Kempen Pop! Pop! Merdeka 2024

WhatsApp Image 2024 07 15 at 18.13.59

Sempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba, kita anjurkan satu promosi yang dinamakan Pop Pop Merdeka khas untuk 500 belon terawal sahaja untuk membantu rakan-rakan berniaga dan meroket 🥰

Ada apa disebalik nama Pop Pop Merdeka tersebut ?

Setiap pembelian tudung tudung sekolah, pelanggan layak claim hadiah misteri dari pihak TudungSiComel.

Objektif

  • Memudahkan untuk rakan usahawan closed sales di mana pihak HQ telah menyediakan hadiah buat pelanggan-pelanggan dengan minimum pembelian 3 helai tudung sekolah baru (boleh campur design).
  • Membantu rakan usahawan dalam menaikkan jumlah kuantiti order setiap pelanggan dan secara tidak langsung dapat menaikkan sales.
  • Melalui kempen ini, rakan usahawan berpeluang tinggi untuk mendapat pembelian berulang dari pelanggan yang sama.

**Kempen ini akan ditamatkan awal jika 500pcs belon telah dikeluarkan, namun jika belon tidak habis dikeluarkan maka tempoh akhir adalah pada 31 Julai 2024.

Syarat & Langkah Claim Hadiah Misteri

1. Untuk dapatkan hadiah misteri ini, pelanggan perlu membuat sekurang kurangnya pembelian 3 helai tudung sekolah dalam 1 resit pembelian (boleh campur warna, saiz dan jenis).

2. Setiap pembelian 3 helai tudung tersebut, pelanggan akan terima 1pcs belon dalam bungkusan tempahan yang diterima di mana dalam belon tersebut mengandungi isi hadiah misteri tersebut.

Anda boleh rujuk panduan dengan rujuk video di bawah bagaimana pelanggan nak lihat apa hadiah misteri tersebut dan panduan penebusan.

3. Pelanggan perlu menghantar video yang direkod semasa meletupkan belon tersebut seperti panduan yang dilihat pada video di atas untuk claim hadiah misteri tersebut.

4. Untuk penebusan hadiah misteri tersebut, hanya valid untuk tebus melalui tempahan seterusnya dengan hubungi Wakil Sah TudungSiComel sahaja.

Sebagai dropship, Puan perlu membuat tempahan bagi pihak pelanggan untuk mereka claim hadiah tersebut, dan puan boleh hubungi Admin Alin untuk claim hadiah misteri pelanggan.

Promosi penebusan hadiah misteri sehingga 31 Ogos 2024

Faq?

1. Boleh ke jika pelanggan nak beli tudung warna lain selain warna merdeka?
J: Boleh.

2. Boleh ke pelanggan nak beli tudung sekolah awning scuba dan awning berdagu getah?
J: Boleh campur saiz, warna dan jenis. Kecuali tudung rejek.

3.Jika pelanggan tidak pop kan belon dan tidak menghantar video untuk penebusan, layak ke untuk claim hadiah ini?
Jawapan: Tidak layak, wajib menghantar video tersebut.

4. Hanya anak sahaja ke yang boleh meniup belon tersebut dan popkan ?
Jawapan: Tidak kisah, sesiapa sahaja boleh meniup belon tersebut cuma pastikan semasa belon tersebut ditiup ada rakaman yang dibuat.

5. Boleh ke saya gunakan kod kupon untuk produk-produk lain selain tudung sekolah?
J: Tidak boleh. Amanah, Tabliq, Fatonah 😁

6. Promosi ini layak untuk tempahan di shopee/lazada/tiktok ke ?
J: Layak, anda boleh promosikan di merchant untuk pelanggan sertai promosi pop pop Merdeka ini. Pada merchant, tidak perlu setting apa-apa2 promosi kerana jika pelanggan beli 3 helai tudung dah layak untuk sertai promosi ini.

Cuma mungkin anda nak buat sedikit pengumuman di ruangan Product Description berkaitan promosi semasa.

7. Boleh ke saya buat 4 order ID berasingan dan combine postage untuk claim 3 belon?
J: Tidak boleh, kerana ia dikira sebagai 1 postage dan layak terima 1 belon sahaja.

8. Jika pelanggan beli 6 helai tudung boleh claim dua belon hadiah misteri ke?
J: Tidak layak, kerana 1 tempahan dengan belian 3 helai ke atas dalam satu resit hanya layak untuk 1 belon sahaja.

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment