Pernah atau tidak anda bergaduh depan anak anda? Atau mungkin ada antara kita yang sekarang ini sedang mengalami masalah rumah tangga sehingga berlakunya pergaduhan.
Tidak dinafikan dalam membina sebuah perkahwinan kadangkala akan berlakunya ujian dan sedikit perselisihan faham antara kita dan pasangan.
Perselisihan faham yang tidak dapat dibendung dengan baik biasanya akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan pertengkaran dengan pasangan.
Perkara ini jika dibiarkan tanpa sebarang jalan penyelesaian ia akan memberi kesan yang buruk kepada ahli keluarga.
Kesan buruk kepada jika bergaduh depan anak di rumah
Walaupun suami isteri sedang menghadapi masalah rumah tangga dan berlaku perselisihan faham tetapi seeloknya jangan bergaduh di depan anak-anak.
Ini kerana, bergaduh depan anak-anak terutama sekali anak kecil boleh memberikan kesan buruk terhadap jiwa dan mental mereka.
Akibatnya anak-anak akan menjadi seorang yang memberontak dan mungkin juga akan cenderung untuk tidak mendengar kata ibu bapa.
Justeru itu, elakkan bergaduh depan anak jika tidak mahu kesan buruk berlaku dalam keluarga nanti.
Jom kami terangkan kesan buruk yang mungkin boleh terjadi jika kita bergaduh di depan anak. Antara kesan buruknya adalah seperti:
1. Emosi anak akan terganggu
Ini adalah kesan buruk yang menjadi perhatian ramai dan boleh terjadi jika kita biarkan sahaja pergaduhan di hadapan anak berlarutan tanpa sebarang jalan penyelesaiaan.
Pada waktu kecil, emosi anak-anak kita tidak sama seperti orang dewasa yang mana mereka mudah tertekan jika melihat pergaduhan kedua ibu bapa di hadapan mata.
Masalah ini sememangnya membentuk sikap serta perlakuan anak-anak menjadi seorang yang kasar dan sentiasa hendak memarahi orang lain.
2. Anak akan menjadi kemurungan
Selain itu, jika anak-anak lihat pergaduhan yang berlaku antara ibu bapanya, ini akan menyebabkan mereka menjadi seorang yang kemurungan dan kerap rasa bersalah terutama sekali jika pergaduhan tersebut ada kaitan dengan mereka.
Justeru hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan anak-anak merasakan mereka adalah punca kepada berlakunya pergaduhan tersebut.
Tekanan yang mereka rasai sedikit sebanyak mengubah mentaliti cara fikir dan tindakan anak sehingga menjadi seorang yang pendiam dan hilang keyakinan diri.
3. Anak akan menjadi seorang yang pendendam
Bukan itu sahaja, jika sewaktu pergaduhan tersebut ada berlaku kekerasan dan sebagainya, ia secara tidak langsung akan mewujudkan sifat dendam dalam diri anak-anak.
Dalam pada masa yang sama, jika kita amalkan sikap minta anak menyebelahi kita sewaktu bergaduh juga boleh menjadi sebab untuk anak-anak mula menanam sifat dendam dalam diri mereka.
Hal ini jika dibiarkan sehingga anak-anak besar cenderung menjadi lebih parah yang seterusnya akan menjadi anak bertambah benci kepada ibu bapa sendiri.
4. Anak akan mula memberontak
Sebagai ibu bapa kita sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Justeru itu, elakkan bergaduh di depan anak-anak.
Termasuklah dalam halnya berkomunikasi sehingga mengeluarkan kata-kata kesat atau perkataan yang tidak elok di hadapan mereka.
Apabila kita tunjuk contoh yang tidak baik seperti ini, anak-anak juga akan mula terikut contoh dan perlakuan buruk hasil didikan ibu bapa sendiri.
Selain itu, jika terlampau bergaduh depan anak-anak ia juga boleh menyebabkan anak-anak mula menjadi seorang yang memberontak.
5. Anak-anak akan mula merasa kurang kasih sayang
Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya memerlukan kasih sayang dari ibu bapa mereka. Sewaktu mereka membesar inilah mereka akan mula bermanja dan mahukan perhatian daripada ibu bapa sendiri.
Jadi, jika berlaku pergaduhan ia secara tidak langsung menyebabkan anak-anak akan terabai dan mula menjadi seorang yang pasif, menyendiri dan suka buat hal masing-masing
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel