Pakej Set Marketing Material

Pakej Set Marketing Material

Bagi memudahkan Rakan-rakan Usahawan berniaga, pihak TudungSiComel ada menyediakan satu pakej khas bagi anda yang ingin buat live atau pun video.

Pakej & syarat

a. produk TudungSiComel

1. Anda boleh membeli sehelai sample bagi setiap produk pada harga borong dan setiap rakan usahawan hanya layak membuat sekali belian sahaja bagi setiap jenis produk.

Namun jika anda ingin membeli secara berasingan berlainan jenis pada masa yang berbeza tiada masalah.

Contohnya anda ingin membeli Tudung Sekolah Awning Scuba Putih Nila saiz SS, S dan M, anda boleh beli sample sehelai sahaja bagi setiap jenis.

Contoh lagi, jika hari ini anda ingin membeli tudung sekolah putih nila S dan bulan hadapan nak beli putih nila SS, ianya dibenarkan.

2. Harga adalah seperti paparan dibawah mengikut saiz.

HARGA PUKAL 2022


3. Boleh hubungi admin Qila dan senaraikan produk yang anda perlukan.
a. Jenis
b. Warna
c. Saiz

In shaa Allah beliau akan bantu keluarkan invoice untuk anda dan setelah bayaran dibuat, beliau akan bantu uruskan tempahan anda.

B. Banner, Bunting dan Backdrop

Buat masa terdekat, pihak HQ akan berikan anda design dalam bentuk soft copy dan anda boleh print sendiri di kedai printing berdekatan anda.

Ini kerana ianya dapat lebih menjimatkan kos postage selain kos printing juga tidak mahal walaupun hanya print satu set banner/bunting/backdrop sahaja.

Boleh download design yang diperlukan dan berikan kepada kedai printing di kawasan berdekatan anda untuk mereka printkan mengikut citarasa kualiti material yang anda gemari.

In shaa Allah kita akan update lagi koleksi design dari masa ke semasa.

Jika anda perlukan design dan saiz yang tertentu, boleh hubungi pakar designer kita cik Fara(melalui group support whatsapp) untuk beliau bantu designkan untuk anda 🥰

Semoga dengan adanya pakej ini dapat membantu rakan usahawan dalam perniagaan ini 🥰

KOMISEN AFFILIATE TUDUNGSICOMEL

Leave a Comment