Saya dah cuba buat shopee ads, tapi macam tak menjadi jer… klik banyak, tapi tak close sale… kenapa ek?
Kita kena faham, shopee ads hanya berfungsi untuk produk kita dipaparkan di page hadapan Shopee sahaja.
Apabila ada prospek yang klik produk / shop kita, adalah menjadi tugas produk atau shop itu sendiri samaada mampu meyakinkan prospek untuk membeli ataupun tidak.
So apa yang boleh kita buat untuk meyakinkan mereka adalah:
A. Kemaskan shop
1. Selaraskan gambar produk – Pastikan keseluruhan gambar produk menggunakan tema yang sama supaya ia lebih seragam dan teratur. Gambar yang seragam dan kemas mudah untuk attract dan yakinkan pembeli.
2. Info produk yang lengkap – Masukkan details yang lengkap mengenai produk tersebut agar pelanggan boleh terus buat keputusan untuk membeli. Jadi tidak lagi mereka tertanya-tanya dan perlu chat untuk maklumat lanjut.
Masukkan juga FAQ iaitu soalan yang selalu ditanya dan jawapannya sekali agar mereka boleh terus buat keputusan untuk membeli tudung sekolah dari kita.
3. Video produk – Masukan video untuk setiap produk yang disenaraikan supaya pelanggan boleh lihat produk kita dengan lebih jelas.
Zaman sekarang pelanggan lebih prefer untuk lihat produk dalam bentuk live atau video. Ini sangat penting untuk meyakinkan mereka sebelum membuat keputusan membeli dari anda.
4. Shop Profile – Pastikan shop profile dan icon anda dikemaskini dengan gambar yang kemas dan jelas. Kemaskini juga butiran Shop Information sebaik mungkin.
Terangkan bahawa anda menjual tudung sekolah dan pastikan ada keyword ‘tudung sekolah’ pada shop discription. Jika boleh, senaraikan seberapa banyak jenis tudung sekolah yang anda jual.
Ini penting supaya apabila ada prospek yang search perkataan ‘tudung sekolah’, shop dan produk anda akan tersenarai.
5. Nama Kedai – Pastinya nama kedai anda jelas, jangan guna nama yang pelik-pelik agar pelanggan lebih yakin. Kalau pelik-pelik nanti takut dorang ingat ini akaun shop scammer pulak 😅
Contoh nama yang baik adalah “Tudung Sekolah TudungSiComel” sebab ada keyword produk juga pada nama kedai. So apabila ada pelanggan yang search perkataan dan mencari ‘tudung sekolah’, potensi page kita duduk di atas adalah tinggi.
6. Shop Decoration – Tahukah anda bahawa kedai shopee yang menarik mampu meyakinkan pelanggan anda untuk membuat belian melalui kedai anda?
Berikut adalah cara mudah untuk cantikkan kedai shopee anda supaya pelanggan tertaik untuk membuat belian di shop anda.
B. Manfaatkan ‘Marketing Centre’
Sangat penting untuk anda manfaatkan semua tools marketing yang ada di Shopee Marketing Center.
Ianya sangat membantu untuk pelanggan membuat keputusan untuk membeli dari anda.
- Shop voucher coins cashback – max 1% coins
- Freegift untuk Add-on Deal (dicadangkan Sticker Doa)
- Subsidi Shipping RM3.50 (belian lebih 4 helai)
- Bagi coins untuk tambah follower.
- Shop Shocking Sales (admin akan selaraskan tarikh untuk anda join)
Macam mana nak setting, ini anda perlu godek-godek marketing center hehe… mudah jer. Tekan-tekan, in shaa Allah nanti faham setiap fungsinya.
Boleh tonton juga banyak panduan setting Shopee Marketing Tools di Youtube. Namun in shaa Allah kita akan cuba berkongsi dalam masa terdekat.
C. Manfaatkan Reject Item untuk naikkan rating shop
Rejek item boleh digunakan sebagai produk untuk menambah rating shop anda. Rejek item permintaan tinggi dan boleh membantu anda untuk anda maintain kan Prefered Seller juga.
Jika anda pergi ke Giant atau Tesco, anda mungkin perasan produk-produk murah diletakkan di bahagian hadapan pintu masuk untuk tarik orang masuk ke dalam. Bagitu jugalah fungsi tudung-tudung rejek ini.
D. Join Shopee Campaign / Nomination
Ini juga sangat penting untuk anda manfaatkan. Join semua official shopee campaign atau nomination yang ada.
Ianya dapat membantu untuk shopee kenalpasti shop yang aktif dan mungkin akan membuatkan shopee menyediakan seorang manager khas untuk membantu shop anda.
E. Belajar Buat Live
Zaman sekarang, Live antara trend pembelian semasa. Nak atau tak, kita tak dapat nafikan kepentingan Live.
Kena cuba juga atau upah orang (livehost) untuk bantu buat Live untuk shop anda. Servis livehost sudah menjadi satu kerjaya. Kita upah mereka untuk membantu kita.
f. Bump Produk / Auto Bump
Ini juga penting supaya produk anda sentiasa berada di page hadapan shopee. Jika produk anda berada di page belakang shopee, prospek mungkin tak jumpa produk anda dan jika tak jumpa, bagaimana mereka nak membeli dari anda kannn.
Di sini kita ada juga sediakan panduan untuk anda Auto Bump listing produk anda.
KESIMPULAN
Semoga panduan ringkas yang kita kongsikan ini bermanfaat untuk anda. Rugi juga kalau kita buat ads tapi apabila pelanggan masuk ke shop dan lihat produk kita, tapi tak membeli sebab tak yakin.
Selamat meroket 🥰
Photo by James Cheney: https://www.pexels.com/photo/a-girl-looking-outside-the-window-2809485/