang sukar dikawal apatah lagi kandungan susu yang terlalu penuh.
9. Botol susu yang tidak ditukar
Ramai orang tidak sedar, botol susu sangat memainkan peranan yang penting dalam memberi pengalaman penyusuan yang terbaik pada bayi. Pemilihan botol susu yang salah dan tidak diganti dalam tempoh masa yang lama boleh menjadi punca bayi muntah susu.
10. Kerap mengurut badan bayi
Mengamalkan urut badan bayi dengan kerap khususnya selepas mandi boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung perut bayi berlaku.
Mengurut dengan betul dapat memberi ketenangan pada bayi lalu seterusnya melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan otot.
Diharapkan artikel berkenaan dengan masalah bayi muntah susu berserta dengan tips untuk mengatasinya ini dapat memberikan para ibu khususnya di luar sana panduan, informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.