Antara perkara yang saya sangat sarankan kepada rakan-rakan usahawan dropship TudungSiComel adalah untuk menambah produk untuk dijual.
Dengan ini, kita dapat menambah pendapatan kita masing-masing dengan kepelbagaian produk.
MARKET AUDIENCE SAMA
Namun pastikan produk tersebut mempunyai market audience yang sama dengan tudung sekolah kita supaya kita dapat upsale pula tudung sekolah nanti kepada mereka.
Maksud market audience yang sama adalah produk yang ada jual tersebut haruslah juga pelanggannya adalah golongan ibu-ibu.
In shaa Allah, hampir majoriti keluarga di Malaysia ada anak perempuan bersekolah.
SERTAI DROPSHIP PRODUK BERKAITAN
Sebagai contoh, market audience kita adalah ibu-ibu yang ada anak perempuan bersekolah atau tadika, jadi kita boleh lah join mana-mana program dropship yang mana market audience nya juga sama iaitu ibu-ibu.
Nanti kita boleh upsale pula tudung sekolah pada mereka.
Adalah agak mudah untuk menjual kepada bekas pelanggan yang pernah membeli dengan kita kerana mereka sudah kenal dan senang berurusan dengan kita.
Antara contoh produk yang disarankan adalah:
✔️ Jubah budak dan dewasa,
✔️ Tudung budak dan dewasa,
✔️ Produk kesihatan bayi,
✔️ Produk pendidikan kanak-kanak seperti buku-buku,
✔️ Telekung budak dan dewasa,
✔️ Sejadah,
✔️ Produk kecantikan wanita berkeluarga,
✔️ Produk makanan,
dan sebagainya.
Daftar dan jadilah agen kepada mereka juga dan yang paling penting jangan lupa, simpan database(no telefon) mereka elok-elok hehe.
Simpan dalam excel atau google sheet.
Nanti hujung tahun apabila sudah musim Back to School, kita upsale pula tudung sekolah pada mereka.
In shaa Allah, pasti akan ramai bekas pelanggan anda yang perlukan tudung sekolah untuk anak-anak mereka.
Whatsapp Blaster
Macam mana nak blast iklan kepada mereka semua nanti?
Boleh blast whatsapp secara percuma jer menggunakan whatsapp blaster.
GANDAKAN IKLAN DARI SEKARANG
Walaupun kita menjual produk lain, jangan lupa untuk setiap hari postkan juga iklan-iklan tudung sekolah kita supaya lekat dan tertanam di minda mereka bahawa kita juga ada menjual tudung sekolah.
In shaa Allah apabila sampai masanya nanti, mereka pastinya akan ingat kepada kita.
Jangan tunggu sampai hujung tahun (last minute) baru nak ber-iklan tudung sekolah, sudah agak terlambat.
Prospek perlu melihat iklan kita berulang kali sebelum mereka akan tergerak hati nak membeli(The Rule of 7).
SCHEDULE POSTING IKLAN
Untuk lebih memudahkan, boleh set terus iklan secara berjadual. Bagaimana?
Boleh belajar cara schedule post di Facebook. Mudah jer.
COPYWRITING TUDUNG SEKOLAH
Mana nak dapat copywriting Tudung Sekolah?
Kita di HQ TudungSiComel ada sediakan banyak copywriting dan gambar promosi yang boleh anda gunakan. Boleh ambik terus di SINI.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, join lah juga program dropship yang menjual produk lain yang sama market segment nya agar nanti kita boleh upsale pula tudung sekolah kita kepada bekas pelanggan kita.
Rugi lah kan kalau tak dimanfaatkan sepenuhnya database yang ada.
Selamat meroket ^_^