Hadiah Scan QR Code

Untuk setiap tempahan yang wakil TudungSiComel terima, HQ akan process tempahan tersebut, dan team akan selitkan sekali dengan flyers seperti paparan di atas (berdasarkan stock yang masih ada).

Objektif

Ini adalah inisiatif dari HQ untuk menjadikan pelanggan tersebut membuat tempahan berulang pada wakil jualan TudungSiComel kerana syarat untuk tebus hadiah adalah pada pembelian yang seterusnya dan adanya repeat order.

Untuk hadiah tersebut, 100% adalah tanggungan dari pihak HQ tanpa kenakan sebarang cas pada wakil jualan TudungSiComel.

Untuk flyers ini, pelanggan akan terima mengikut medium pembelian yang dibuat.

1.Flyers Tempahan Retail

Tempahan yang anda terima melalui wasap, facebook, dan lain-lain dan submit di sistem tudungsicomel.com, pada tempahan tersebut akan dimasukkan flyers seperti paparan dibawah.

f5666dbb 7058 41f1 a414 fb382ad2b2fd 1

2. Flyers Tempahan Shopee/Lazada/TikTok

Untuk tempahan ini, kita masukkan flyers berbeza dimana jika pelanggan tidak berpuas hati dengan tempahan yang diterima, mereka akan hubungi anda terlebih dahulu.

Seterusnya, kita minta pelanggan memberikan rating pada shop anda dimana ia dapat membantu menaikkan rating shop untuk mengahadapi peperangan back to school akan datang.

WhatsApp Image 2024 10 25 at 16.11.38

Cara Pelanggan Nak Tebus Hadiah

Apabila pelanggan terima flyers dan scan qr code pada flyers tersebut, akan keluar paparan butiran yang perlu di isi seperti nama, no telefon dan email. Setelah butiran selesai di isi, pelanggan perlu klik pada medium pembelian yang telah di buat sebelum ini.

Selepas itu, pelanggan akan terima email dan perlu membuat maklum balas(review) dahulu sebelum menerima apa hadiah misteri yang akan diterima seperti paparan email dibawah.

Maklum Balas

image 18

1. Pembelian dari Shopee & TikTok Web Sync

Untuk pelanggan yang membuat pembelian dari platform merchant seperti untuk penebusan perlu chat seller untuk tebus hadiah tersebut, dan anda perlu maklumkan pada pelanggan semasa membuat tempahan perlu maklumkan ayat ini pada bahagian order remark.

CLAIM INNER RAINBOW

Kemudian sebelum check out pada platform pembelian, masukkan ayat yang dinyatakan pada bahagian seperti paparan gambar dibawah.

Bahagian order remark pembelian di Shopee :

image 8

Bahagian order remark pembelian di TikTok :

image 9

Apabila tempahan masuk ke dalam sistem web sync, ia akan akan dipaparkan pada bahagian air way bill untuk team rujuk.

2. Pembelian Menerusi Wakil Jualan TudungSiComel (Termasuk shopee/lazada/tiktok)

Untuk wakil jualan TudungSiComel, apabila pelanggan dah maklumkan berkenaan nak tebus hadiah melalui flyers yang diterima.

Anda perlu hubungi admin Alin untuk maklumkan bagi penebusan hadiah misteri pelanggan. Jadi anda nak submit tempahan pelanggan yang nak redeem free inner ini, admin Alin akan sharekan code kupon yang anda boleh gunakan redeem inner tersebut.

Jadi kod kupon tersebut perlu dimasukkan dalam tempahan pelanggan supaya pelanggan terima item free inner tersebut dan add to cart pilihan warna inner tersebut.

FAQ?

1.Bagaimana jika saya beli tudung untuk diri sendiri dan terima flyers ini, adakah layak untuk redeem hadiah tersebut?
J: Anda layak tebus walaupun untuk belian diri sendiri.

2. Bagaimana jika saya kumpul order untuk kawan2 sekerja atau kawasan tempat tinggal saya, dan pos ke alamat saya dan hanya terima 1 flyers qr sahaja ke ?
J: Anda boleh maklumkan pada admin Alin berapa flyers yang diperlukan untuk diberikan kepada pelanggan anda.

3.Boleh ke saya atau pelanggan redeem flyers qr ini lebih dari sekali ?
J: Untuk setiap 1 flyers qr yang diterima, hanya layak tebus sekali sahaja. Kejujuran dan sifat amanah kami letakkan pada anda.

4. Belian menerusi web sync perlu masukkan apa2 kod kupon ke oleh pelanggan ?
J: Tidak perlu , anda boleh rujuk panduan di atas melalui tempahan shopee iaitu mereka perlu take noted remark yang perlu diisi sebelum membuat pembayaran.

Semoga inisiatif ini dapat membantu rakan2 membuat sale yang baik. Aamiin 🥰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment