Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Menarik! Resepi Makanan Bayi Untuk 6 Bulan Yang Mudah Untuk Dibuat

Resepi makanan si manja ini yang sangat mudah untuk dibuat. Pastinya seronok ketika anak yang berusia 6 bulan, ibu bapa sudah boleh mula fokus untuk memperkenalkan makanan lain selain dari susu ibu.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai resepi makanan bayi untuk 6 bulan yang mudah ini, jom kami kongsikan butirannya.

Usia bayi yang sudah matang untuk menerima makanan “solid”

Bila bayi mula sahaja makan, kita sebagai ibu pasti mahu bagi yang terbaik untuk anak. Menurut World Health Organization (WHO), mereka menyarankan bayi 6 bulan ke atas sahaja yang boleh diberikan makan.

Ini kerana bayi bawah 5 bulan, perut mereka masih belum cukup matang untuk memproses makanan solid.

Jika anda memberikan makan terlalu awal, ini akan menyebabkan perut si manja anda bekerja keras. Ia juga akan menyebabkan punca obesiti di kalangan kanak-kanak.

Sebaiknya, mulalah perkenalkan bubur nasi kosong dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut.

Kemudian boleh campur bubur nasi dengan puri buah / sayur untuk anak-anak kita. Mulakan 1 kali sahaja dulu sehari. Terpulang mahu beri pagi, tengahari, petang atau malam.

Resepi makanan bayi 6 bulan ke atas

Berikut adalah beberapa resepi makanan si manja yang berusia 6 bulan ke atas. Pastinya resepi ini dapat memudahkan ibu-ibu yang bekerja.

Berikut adalah antara resepi makanan yang boleh dibuat sendiri di rumah:

1. Bubur Nasi – 2 hidangan

Bahan-bahan:

  • 1/4 cawan beras
  • 1 3/4 cawan air

Cara memasak:

  1. Didihkan air. Masukkan beras dan kacau dari semasa ke semasa.
  2. Renehkan selama 10 minit dan teruskan mengacau. Ketepikan.
  3. Bubur itu tadi kisarkan sehingga halus barulah beri kepada si manja.

2. Puri Sayur-sayuran – 2 hidangan

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan brokoli (atau sayur pilihan lain)
  • Air yang mencukupi untuk mengukus

Cara memasak:

  1. Potong kecil brokoli dan cuci bersih.
  2. Masukkan brokoli ke dalam pengukus dan letakkan ke atas air mendidih.
  3. Kukus selama 15 minit atau sehingga lembut.
  4. Bila dah lembut, lenyekkan sehingga menjadi puri.
Resepi Makanan Bayi Untuk 6 Bulan
Sumber: The AsianParent

3. Puri Buah-buahan – 2 hidangan

Bahan-bahan:

  • 1 biji epal merah
  • 1 cawan air

Cara memasak:

  1. Bersih, buangkan kulit dan bijinya lalu dipotong kepada saiz kecil supaya ia lembut.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk. Renehkan selama 10 minit atau sehingga epal menjadi lembut.
  3. Bila dah lembut, lenyekkan atau boleh kisarkan sehingga menjadi puri.

4. Bubur Nasi dengan Bayam – 2 hidangan

Bahan-bahan:

  • 2 sudu makan beras
  • 1 sudu makan tauhu, dicincang
  • 1 sudu makan kacang pis, dibuang kulit
  • 2 cawan stok ayam rebusan sendiri

Cara memasak:

  1. Masak nasi dengan menggunakan rebusan stok ayam
  2. Apabila bubur telah siap, masukkan kacang pis (lenyekkan jika perlu), dan renehkan dengan api perlahan selama 5 minit.
  3. Masukkan tauhu sebelum memadamkan api.
  4. Sejuk dan lenyekkan sebelum hidang.

Di harap dengan perkongsian resepi ini dapat membantu ibu ibu diluar sana yang mempunyai si kecil. Pastikan anak mendapat gizi yang seimbang dan membentuk perkembangan mental bayi kita.

Ibu bapa juga dinasihatkan untuk membuat susunan makanan keperluan yang diperlukan dengan kuantiti dan sukatan makanan bayi 6 bulan yang tepat dan berkesan kepada tumbesaran anak.

Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat panduan khusus sebagai rujukan kepada ibu bapa. Anda boleh melihatnya di dalam buku rekod kesihatan bayi masing-masing. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel?? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.